Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah SnJ Fiqh: Ucap Syahadah, Menulis Kebaikan SiMati, Video Siksaan Kubur

SnJ Fiqh: Ucap Syahadah, Menulis Kebaikan SiMati, Video Siksaan Kubur

147
0
Iklan

📚📖✍️ Soal Jawab Fiqh Sunnah

Ucap Syahadah, Menulis Kebaikan Simati dan Video Siksaan Dalam Kubur

🔴 Mohon status hadith seperti yang dinyatakan di bawah ini.

  1. Ucapan “Lailaha illallah” seseorang diakhir hidupnya dijamin memasuki syurga?
  2. Bilangan orang yang datang menziarahi jenazah petanda bahawa jenazah itu ahli syurga?
  3. Bilangan orang yang mensalati jenazah membawa petanda bahawa jenazah ahli syurga?

  1. Status hadith: Sahih

Dalil hadith:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ كَانَ آخِرُ كَلامِهِ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ ) .

رواه أبو داود ( 3116 ) وحسَّنه الألباني في ” إرواء الغليل ” ( 3 / 149 ) .

Terjemahan:

Dari Mu’az bin Jabal رضي الله عنه, ia berkata, telah bersabda Rasulullah ﷺ, “Barang siapa yang akhir ucapannya “laa ilaaha illallah” maka dia akan masuk syurga”.

(Abu Daud no. 3116 dan Ahmad no. V/ 233. Hadith ini dinilai hasan oleh Syaikh Al-Albani)

Dalil hadith:

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم : لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ قَوْلَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

Terjemahan:

Dari Abu Sa’id Al-Khudri رضي الله عنه, ia berkata, telah bersabda Rasulullah ﷺ, “Talkinkan orang yang hendak mati di antara kamu dengan mengucapkan “laa ilaaha illallah”.

(Abu Daud no. 3117, Muslim no. 916 dan 917, At-Tirmizi no. 976)

Ulasan:

Oleh kerana itu perlu dituntuni orang yang sedang nazak dengan talqin.

  1. Status hadith: Sahih

Cuma kualiti orang yang salat jenazah diutamakan ke atas kuantiti.

Dalil hadith:

مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمْ اللَّهُ فِيهِ.

Terjemahan:

“Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada empat puluh orang yang mendirikan salat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah ﷻ akan maqbulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut”.

(Imam Muslim, no. 948)

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها‎, dia berkata Nabi ﷺ bersabda:

مَا مِنْ مَيِّتٍ تُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلاَّ شُفِّعُوا فِيهِ.

Terjemahan:

“Tidaklah seorang yang meninggal dunia lalu disalatkan oleh umat Islam yang jumlahnya mencapai seratus orang, yang semuanya memohon syafaat baginya, melainkan mereka akan diberikan izin memberi syafaat untuk jenazah tersebut.

(Muslim, no. 947)

Dari Malik bin Hubairah رضي الله عنه,

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّى عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ أَوْجَبَ ((قال الترمذي : (( حديث حسن )) . وقال الحاكم : (( صحيح على شرط مسلم )) ووافقه الذهبي .))

Terjemahan:

“Tidaklah seorang muslim mati lalu disalatkan oleh tiga shaf kaum muslimin melainkan doa mereka akan dikabulkan”

(At-Tirmizi no. 1028 dan Abu Daud no. 3166. Tahqiq hadith: hasan di sisi At-Tirmizi, Al-Hakim berkata sahih atas syarat Imam Muslim, dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi)

  1. Fatwa Syaikh Ibnu Baz, Mufti Arab Saudi.

Maka, jumlah orang yang menghadiri salat jenazah itu indikasi yang baik, tetapi paling minima ialah empat puluh orang, ahli tauhid dan bermanhaj salaf.

Jika sukar mencari empat puluh orang yang bersih aqidahnya, maka seratus orang atau dalam tiga shaf.

Semua kelebihan itu bukanlah jaminan akan masuk syurga. Maka, untuk mendapat anggaran empat puluh ke seratus orang yang baik yang salat untuk kita, maka kita perlu pastikan hubungan kita kuat dengan komuniti dan masyarakat, ‘hablun minan naas’.

📚📖✍️

🔴 Apakah hukum ahli keluarga atau kenalan menulis kebaikan atau kelebihan orang yang telah meninggal dunia di media sosial seperti di Facebook, Whatsapp atau Instagram?

Penjelasan dari Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله‎,

أَنَّ النَّعْي لَيْسَ مَمْنُوعًا كُلّه ، وَإِنَّمَا نُهِيَ عَمَّا كَانَ أَهْل الْجَاهِلِيَّة يَصْنَعُونَهُ فَكَانُوا يُرْسِلُونَ مَنْ يُعْلِن بِخَبَرِ مَوْت الْمَيِّت عَلَى أَبْوَاب الدُّور وَالْأَسْوَاق

“Mengumumkan berita kematian tidaklah semua terlarang, yang terlarang hanyalah yang dahulu dilakukan orang jahiliyah di mana mereka mengutus beberapa orang untuk mengumumkan berita kematian di pintu-pintu dan di pasar-pasar.

(Fathul Bari, 3: 116)

Ulasan:

Ada pun mengarang kebaikan dan kelebihan si mati itu adalah tasyabbuh dengan orang bukan Islam, ia menyerupai Kristian.

📚📖✍️

🔴 Apa pandangan berkaitan satu video bunyi seksaan di dalam kubur?

Mengarut.

Orang mati tidak kembali untuk menceritakan apa yang berlaku di dalam kubur.

 🔴 Apakah tidak benar kenyataan berkaitan suara yang didengar itu adalah dari seksaan kubur?

Kunci alam ghaib hanya di tangan Allah ﷻ.

Alam kubur adalah alam ghaib.

 

Firman Allah ﷻ,

وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلْغَيْبِ

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, [ Al-An’am: 59 ].

 

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan