Santan Kelapa
Soalan 1:
Bolehkah meminum santan (bukan kotak)?
Jawapan:
Boleh, seperti kita minum cendol.
[Santan kelapa adalah satu bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia. Masakan seperti rendang dan lemang yang popular semasa sambutan hari raya menggunakan santan dalam penyediaannya. Santan selalu dikatakan sebagai lemak yang tidak sihat dan boleh menyebabkan masalah kolesterol tinggi. Adakah pendapat ini benar dan bersandarkan kajian saintifik yang betul?
Terdapat kajian sains mendapati masyarakat yang kerap mengambil santan dalam makanan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah dan paras kolesterol yang rendah juga. Antaranya adalah kajian daripada buku ‘The Coconut Oil Miracle’ tulisan Dr Bruce Fife secara jelas memberikan banyak bukti-bukti kajian saintifik tentang kelebihan minyak kelapa dan santan kepada kesihatan terutama kesihatan kardiovaskular.]
Ujian Toleransi Gula
Soalan 2:
Apakah relevannya ujian meminum air gula?
Jawapan:
Untuk stress kan sistem insulin dan melihat tahap penurunan gula dalam darah untuk tempoh 2 jam. Paras gula akan turun bagi orang yang tiada masalah penyakit kencing manis.
[Ujian ini biasanya dilakukan pada individu yang mempunyai nilai paras gula darah berpuasa yang biasa tetapi mempunyai simptom-simptom klinikal penyakit kencing manis seperti glycosuria (paras gula tinggi dalam air kencing), polyuria (sentiasa ingin membuang air kencing) dan polydipsia (sentiasa rasa dahaga).
Ujian ini dilakukan dengan mengambil sampel darah sama ada dua kali atau tiga kali. Sampel darah pertama yang diambil adalah untuk mengukur nilai gula darah berpuasa. Kemudian, minuman glukosa yang mengandungi 75g larutan glukosa diberi. Sampel darah kedua, 1-HPP (1 jam selepas makan) dan sampel darah ketiga, 2-HPP (2 jam selepas makan) diambil pada 60 dan 120 minit selepas meminum air glukosa. Amalan sekarang hanya mengambil sampel darah berpuasa dan sampel darah 2-jam selepas makan.
Prinsip ujian ini adalah untuk menilai keupayaan tubuh untuk menyerap dan menyeimbangkan glukosa yang diminum.]
http://www.myhealth.gov.my/ujian-penunjuk-diabetes-mellitus/
Suhu badan
Soalan 3:
- Mengapa tubuh badan saya sentiasa rasa sejuk? Kesejukan yang dialami sehingga boleh menyebabkan demam.
- Mengapa pula jika sering merasa kepanasan badan? Jika terlampau panas, saya perlu berada di dalam bilik yang berhawa dingin kerana kepanasan badan menyebabkan serangan migrain.
Jawapan:
- Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tubuh badan berasa sejuk.
- Disarankan untuk membuat ujian darah bagi mengetahui fungsi tiroid. Kepanasan badan juga boleh dikaitkan dengan gejala menopause.
[Suhu di bawah 35.0 ° C dianggap rendah. Seseorang mengalami kelemahan dan kelesuan, mengantuk dan keletihan.
Suhu badan yang tinggi kerana haba luaran yang berlebihan atau pertukaran haba yang buruk dengan alam sekitar pula dipanggil Hyperthermia. Tubuh bereaksi dengan perluasan pembuluh kulit, berpeluh berlimpah dan mekanisme fisiologi lain daripada thermoregulation.]
https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/pening-kepala-makan-ubat-darah-tinggi/28636
Vitamin D
Soalan 4:
Bolehkah pengambilan vitamin D diamalkan tanpa pemeriksaan doktor?
Jawapan:
Boleh. Hanya sedikit sahaja pengambilan vitamin D yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan pengambilan perlu diambil menurut saranan pada label yang tertera.
[Vitamin D merupakan sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Terdapat dua bentuk vitamin D yang utama iaitu ergocalciferol (vitamin D2) dan cholecalciferol (vitamin D3). Vitamin D2 boleh disintesiskan oleh tumbuhan dan kulat manakala vitamin D3 boleh disintesiskan sendiri oleh manusia apabila kulit kita terdedah kepada sinaran ultraungu B (UVB) dalam cahaya matahari. Oleh itu, vitamin D juga dikenali sebagai vitamin “sunshine”. Pembacaan lanjut berkenaan vitamin D boleh diperolehi melalui link berikut:]
http://www.myhealth.gov.my/vitamin-d-and-sunlight/
Apendiks
Soalan 5:
Doktor, mengapa saya mengalami pedih di bahagian dada dan sakit apabila sendawa?
Jawapan:
Perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan daripada doktor. Kemungkinan tuan mengalami ‘Esophageal Reflux’.
[Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.
Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ia tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali-kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD).]
http://www.myhealth.gov.my/pedih-ulu-hati-3/