Kisah Siak Masjid
Ada 2 orang sahabat yang terpisah cukup lama; Ahmad dan Zainal. Ahmad ini seorang yang pintar, cerdas tapi kurang bernasib baik dari segi ekonomi. Zainal pula adalah seorang yang biasa-biasa sahaja, namun keadaan orang tuanya membantu karier dan masa depan Zainal.
Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yang istimewa; di koridor wudhu, koridor tandas sebuah masjid megah dengan infrastruktur yang cantik, yang memiliki pemandangan pergunungan dengan kebun teh yang terhampar hijau di bawahnya, sungguh indah mempesona.
Zainal sekarang sudah menjadi seorang pengurus perusahaannya, namun tetap menjaga kesolehannya. Dia punya kebiasaan. Setiap kali keluar ke kota, dia sempatkan dirinya untuk singgah di masjid di kota yang disinggahi, untuk memperbaharui wudhu dan sujud syukur. Jika masih terdapat waktu yang diperbolehkan solat sunnah, maka ia solat sunnah sebagai tambahan.
Seperti biasa, setelah tiba di Puncak Pas Bogor, Zainal mencari masjid dan bergegas masuk ke masjid yang dijumpainya. Di sanalah dia bertemu dengan Ahmad. Zainal sangat terperanjat kerana dia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga yang tiada harta, tapi pintarnya masyallah luar biasa.
Zainal tidak menyangka setelah berpuluh tahun kemudian dia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid..!
“Maaf,” “Kamu Ahmad kan? Ahmad kawan SMP saya dulu?”.
“Iya” Lalu berpelukan mereka.
“Hebat sekali kamu ya Zainal… Masyallah…”. puji Ahmad tatkala melihat Zainal masih dalam keadaan memakai suit korporat. Lengan baju yang digulungnya untuk mengambil wudhu, memperlihatkan jam tangannya yang mewah.
“Ah, biasa saja…”. balas Zainal.
Zainal merasa hiba. Ahmad dilihatnya sedang memegang kain lap, seluarnya disentengkan, dan kopiahnya ditarik ke belakang sehingga dahinya yang lebar jelas kelihatan.
“Mad… Ini kad nama saya…”. Ahmad melihat.. “Pengurus Kawasan…”. Wah! Betul-betul hebat!”
“Mad, nanti habis saya solat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di pejabat saya ada pekerjaan yang lebih baik dari sekadar siak di masjid ini. Maaf…”.
Ahmad tersenyum. Dia mengangguk. “Terima kasih ya… . Selesaikan sahaja dulu solatmu. Saya pun hendak menyelesaikan pekerjaan saya dahulu.… Silakanlah ya.”
‘
Sambil berwudhu, Zainal tidak henti-henti berfikir. Mengapa Ahmad yang pintar, tapi cuma kerja sebagai siak di masjid. Ya, meskipun tidak ada yg salah dengan pekerjaan sebagai siak , tapi siak… ah, fikirannya tidak mampu membenarkan.
Air wudhu membasahi wajahnya. Sekali lagi Zainal melewati Ahmad yang sedang bekerja. Sekiranya Ahmad melakukan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak, tetapi adalah “office boy”.
Tanpa sadar, ada yang solat di belakang Zainal. Sama-sama solat sunnah agaknya. Zainal sempat melirik. “Barangkali ini kawan Ahmad…”, gumamnya. Zainal berdoa dengan pantas. Dia ingin segera berbicara dg Ahmad.
“Encik..” tiba-tiba anak muda yang solat di belakangnya menegur.
“Iya dik..?”
“Encik sememangnya kenal dengan Haji Ahmad…?”
“Haji Ahmad yang mana…?”
“Itu, yang Encik bersembang tadi…”
“Oh… Ahmad… Iya. Kenal… Kawan saya dulu di SMP. Sudah haji dia?”
“Dari dulu sudah haji Encik. Dari sebelum beliau membina masjid ini…”.
Kalimah itu begitu perlahan namun cukup kuat menampar hati Zainal… Dari dulu sudah haji… Dari sebelum beliau membina masjid ini…
Anak muda itu kemudian menambah, “Beliau seorang yang hebat, tawadhu’. Saya lah siak masjid ini sebenarnya. Saya pekerja beliau. Beliau membina masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau membina sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit kepada mereka yang ingin solat. Encik nampak Mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? … Itu semua milik beliau… tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan ia merupakan salah satu kesukaannya, anehkan..begitu mudahnya beliau menggantikan tempat saya. Memandangkan suara saya bagus, kadang kala saya disuruh untuk mengaji dan azan sahaja”.
Terdiam Zainal, entah apalah yang ada di hati dan fikirannya ketika itu…
Kesimpulannya: Jangan pandang rendah pada pekerjaan seseorang. Mungkin ilmu dan amalnya lebih tinggi dan baik daripada kita..