Migrain
Soalan 1:
Apakah kaedah rawatan yang sesuai untuk melegakan kesakitan migrain selain daripada pengambilan ubat-ubatan?
Jawapan:
Senaman dan latihan konsentrasi mungkin boleh membantu melegakan kesakitan serta mengurangkan kekerapan berlakunya migrain.
[Migrain merupakan salah satu penyakit yang selalu berlaku di kalangan masyarakat. Pesakit ini selalunya akan menyatakan sakit kepala pada sebelah bahagian sahaja dan ianya kerap kali berlaku. Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.
Selain mengambil rawatan ubatan, pesakit juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa ubatan untuk mengurangkan serangan migrain seperti ‘relaxation training’, menangani stres, mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, setengah makanan/minuman, stres dan kurang tidur.]
Bengkak lutut
Soalan 2:
Lutut saya bengkak dan telah menjalani imbarasan x-ray. Untuk lebih jelas, perlu buat MRRI dan telah diberi suntikan oleh doktor yang merawat, namun saya enggan dibedah. Bolehkah doktor mencadangkan ubat yang perlu saya ambil sebagai rawatan?
Jawapan:
Tiada cadangan ubat kerana doktor yang merawat telah mengenal pasti penyakit, malah pesakit telahpun mendapat rawatan suntikan untuk melegakan kesakitan.
Soalan 3:
Anak lelaki saya berusia 5 tahun kerap mengadu sakit lutut tanpa sebab kemalangan atau jatuh. Untuk mengenal pasti masalahnya, ke bahagian manakah perlu dirujuk?
Jawapan:
Boleh pergi ke Jabatan Pesakit Luar dan minta rujuk ke pakar pediatrik. Amat penting untuk cuba kenal pasti cara dia berjalan sama ada normal atau tidak.
[Bengkak di lutut boleh berlaku kerana banyak sebab. Ini termasuk kerosakan pada tulang rawan lutut, dan keradangan beg artikular. Proses patologi mungkin berkaitan dengan tendon dan ligamen. Oleh itu, sebelum memulakan rawatan, pastikan untuk mengetahui penyebab bengkak yang tepat.
Punca bengkak lutut antaranya ialah:
- Kecederaan atau trauma
- Jankitan pada struktur sekitar lutut
- Arthritis atau radang pada sendi
- Bursitis
Rawatan yang diberikan akan bergantung kepada punca lutut bengkak. Namun, pada dasarnya, pesakit akan dirawat secara simptomatik dan rawatan yang lebih spesifik akan diberikan bergantung kepada keadaan.]