Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab Fiqh Wanita /7

Soal Jawab Fiqh Wanita /7

387
0
Iklan

SOALAN

Bagaimana jika seseorang itu buat ibadah semata-mata mengharapkan pahala tetapi tidak ada rasa cinta atau takut pada Allah SWT? Adakah ibadahnya umpama air tanpa gula atau buat ibadah sekadar melaksanakan syariat sahaja?

JAWAPAN

Buat amal ibadat kerana mengharapkan pahala dan mahu syurga serta takut akan neraka tidak salah. Itu semua adalah janji Allah SWT. Cuma ia adalah peringkat rendah. Sepatutnya ditingkatkan lagi sampai ke tahap cinta Allah SWT.

 

 

SOALAN

Apakah yang kita perlu lakukan untuk bagi lebih kecintaan pada Allah SWT? Ibadah seperti mengaji al-Qur’an, solat sunat, puasa sunat dan lain-lain kita cuba lakukan sebaik mungkin tetapi bagaimana kita hendak tahu yang Allah SWT juga mencintai kita kesan dari ibadah yang kita buat?

JAWAPAN

Dengan ilmu. Semakin kita tahu dan kenal Allah SWT, semakin kita sayang kepada-Nya. Berita tentang cinta Allah SWT kepada kita telah lama tersebar. Ia telah ada di dalam nas.

 

 

SOALAN

Maksudnya, ujian yang bertimpa-timpa pada kita, merupakan kecintaan dan kasih sayang Allah SWT kepada kita. Semuanya bersebab, kifarah dosa kita dan mengurangkan azab kita di akhirat nanti. Begitukan?

JAWAPAN

Benar kerana para Nabi adalah orang yang Allah SWT paling sayang dan mereka lah yang paling banyak dapat ujian.

 

 

SOALAN

Seperti mana yang kita ketahui bahawa taqwa adalah salah satu dari sifat orang mukmin dan golongan muttaqin. Golongan muttaqin ini sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukannya (sentiasa berasa Allah SWT memerhatikannya : surah al-hujurat:ayat 18).

1) Apakah maksud khauf yang sering terdapat dalam ayat al-Quran seperti di dalam surah ali-Imran ayat 175? Apakah khauf ini termasuk takut pada semua perkara berkaitan hari akhirat, azab neraka, seksa kubur dan seumpamanya.

2) Apakah khauf ini termasuk dalam sikap berhati-hati dan tidak melakukan perbuatan yang dianggap syubhah.

Mohon pencerahan persoalan ini, saya terpikir selepas belajar tafsir surah al-Baqarah.

JAWAPAN

Takut ada banyak jenis takut. Ada level dan kesannya yang digunakan dalam al-Qur’an.

Kalau kita sentuh sedikit tentang bahasa yang digunakan dalam al-Quran, kita akan perasan bahawa terdapat banyak lafaz ‘takut’ yang digunakan dalam al-Quran. Ia digunakan untuk memberitahu kepada kita dengan lebih jelas, apakah jenis takut itu kerana takut itu ada bermacam-macam. Kalau dalam bahasa Melayu, kalau takut, boleh dikatakan satu takut sahaja tetapi dalam Bahasa Arab adalah bahasa yang kaya dan mempunyai banyak kategori.

Khauf – Ini adalah perasaan takut yang dirasai oleh manusia kalau dia rasa akan ada kesakitan pada tubuhnya. Mungkin takut kenal pukul, contohnya.

Khash’yah – Ini adalah takut kepada sesuatu kerana kebesaran atau hebatnya sesuatu kejadian itu. Sebagai contoh, apabila kita sudah baca ayat-ayat al-Quran tentang kehebatan dan kesusahan yang besar di akhirat kelak, maka inilah perasaan takut itu.

Khusyuk – Lafaz ini kita selalu dengar – khusyuk dalam solat. Ini adalah jenis takut yang nampak pada muka dan tubuh manusia. Kerana takut sangat, sampai memberi kesan kepada tubuhnya sekali. Sebab itu, digunakan untuk menyebut sifat solat, kerana dalam solat itu, kita sedang mengadap Allah SWT dan kita sangat takut sampai tubuh kita menunjukkan ketakutan itu. Kita waktu itu tidak bergerak dan tunduk taat sahaja. Sebab itu pergerakan tubuh kita dalam solat terkawal.

Taqwa’ – Ini juga kita selalu dengar. Salah satu dari maksud taqwa adalah takut tetapi ia takut kepada kesan dari perbuatan kita. Oleh itu, orang yang taqwa, mereka akan jaga perbuatan mereka kerana mereka takut segala perbuatan mereka itu akan dibalas di akhirat nanti. Mereka akan takut hendak buat amalan dan perbuatan yang salah dan berdosa. Oleh itu, mereka akan berjaga-jaga dan berhati-hati dalam perbuatan mereka. Beginilah yang kita patut lakukan.

Hazar – ini seperti yang disebut dalam Baqarah – Ini adalah perbuatan lari dari apa yang ditakuti – maksudnya, jenis takut sampai dia akan mengelak atau melarikan diri.

Rauq – terkejut kerana takut. Ini seperti keadaan Nabi Ibrahim ketika baginda pertama kali berjumpa dengan malaikat yang datang ke rumahnya. Baginda takut apabila mereka tidak makan hidangan yang baginda sediakan kepada mereka kerana kebiasaan kaum mereka, kalau seseorang itu datang untuk membunuh tuan rumah, dia tidak akan makan makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Oleh kerana mereka tidak makan hidangan, maka Nabi Ibrahim pun terkejut.

Awjasa – Ini adalah jenis takut setelah mendengar sesuatu yang menakutkan; juga digunakan untuk rasa takut tapi tidak ditunjukkan di luar, disimpan dalam hati sahaja. Orang yang rasa takut itu, akan simpan perasaan itu dalam hati dia, tidak tunjukkan pada mukanya. Ini ada disebut apabila Nabi Musa melihat sihir-sihir yang ditunjukkan oleh ahli sihir.

Wajal – Ini adalah jenis takut yang masuk ke dalam hati seseorang. Sebagai contoh, apabila seseorang itu membaca ayat al-Quran.

Rahab – Perasaan takut untuk mengecewakan orang lain. Sebagai contoh, ada orang yang kita hormati, maka kita takut untuk buat sesuatu yang boleh mengecewakan orang itu kerana kita hormat dia.

Takut ada banyak jenis takut. Ada level dan kesannya yang digunakan dalam Qur’an.

Ra’ab – Jenis takut yang amat sangat, sampai menyebabkan seseorang itu tidak boleh berfikir dengan betul, sampai membuatkan dia buat sesuatu yang bodoh. Dia buat silap itu kerana dia dalam keadaan takut sangat.

Ashfaqa – Takut ke atas orang lain, bukan diri kita. Sebagai contoh, kita sedang jaga anak kita dan kita takut dia jatuh masuk longkang semasa sedang berjalan-jalan.

Wajf – Perasaan takut yang bercampur dengan rasa tidak selesa. Juga bermaksud takut yang amat sangat sampai hati berdegup kencang macam larian kuda, sampai boleh dengar degupan jantung itu. Inilah perasaan takut yang dialami oleh mereka yang disebut dalam ayat ini – takut yang amat sangat. Allah jadikan hati mereka takut sangat kerana semasa di dunia dulu mereka tidak takut langsung buat dosa dan kesalahan.

 

 

SOALAN

Apakah syubhah ini termasuk dalam sifat takut yang dinamakan hazar? Maksudnya dia takut pada makanan syubhah (diragui halal) hingga ia mengelak dari memakan makanan tersebut.

JAWAPAN

Tidak. Sebab حَذَرَ itu digunakan dalam al-Qur’an 2.19 untuk takut mati. Manusia takut mati sampai mereka lari dari mati. Kalau takut makan makanan syubhah, itu jenis taqwa.

 

 

SOALAN

Betulkah panggilan untuk orang bukan Islam yang sudah mati kita kena sebut mati atau mampus dan bukan meninggal? Rasanya perkataan mampus itu macam kasar sangat.

JAWAPAN

Ya, kasar sangat tu. Semua maksud sama, tetapi digunakan dalam keadaan yang lain. Kalau marah, orang gunakan kata lain. Seeloknya gunakan kata mati dan meninggal dunia sahaja.

 

 

SOALAN

Berkenaan orang bukan Islam mati, saya ada saudara mara yang bukan Islam. Kalau mereka mati, bolehkah kita bagi penghormatan terakhir cara mereka? Contohnya , pusing keliling mayat.

JAWAPAN

Tidak boleh, itu sudah masuk bab ibadah.

 

 

SOALAN

Surah Al Mulk sebaiknya di baca sebelum tidur. Bolehkah kita baca selepas solat maghrib atau solat isyak?

JAWAPAN

Boleh sahaja tetapi belajarlah maksud yang hendak disampaikan oleh surah itu. Bukan setakat baca sahaja malah ada pengajaran dalam surah itu dan hanya 30 ayat sahaja.

 

 

SOALAN

Berkenaan ganti puasa. Saya ada 4 tahun tidak dapat berpuasa penuh sebab mengandung dan menyusu (tidak mampu tahan lapar dan anak akan kembung)

1. Saya hendak ganti puasa, bolehkah saya mulakan berpuasa sunat Isnin khamis atau Khamis Jumaat? Sebab takut tidak dapat menahan lapar dan terpaksa berbuka nanti. Saya juga risau anak saya berusia 1 tahun alami kembung.
Pernah dengar yang sebelum puasa sunat elok buat ganti dulu dan kalau ganti puasa tidak elok berbuka bila sudah separuh jalan berpuasa..

2. Saya hendak membayar fidyah puasa 4 tahun itu, tetapi tidak ingat jumlah hari. Bolehkah saya bayar penuh 4 tahun? Setahu saya fidyah dibayar kalau berkaitan kesihatan anak, tetapi saya tidak mampu nak berpuasa penuh termasuk sebab tidak mampu tahan lapar.

3. Adakah untuk mulakan ganti puasa kena mula dari 4 tahun dulu? Bolehkah saya campur sekali dengan puasa sunat isnin dan khamis boleh?

JAWAPAN

Kalau tidak puasa kerana mengandung atau kerana menyusu, bayar fidyah sahaja. Kalau tidak ingat, boleh bayar penuh. Ada dalil yang membenarkan.

Dalam riwayat al-Tabari dengan sanad yang sahih Ibn ‘Abbas menyebut:
“Jika wanita hamil bimbang terhadap dirinya, wanita menyusu bimbang terhadap anaknya pada bulan Ramadan maka dia boleh berbuka serta ganti setiap hari dengan memberi makan orang miskin dan TIDAK perlu ganti puasa”

Dalam riwayat al-Daraqutni dengan sanad yang sahih, Ibn ‘Umar berkata:
“Wanita yang hamil dan menyusu boleh berbuka tak perlu qada”
Dalam riwayat sahih al-Daraqutni juga:
“Seorang wanita hamil bertanya Ibn ‘Umar tentang puasanya, jawab Ibn ‘Umar: “Kamu boleh buka dan beri makan setiap hari seorang miskin, tidak perlu qada (ganti puasa)”.

 

 

SOALAN

Apakah wujud perempuan yang ada pasangan lebih dari satu?
Suami yang berpoligami, lebih tepat lagi ialah, poligini.
Poligami: banyak pasangan secara umum
Poligini: lelaki yang ada pasangan lebih dari satu.
Poliandri: perempuan yang ada pasangan lebih dari satu…

JAWAPAN

Sekarang memang tidak ada tetapi ada dalam budaya dahulu. Termasuk dalam musyrikin Mekah juga. Ada para sahabat yang tidak tahu siapakah bapa mereka kerana ibu mereka mengamalkan poliandri.

 

 

SOALAN

Maksudnya ia berlaku pada masa dulu, semasa wahyu belum diturunkan?

JAWAPAN

Ya. Kesannya ada pada sahabat Nabi SAW. Sampaikan mereka tanya kepada Nabi Muhammad SAW siapakah bapa mereka. Mereka juga tidak pasti siapakah bapa mereka. Ini ada dalam hadis. Siapa boleh carikan? Memang pada zaman Jahiliyah, wanita boleh ada lebih dari satu pasangan. Sampaikan tidak tahu anak yang lahir itu siapakah bapanya yang sebenar. Dalam hadis itu, sahabat tanya Nabi siapakah bapa mereka dan Nabi SAW menjawab soalan itu dalam Sahih Bukhari.

 

 

SOALAN

Adakah hadis ini ustaz? Betulkan dalam surah al-Maidah, ada larangan jangan banyak bertanya?

Dalam Shahîh al-Bukhâri dan Shahîh Muslim disebutkan hadits dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu, ia berkata,”Rasulullah berkhutbah kepada kami kemudian seseorang bertanya, ‘Siapa ayahku?’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Si Fulan.’ Setelah itu turunlah ayat di atas.”[3]

Dalam Shahîh al-Bukhâri dan Shahîh Muslim juga disebutkan hadits dari Qatâdah, dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu, ia berkata,”Orang-orang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam hingga mereka menekan beliau dalam pertanyaan mereka. Beliau marah kemudian naik mimbar dan bersabda, ‘Pada hari ini, tidaklah kalian menanyakan suatu apa pun kepadaku, melainkan aku akan menjelaskannya,’ Seseorang yang jika berdebat dengan orang-orang, ia dipanggil dengan nama selain nama ayahnya sendiri lalu berkata, ‘Wahai Rasulullah, siapa ayahku?’ Nabi bersabda, ‘Ayahmu ialah Hudzafah.’ ‘Umar bin al-Khaththaab bangkit lalu berkata, ‘Kami ridha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul. Kami berlindung kepada Allah dari kejelekan berbagai fitnah.’” Dan Qatâdah ketika menyebutkan hadits di atas, ia membaca firman Allah Ta’ala, ‘Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menanyakan hal-hal yang jika diterangkan kepada kalian, niscaya menyusahkan kalian.'[al-Mâ-idah/5:101].[4]

Dalam Shahîh al-Bukhâri disebutkan juga hadits dari Ibnu ‘Abbâs Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Satu kaum bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan maksud mengejek. Salah seorang dari mereka berkata, ‘Siapa ayahku?’ Orang yang untanya tersesat berkata, ‘Di mana untaku?’ Kemudian Allah Ta’ala menurunkan ayat ini, ‘Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menanyakan hal-hal yang jika diterangkan kepada kalian, niscaya menyusahkan kalian’.” [al-Mâ-idah/5:101].[5]

JAWAPAN

Alhamdulillah, ya benar hadis ini. Latar belakang hadis ini, orang munafik kutuk para sahabat. Mereka kata, para sahabat itu tidak sehebat mana, bapa sendiri pun tidak kenal… kerana ibu mereka mengamalkan poliandri, jadi tidak tahu bapa mereka yang sebenar. Sebab itu mereka tanya Nabi Muhammad SAW dan baginda diberi wahyu untuk bagitahu siapa sebenarnya bapa mereka.

Soalan itu tidak penting. Buat apa nak tahu siapa ayah mereka? Tidak ada kelebihan dalam agama dan buang masa bertanya. Buat malu sahaja (tentu mak mereka malu kerana diingatkan dengan hal begitu). Rasulullah pun bukan kerja dia hendak menjawab benda-benda macam itu. Jadi baginda marah sebenarnya… sampailah Saidina Umar duduk melutut depan Nabi SAW dan pujuk baginda.

Jadi larangan bertanya dalam hadis ini adalah tentang perkara yang tidak penting. Bukan larang bertanya langsung. Jangan salah faham. Kena baca dengan ayat dan hadis-hadis yang lain.

 

 

Komen dan Soalan