Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat Perbuatan Menyapu Muka Selepas Solat

Perbuatan Menyapu Muka Selepas Solat

452
0
Iklan

Menyapu muka selepas salam adalah perbuatan BID’AH kerana dilakukan tanpa ada sandaran. Kemungkinan orang melayu melakukan dengan tekun kerana:

1. mereka anggap ianya sunnah yg sahih

2. mereka diberi hadith dan tidak diterangkan bahawa semua hadith itu amat dhaif yang tidak boleh diamalkan

3. mereka tahu hadith lemah tapi hadith lemah yang boleh diamalkan

4. taksub mazhab dan guru yang mengajar mereka

Nusantara mengamalkannya kerana ada dalam kitab utama pondok seperti Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathoni, yang menyebut dalam kitabnya “Munyatul Musholli” halaman 18.

Pendapat yang sahih adalah sapu muka selepas salam dan doa tidak tsabit.

Hadith-hadith meraup muka selepas salam:

إذا صلى مسح بيده اليمنى على رأسه و يقول: بسم الله الذي لا إله غيره الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم و الحزن 

Ertinya : “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, Baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian Baginda berkata: Dengan nama Allah yang tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan”  (HR Imam at-Thabrani rh).  Albani, silsilah addhaifah 660, perawi dhaif Katsir bin Salim.

Anas Bin Malik r.a , katanya: 

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال: أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم والحزن 

Ertinya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, Baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya, kemudian melalukannya atas mukanya sampai ke janggutnya, kemudian berdoa: Aku naik saksi bahawa tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan” Ibnus Sunni rh di dalam “al-Yaum Wal Lailah” (nombor: 110) perawi dhaif salam al-Mada.

Dari Anas Bin Malik r.a, katanya: 

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بكفه اليمنى ثم أمرها على وجهه حتى يأتي بها على لحيته ويقول: بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب و الشهادة الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم، اللهم بحمدك انصرفت، و بذنبي اعترفت، أعوذ بك من شر ما اقترفت، و أعوذ بك من جهد بلاء الدنيا، و من عذاب الآخرة 

Ertinya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, Baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya, kemudian melalukannya atas mukanya sampai ke janggutnya , kemudian berdoa: Dengan Nama Allah Yang Tiadalah Tuhan melainkan Allah melainkan Dia Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan nyata, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku kegusaran, kedukaan dan kesedihan. Ya Allah Ya Tuhanku, dengan memuji-Mu aku beredar, dengan dosaku aku mengakui. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah ku lakukan. Dan aku juga berlindung dengan-Mu daripada beban bala dunia dan azab akhirat” (HR Imam Abu Nu’aim rh) Imam Abu Nu’aim rh di dalam “akhbar al-Asbahan” (2/104) palsu kerana perawi, Daud bin Muhabir, semua dalam silsilah al-dha’ifah.

Komen dan Soalan