Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Doa ketika Qiam

Doa ketika Qiam

593
0
Iklan

📚📖✍

🔴 Bolehkah berdoa ketika qiam semasa salat selain daripada doa iftiftah?


Bacaan dalam salat ini sememangnya sudah baku. Sila rujuk buku Hisnul Muslim. Doa iftitah juga ada 12 versi. Ketika qiam, memang boleh berdoa. Ia termasuk tempat mustajab berdoa dalam siri waktu mustajab berdoa yang saya telah syarah.

No 5. Waktu mustajab berdoa: ketika dalam keadaan salat

Posisi dibolehkan berdoa:

1. Selepas takbiratul ihram dikenali dengan doa iftitah, ada 10-15 versi. Sila rujuk dalam fiqh salat seperti karya Syaikh Al-Albani .

2. Sebelum rukuk (hanya dalam salat berqunut, salat witir).

3. Ketika rukuk, boleh menambah doa ketika rukuk.
Contoh:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى

“Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, pujian untuk-Mu, ampunilah aku”
[Bukhari-Muslim dari Aisyah]

4. Ketika i’tidal.
Doa yang makthur, antaranya lafaz muslim:

اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ اْلحَمْدُ مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ اْلأَرْضِ وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ

Terjemahan:
“Ya Allah Tuhan kami (hanya) untuk-Mu lah (segala) puji sepenuh langit dan sepenuh bumi dan sepenuh segala sesuatu sesuai Kehendak-Mu setelahnya“
[ Muslim no. 476 ]

@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah

Komen dan Soalan