Tafsir Al-Quran
Golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah Al-Araf: 40)
Dusta bermaksud tolak atau tidak terima ayat-ayat Allah.
Dusta di dalam ayat ini bermaksud menolak untuk terima ayat tauhid Allah.
بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): “Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!”
Mereka menolaknya kerana tidak serupa dengan ajaran tok-tok guru mereka serta mereka sombong untuk bertanya pada orang lain supaya jadi jelas pada mereka iaitu mereka sombong hendak belajar Al-Quran dan Hadis. Maka jadilah mereka itu orang-orang yang kafir.
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ وُجُوهُهُمْ مُسْوَدَّةٌ ۚ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْمُتَكَبِّرِينَ
Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri? (Az-Zumar: 60)
Di hari kiamat/akhirat besok kamu boleh lihat orang-orang yang menolak ayat-ayat tauhid Allah, yang bertawasul, perantara. Muka-muka mereka hitam pekat kerana di bakar di dalam neraka.
Keputusannya:
Bukankah neraka jahanam ini tempat yang paling sesuai untuk orang-orang yang sombong hendak belajar wahyu Allah dan hadis Nabi.
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan (Al-A’raf:40).
Orang-orang yang tolak ayat-ayat tauhid Allah serta sombong untuk belajar 2 kitab Allah ini, tidak lah sekali akan masuk syurga kecuali unta bolih masuk ke lubang jarum. Allah kata mustahil boleh masuk syurga bila tolak ayat-ayat tauhid Allah.
Saperti itu jugalah musyrikin-musyrikin menolak tauhid Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw.
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya (Az-Zukhruf:36).
Syaitan itu pula adalah penolong kepada mereka itu.
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Az-Zukhruf: 37).
Dan sesungguhnya syaitan ini akan menyesatkan/menyuruh mereka sesat daripada jalan Allah.
Mereka yang tidak belajar ini menyangka mereka telah terpimpin. Orang-orang bersifat begini ialah orang-orang yang engkar terhadap ayat-ayat tauhid Allah dan perjumpaan mereka dengan hisab amal di depan Allah swt. Maka tidak ada lagilah bahagian yang hendak di buat pertimbangan terhadap apa sahaja amalannya kerana semua amalannya telah hancur.
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya:oleh itu gugurlah amala-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari Kiamat kelak (Surah al-Kahfi:105)
ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا
(Mereka yang bersifat demikian),balasannya neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-RasulKu sebagai ejek-ejekan (Surah Al-Kahfi: 106)
Demikianlah balasan mereka neraka Jahanam kerana ingkar dengan ayat-ayat tauhid. Dan mereka mengambil ayat-ayat tauhid Allah dan Nabi yang mengajar sebagai senda gurau.
Ayat-ayat tauhid itu ialah ayat-ayat yang mengEsakan Allah.
Soalan : Apa maksud senda gurau ustaz?
Ustaz : Gurau senda terhadap ayat-ayat ialah ayat-ayat dipermainkan. .Ayat-ayat Allah di guna untuk buat sihir.
Soalan : Apakah perlu kami beritahu kamu orang yang paling rugi perbuatannya?
Ustaz : Beritahu sedikit demi sedikit. Dengan beritahu cara demikian Allah akan tambah lagi hidayah kepada hidayah yang sedia ada.
Soalan : Ada ayat lain perintahkan kita keluar majlis yang mempersenda ayat-ayat Allah.
Ustaz : Memang ada iaitu ayat dalam Surah An-Nisa:140. Mempersendakan di dalam ayat itu merujuk kepada apa sahaja ayat-ayat hukum dan tauhid yang di langgar.
Soalan : Maknanya apa sahaja majlis syirik/bidaah, kita wajib keluar kalau tidak beritahu/menegur.
Ustaz : contoh orang-orang berjudi, kalau tidak boleh tabligh mereka jangan masuk. Orang-orang yang minum arak, ayat larangan di langgar kalau tidak boleh tabligh keluar,jika tidak jadi macam minum arak juga.
Majlis syirik pada Allah ayat-ayat Allah dianggar.
Soalan : Jika kita tidak keluar dari majlis syirik atau bidaah walaupun kita hanya memerhatikan sahaja adakah kita termasuk dari mereka?
Soalan : Secara umum kita tiada niat untuk mensyirikkan Allah tetapi mungkin kerana ceteknya ilmu kita, atau kita belajar bukan dari orang yang alim maka kita terjebak dgn macam-macam perkara yang menjerumuskan kita kepada amalan yg bercampur baur.
Soalan : Jadi bagaimana hendak tabligh pada tahap tersebut sebab kita sendiri pun tidak berapa jelas?
Ustaz : Jangan panik. Belajar sahaja dahulu. Beritahu sedikit demi sedikit. Ayat Surah Al-Kahfi 140 adalah jelas samada berniat atau pun tidak.
Orang berlaga ayam. Kita cuma lalu sahaja tetapi kita tenguk dan kita tidak larang. Polis datang dan akan tangkap semua, niat ke tidak berniat ke semua kena denda. Allah akan tambah hidayah pada sesiapa yang Dia pilih. Hidayah baru jadi lebih tahu.
Soalan : Terpalit sekali..bahaya jika buat tanpa ilmu.
Ustaz : Ya. Tidak tahu bukan dalil/alasan. Di hadapan Allah swt nanti tidak boleh beri jawapan maaf Allah saya tidak tahu itu salah. Taubat masa itu tidak diterima lagi.
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya (Surah Al-Isra’: 36)
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ۚ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَٰذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ۚ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan (Surah Al-Hajj: 78).
Belajar itu juga adalah jihad sebenarnya tetapi ramai yang tidak tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu.