Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) SIRI LA TAHZAN: Bab 202 — Antara Syurga dan Neraka (نعيم و...

SIRI LA TAHZAN: Bab 202 — Antara Syurga dan Neraka (نعيم و جحيم)

268
0
Iklan

La Tahzan 202-1: Antara Syurga dan Neraka (نعيمٌ وجحيمٌ)

نشرتْ الصحفُ العالميةُ خبراً عن انتحارِ رئيسِ وزراءِ فرنسا في حُكمِ الرئيسِ ميتران ، والسببُ في ذلك أنَّ بعض الصحفِ الفرنسية شنَّتْ عليهِ غارةً من النقْدِ والشتْمِ والتَّجريحِ ،، فلمْ يجدْ هذا المسكينُ إيماناً ولا سكينةً ولا استقراراً يعودُ إليه ، ولم يجدْ منْ يركنُ إليه

Isu laporan media antarabangsa mengenai kejadian bunuh diri Perdana Menteri Perancis (Pierre Eugène Bérégovoy, yang membunuh diri pada 1 May 1993) semasa era Presiden ( François) Mitterrand. Ia adalah akibat tekanan media terhadap pelbagai skandalnya. Perbuatan membunuh diri disebabkan beliau tidak memiliki keimanan, sakinah dan jatidiri, sebagaimana firman Allah ‎ﷻ yang memberi ketenangan kepada orang beriman:

وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ

Dan janganlah kamu (ya Muhammad) bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan [16:127]

لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًى ۖ

Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain daripada gangguan-gangguan celaan saja. [3:111

La Tahzan 202-2: Antara Syurga dan Neraka (نعيمٌ وجحيمٌ)

Kisah Tragis bunuh diri PM Perancis Beregovoy 1993

لأنَّ الرجل فَقَدَ مفتاح الهدايةِ ، وطريق السَّدادِ وسبيل الرَّشادِ : * مَن يُضْلِلِ اللّهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ *

Bahawa beliau (PM Perancis) telah kehilangan kunci hidayah dan jalan kebenaran, firman Allah ‎ﷻ:

Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tiada yang boleh memberikan hidayah kepadanya lagi [7:186]

لكنْ وصايا أهل الإسلامِ ، وأهلَ العبوديَّةِ الحقَّةِ : جلسةٌ بين الأذانِ والإقامِة في روضةٍ منْ رياضِ الجنَّةِ ، وهتافٌ بذِكرِ الواحد الأحدِ ، وتسليمٌ بالقضاءِ والقدرِ ، ورضاً بما قسم اللهُ ، وتؤكُّلٌ على اللهِ جلَّ وعلا

Adapun ahli agamawan dan ahli ibadah menasihati mereka yang mengalami ‘stress’ hendaklah duduk di antara azan dan iqamat di taman syurga (masjid), berzikir, mendirikan salat, pasrah dengan qadha’ dan qadar, redha dengan rezeki Allah ‎ﷻ, dan bertawakkal kepada Allah ‎ﷻ.

Komen dan Soalan