Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Bidadari vs Bidadara

Bidadari vs Bidadara

4758
0
Iklan

📚📖✍

🔴 Bagaimanakah penciptaan bidadari?


Asal kejadian bidadari.

Bidadari dicipta secara langsung.
‘kun fayakun’ sama seperti kejadian Nabi Adam عليه السلام dahulu.

Firman Allah ﷻ,

إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءً ﴿٣٥﴾

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung”
[ Al-Waqi’ah: 35 ]

🔴 Apakah asal kejadian bidadari?

Situasi:
1. Allah ﷻ mencipta malaikat dari cahaya.

2. Allah ﷻ mencipta iblis dari api.

3. Allah ﷻ mencipta Nabi Adam عليه السلام dari tanah.


Apakah dzat bidadari, asal kejadian bidadari?

Firman Allah ﷻ,

إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءً ﴿٣٥﴾

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung”
[ Al-Waqi’ah: 35 ]

Maka, mencari apakah bahan atau materi bidadari diciptakan, adalah di luar nas yang sedikit yang diberikan oleh Allah ﷻ. Maka ia kekal misteri sebagaimana kita juga tidak memahami asal kejadian roh kita sendiri, juga materi jin dan malaikat. Banyak lagi benda di dunia ini yang masih misteri.

🔴 Adakah wanita juga beroleh bidadari?


Bidadari dan Bidadara.

Pertamanya perlu guna logik.
Di dunia ini, apa yang dikejar oleh lelaki ialah wanita.
Apa yang dikejar oleh wanita? apakah mereka mengejar lelaki?

Isu bidadara
Wanita yang dimasukkan ke dalam syurga ada 6 jenis:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum menikah (meninggal dalam keadaan masih perawan);

2. Wanita yang meninggal setelah ditalaq suaminya dan belum sempat menikah lagi sampai meninggal dunia;

3. Wanita yang sudah menikah, hanya saja suaminya tidak masuk bersamanya ke dalam syurga, wal’iyadzu billah;

4. Wanita yang meninggal dunia setelah menikah baik suaminya menikah lagi sepeninggalnya mahupun tidak (yakni jika dia meninggal dunia terlebih dahulu sebelum suaminya);

5. Suaminya meninggal dunia terlebih dahulu, kemudian wanita tersebut tidak menikah lagi hinggalah meninggal dunia; dan

6. Suaminya meninggal dunia terlebih dahulu, lalu wanita tersebut menikah lagi setelahnya.

Maka, wanita yang seperti ini Allah ﷻ akan beri semua pilihan.

Firman Allah ﷻ,

الْأَعْيُنُ وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ

“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kalian kekal di dalamnya.”
[ Az-Zukhruf: 71 ]

Ini kerana lelaki yang dimasukkan ke dalam syurga ada yang masih bujang semasa di dunia. Maka lelaki ini akan diubah oleh Allah ﷻ menjadi bidadara.

Dalil hadith,

فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ آدَمَ

“Semua yang masuk surga seperti bentuknya Nabi Adam.”
[Al-Bukhari no. 3326]

Maka isu bidadari disebut secara jelas kepada lelaki di dunia lagi sebagai motivasi kerana ia adalah kesukaan lelaki. Manakala bidadara tidak disebut dengan jelas sebab ia bukan fitrah wanita untuk terlalu terbuka mengejar lelaki. Namun, wanita boleh sahaja memintanya kerana di syurga tidak ada batasan.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

Komen dan Soalan