Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 SnJ: Haid & Istihadhah.

SnJ: Haid & Istihadhah.

1098
5
Iklan

HAID DAN ISTIHADHAH.
Soal  Jawab.

Soalan 1:
Kalau berasa was-was sama ada darah haid masih ada lagi ataupun tidak, bolehkah mandi hadas?

 Jawapan.
Fiqh tidak boleh dilaksanakan atas was-was. Fiqh kena bermula dengan yakin. Kena yakin dulu telah bersih, wanita salaf dahulu menggunakan kapas.

Soalan 2:
Mohon jawapan untuk contoh situasi berikut:

Situasi 1:
Suci dalam waktu Subuh tetapi mandi wajib dalam waktu ‘Asar.

Adakah Jama’ salat Subuh, Zuhur dan ‘Asar dalam waktu ‘Asar?

Situasi 2:
Suci hari ini dalam waktu Zuhur tetapi mandi wajib keesokkan harinya, dalam waktu Zuhur.

Apakah Jama’ salat atau qadha’ salat?

Situasi 3:
Dia sangka sudah suci daripada haid sebelum Subuh dan terus mandi junub (mandi wajib) kemudian salat Subuh dan juga qadha’ puasa.
Selepas 2 hari, tiba-tiba keluar haid semula.

Adakah salat dan puasanya sebelum 2 hari itu sah atau tidak? Adakah wajib baginya mengulangi salat itu setelah suci nanti?

● Jawapan.
Situasi 1:
Tidak dibenarkan jama’ salat Subuh, Zuhur dan ‘Asar.
Kita sudah sedia maklum, Zuhur jama’ dengan ‘Asar, dan Maghrib jama’ dengan Isyak sahaja. Tiada jama’ untuk Subuh.

Jika suci dalam waktu Subuh, maka dia hendaklah segera mandi dan salat sebelum syuruq (terbit mentari pagi).

Situasi 2:
Tidak boleh. Apabila sudah suci, kena segera mandi. Maka kena qadha’ salat Zuhur, ‘Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Dia telah meninggalkan 5 waktu salat dengan sengaja.

Situasi 3:
Orang yang tidak ada waktu haid yang konsisten, maka hendaklah mengikuti salah satu pendapat fiqh:

1. Fiqh syafi’iy, maksimakan 15 hari. Selebihnya adalah istihadhah.

2. Fiqh sunnah, jika haid tidak teratur, maka jika yakin suci , mandi serta salat dan puasa, dan kemudian haid, maka salat dan puasa sudah sah sebab dia tidak memiliki waktu haid yang konsisten.

Soalan 3:
Berkenaan orang yang haid tidak tetap, katakan bulan Januari dia datang haid 5 hari.

Pada hari ke-6, waktu Subuh dia mandi setelah kering haidnya. Maka dia salat Subuh, Zuhur dan ‘Asar.
Tetapi waktu Maghrib hari ke-6, haid datang lagi dan dia tidak salat.

Subuh hari ke-7 darahnya kering. Dia mandi dan salat tetapi petang itu ada haid lagi.

Subuh hari ke-8, darahnya kering maka dia mandi dan salat.

Soalan saya:
Kalau setiap bulan corak kedatangan haidnya sama seperti bulan itu adakah dibolehkan untuk bulan seterusnya dia menunggu lebih lama, mungkin sehingga 12 jam, walaupun dia telah suci pada hari ke-6?

● Jawapan.
Seperti sudah dibincangkan sebelum ini, boleh ikut fiqh mazhab syafi’iy, ambil tempoh maksima haid iaitu 15 hari.

Mazhab syafi’iy mudah untuk orang yang keliru. Maksima 15 hari, maka apa yang keluar selepas itu adalah darah istihadhah.

Soalan 4:
Berapa lamakah tempoh darah istihadhah?

● Jawapan.
Darah itu tiada tempoh sebab darah penyakit. Hanya yang ada tempoh cuma haid dan nifas sahaja.

Soalan 5:
Adakah boleh kalau saya berpegang pada pendapat Imam Ibnu Taimiyah iaitu haid tiada had minimum dan tiada had maksimum iaitu haid dikenali pada warna dan sifat-sifatnya.

● Jawapan.
Memang boleh sebab Syaikhul Islam adalah bermanhaj salafiyah dan banyak pendapat beliau adalah di luar fikiran.

Soalan 6:
Seorang wanita ini tangguh mandi hadas sebab dia takut haidnya keluar semula. Oleh sebab dia makan pil perancang keluarga, haid jadi tidak menentu. Kadang-kadang 10 hari, 12 hari atau 15 hari.
Bolehkah kalau dia tangguh lama, satu waktu atau dua waktu atau lebih daripada itu semata-mata untuk pastikan dia benar-benar sudah suci?

● Jawapan.
Jama’ takhir, guna fiqh Hanbali. Sampai haid kembali stabil

Soalan 7:
Jadi boleh dia tunggu seberapa lama untuk pastikan sudah habis. Selepas itu adakah dia perlu salat waktu-waktu yang antara suci dan tempoh untuk pastikan bersih?
Contohnya, dia suci waktu Zuhur tetapi dia tunggu lagi untuk kepastian hingga waktu Maghrib atau Isyak. Lalu dia mandi waktu Isyak dan salat Maghrib Isyak. Adakah dia kena salat Zuhur dan ‘Asar?

● Jawapan.
Kena buat kajian, jangan sampai terlebih tunggu. Zuhur + ‘Asar itu lama, 1:20pm sampai 7:15 pm. Berapa jam tunggu jadi perlu jama’. Jika kering Zuhur, jama’ waktu ‘Asar. Jika kering Maghrib, jama’ waktu Isyak.

Jawapan dari Syeikh THTL
@FiqhWanitaUito

5 KOMEN

  1. Assalamualaikum..
    Sy Ada kemusykilan…
    Sy mngalami pendarahan sblum tarikh haid yg betul..iaitu..tarikh tepatnya 17hb(mmg tepat tiap2 bln)..tetapi kali ini dtgnya lebih awal 10hb..hanya sedikit shja kluar pd waktu subuh…dlm tgahri check Pula..tiada..sampai 24jam x kluar2..soalan sy..
    1-adakah itu darah haid?
    2-perlukah sy tggu lagi utk beberape hr?
    Mohon penjelasan kpd siape2 yg Arif…

  2. mohon pencerahan, darah kering selepas 2 minggu bersalin. hari ke 43 darah keluar, adakah itu masih di kira darah nifas atau haid? perlukah mandi nifas skali lagi atau mandi wajib macam biasa?

Komen dan Soalan