Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Cara Menunaikan Haji

Cara Menunaikan Haji

282
0
Iklan

Bismillah…
Note 45 : sambungan note 44

14. Pada pagi tersebut, orang yang belum berihram haji, hendaklah niat ihram dan seterusnya menuju ke Mina untuk bermalam di sana. Hari ke 8 adalah sunat dan tidak menjejaskan ibadah haji jika meninggalkannya.

  Pagi hari ke 9 Zulhijjah, selepas terbit matahari, beredarlah menuju ke Arafah. Sunat masuk Arafah selepas gelincir matahari, bahkan sunat menunggu di Namirah sehingga masuk waktu Zuhur. Menunaikan solat Zuhur dan solat Asar secara jamak ‘taqdim.

15. Masuk ke Arafah dan berada di sana sehingga matahari terbenam. Perbanyakkan tahlil, zikir dan berdoa kepada Allah dengan sebarang doa yanh dikehendaki. Wukuf di Arafah merupakan rukun yang mesti dilakukan.

Bermacam macam doa : “Ya Allah! Jadikanlah cahaya dalam hatiku, pendengaranku dan penglihatanku! Ya Allah, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.”

  Setelah terbenam matahari bergeraklah ke Muzdalifah.

16. Sampai di Muzdalifah, tunaikan solat Magrib dan Isya secara qasar dan jamak ta’khir. Wajib tinggal disana sehingga tengah malam dan sesiapa yang keluar dari Muzdalifah, wajib membayar dam. Sunat memungut anak anak batu untuk melempar jamrah. Teruskan perjalanan sehingga sampai di Mas’yar Al Haram, sebuah bukit penghujung Muzdalifah.

17. Hukum berhenti di Mas’yar Al Haram adalah sunat, sambil mengadap kiblat dan kelihatan samar samar pagi. Kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Mina supaya sampai disana selepas matahari terbit.

18. Sesampai di sana wajib melontar Jamrah Al Aqabah, iaitu jamrah Kubra yang terletak sebelah barat Mina pada permulaan jalan ke Makkah. Ketika melontar jamrah dan mengadapnya dengan kedudukan Mina disebelah kanan dan Makkah disebelah kiri.

  Ketika melontar setiap biji batu, sunatlah mengucap takbir : “Allah Maha Besar, Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Allah yang maha besar, Allah yang Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.”

19. Seterusnya bercukur atau bergunting, sebagai satu daripada rukun haji. Afdal bercukur bagi lelaki, manakala wanita hanya bergunting. Selesai tahallul pertama dan halallah kesemua larangan ihram, termasuk persetubuhan  dan akad nikah. Balik semula ke Mina, untuk bermalam disana, merupakan wajib haji bermalam di Mina. Jika meninggalkan Mina wajib dikenakan dam.

20. Keesokannya setelah tergelincirnya matahari, masuklah waktu melintar jamrah seterusnya. Melontar jamrah al Ula, dengan tujuh bijik anak batu, diikuti jamrah Al Wusta dan Jamrah al Aqabah. Semua jamrah mengikut urutan tersebut.

21. Bermalam diMina pada malam kedua, tergelincir matahari keesokannya, teruskanlah melontar jamrah Al Ula, Jamrah Al Wusta dan Jamrah Al Aqabah. Selesailah segala amalan haji.

Komen dan Soalan