Zikir 1:
اَعُوذُ باِ الله السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنْ الشَيْطَانِ الرَّجِيْمِ
” Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk ”
Takhrij hadith:
Dikeluarkan al-Tirmizi (no. 3149) dari Khalid bin Thahman dari Nafi’ bin Abi Nafi dari Ma’qil bin Yasar dari Rasulullah ﷺ secara marfu’, sabdanya:
من قال حين يصبح ثلاث مرات : أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم . وقرأ ثلاث آيات من آخر سورة الحشر ، وكل الله به سبعين ألف ملك يصلون عليه حتى يمسي ، وإن مات في ذلك اليوم مات شهيدا ، ومن قالها : حين يمسي كان بتلك المنزلة
Terjemahan:
” Sesiapa yang mengucapkan apabila pagi 3 kali ” أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم “, dan membaca 3 ayat akhir dari surah Al-Hasyr, Allah ﷻ akan wakilkan baginya 70 ribu malaikat berselawat kepadanya hingga petang, dan jika dia mati pada hari itu maka matinya, mati syahid dan sesiapa yang membacanya ketika petang baginya sebegitu juga. ”
📝 Status hadith:
Dhaif, bahkan “gharib jiddan”, kata al-Tirmizi sejurus mengeluarkan hadith ini di dalam Jami’nya al-Mukhtasar (no. 3149): “hasan gharib” iaitu “dhaif”. Bahkan kata Az-Zahabi “gharib jiddan” (Mizan al-‘Itidal, 1/632), juga “dhaif” di sisi Imam An-Nawawi di dalam Al-Azkar (114).
Penyakitnya ialah Khalid bin Thahman yang “dhaif” sebagai mana kata Ibnu Ma’in, begitu juga Nafi’ bin Abi Nafi yang meriwayatkan dari Thahman, sekiranya Nafi’ ini ialah Nafi’ bin al-Harith Aba Daud al-‘Ama maka dia “munkarul hadith”, sekiranya dia adalah yang lain maka dia “majhul”.
(Ihsan Dr Fathi Sakandary, UiTO, bilik hadith)