Utama Bilik Seminar Mingguan Wacana Siri 3 : Tafsir Ayat Kursi

Wacana Siri 3 : Tafsir Ayat Kursi

2192
1
Iklan

Tafsir ayat kursi oleh Ustaz Solahuddin Al-Ayyubi

 

ان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفر. ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيآت أعمالنا. من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له. اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له واشهد ان محمدا عبده ورسوله. رب اشرح لي صدري ويسر لي امري واحلل عقدة من لساني يفقهو قولي. اما بعد. اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بشم الله الرحمن الرحيم

 

Muqaddimah

Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaanNya kita dapat hidup dan dapat mempelajari ilmuNya.. Tanpa izin Allah, siapa lah kita untuk menentu segala. Dengan nikmat yang amat besar iaitu islam dan iman ini. Selayaknya kita sibukkan diri dengan ilmu-ilmu wahyu dan amal apa yg di pelajari. Tiada lah ilmu melainkan apa yang Allah ajarkan pada kita semua.

Syukur lah dengan taat setia kepada Allah dan RasulNya sebagai tanda kita benar-benar hargai dan mensyukuri nikmat Allah yg besar ini. Terima kaseh serta jazakumullahu khaira saya doakan pada semua kerana dapat hadir ke majlis malam ini.. Terutama cikgu rahim. Semoga Allah permudahkan kita semua dengan kebaikan..

Dalam hadis ada menyebut.

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين رواه البخاري

Sesiapa yang Allah ingin memberi kepadanya kebaikan yang banyak nescaya Allah akan bagi dia memahami secara mendalam ilmu agama Allah.

Oleh itu minta lah pada Allah sentiasa, agar Allah kurniakan kefahaman yang mendalam dalam agamaNya kepada kita semua.

اياك نعبد و اياك نستعين

hanya kepada mu ya Allah kami abdikan diri, dan hanya kepada mu saja kami minta pertolongan.

Jadi, ibadah kita hanya pada Allah. Minta doa pun hanya pada Allah. Harap lah kepada Allah semoga Allah beri kefahaman mengikut maksud yang Allah inginkan.

 

Sebelum mula ayat kursi. Kita kena tahu beberapa perkara penting tentang ilmu al-Qur’an.

Antara yang terpenting pelajaran al-Qur’an ialah segala ayat yang ada di dalamnya adalah perkataan dari Allah SWT. Allah khithob/bercakap dengan kita, ayat yang ada berupa contoh, kisah ummat, hukum hakam, akidah semuanya Allah tuju kepada kita semua. Jadi jangan pula kita anggap, ini ayat untuk orang itu, ini ayat untuk orang ini. Jadi, bila pula ayat untuk kita, asyik orang sahaja kena ayat itu atasnya, bukan kita.

Oleh itu bila belajar al-Qur’an adalah cara Allah nak sampaikan ilmu kepada kita semua melalui kitabNya. Dengan sifat rahman dan rahim Nya Dia turunkan al-Qur’an untuk kita semua agar kita semua belajar segala isi kandungannya. Sungguh malangnya manusia hidupnya tak pernah pelajari al-Qur’an hingga mati. Dan tidak terlambat juga buat kita semua mempelajari isi kandungan al-Qur’an untuk memahami apa Maksud Allah ciptakan kita.

Mulai hari ini. Jika sesiapa yang masih tidak khatam belajar al-Qur’an pelajari tafsir al-Qur’an kena lah kembali pasangkan niat supaya Allah permudahkan kita semua utk pelajari al-Qur’an. Sudah-sudah lah kita di momok kan oleh si syaitan bertopeng manusia yang menyeru manusia supaya meninggalkan belajar al-Qur’an. Sehingga ada yang kata al-Qur’an ini payah. Kena belajar ilmu itu dahulu ilmu ini dahulu. Tetapi akhirnya kita semua ramai yang tidak pelajari al-Qur’an. Sungguh memalukan jika kita sanggup mengaku islam tetapi tidak sanggup belajar al-Qur’an.

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Qur’an untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Adakah ada yang sudi?

 

Tafsir Ayat Kursi

اللهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Ayat ini adalah ayat seruan tauhid, dengan ayat ini Allah menyeru hambaNya kembali kepada tauhid. Dengan ayat ini Allah perkenalkan diriNya kepada kita semua melalui sifatNya yang Maha Agong. Dan ayat ini juga di beri nama Isim A’zhom. Yaitu menerangkan nama Allah yang sesuai dengan sifatNya yang Maha Agong..

٣٤٠٠ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ أَبِي زِيَادٍ الْقَدَّاحِ عَنْ شَهْرِ بْنِ حَوْشَبٍ عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْمُ اللهِ الْأَعْظَمُ فِي هَاتَيْنِ الْآيَتَيْنِ { وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ } وَفَاتِحَةِ آلِ عِمْرَانَ { الم اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ } قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

3400. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Khasyram telah menceritakan kepada kami Isa bin Yunus dari ‘Ubaidullah bin Abu Ziyad Al Qaddah dari Syahr bin Hausyab dari Asma` binti Yazid bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Nama Allah Allah yang paling agung ada dalam kedua ayat ini, yaitu: “Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”, (QS. Albaqarah 163) dan permulaan Surat Ali Imran; “Alif laam miim. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya.” (QS.Ali Imran 1-2), Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits hasan shahih. HR At-Tirmidzi.

Nama Allah Yang Maha Agong mengatasi segala keagungan selainNya. Apabila di nisbah dengan Allah semua rendah lagi hina dina. Tak kira lah betapa besarnya pangkatnya di dunia. Betapa kayanya dia. Pasti tidak dapat mengatasi Allah yang Maha Agung Maha Perkasa lagi Maha kuasa.

Ayat kursi ini selalu org kita buat berbomoh je. Kadang-kadang hantu syaitan pun tak lari. Dek kerana si pembacanya tidak memahami isi kandungan tauhid di dalamnya dan kurang bertawakkal kepada Allah dan kurang yakin kepada Allah.

 

Sekarang mari kita belajar isi kandungannya bersama.

اللهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia.

Di sini jumlah ayat mula-mula di mulai dengan perkenalkan namaNya. Kemudian Allah menafikan ada ILAH selainNya.

 

Soalannya apakah makna ILAH?

ILAH di sini dengan makna مألوه او معبود iaitu di jadikan tuhan atau diabdikan diri/disembah/buat ibadah pada Nya. Iaitu menafikan sembahan yang selain Allah. Dan menafikan ibadah kepada selain Allah. Dan menafikan berdoa kepada selain Allah. Iaitu kesimpulanNya nafi ibadah dan doa.

khulasah kepada:

اياك نعبد واياك نستعين

Yang mana, ayat ini selalu di baca ketika solat. Hari-hari di baca pada setiap 5 waktu solat fardhu. Dan di baca pada setiap solat sunnat. Hari-hari di baca bertujuan mengukuhkan tauhid.

 

Kalimah Tauhid

Allah mulakan dengan kalimah tauhid. Dengan kalimah tauhid ini juga kita mula masuk islam dgn melafazkan kalimah tauhid. Hingga kan ketika hampir mati sekalipun di anjur agar di ajar kalimah tauhid kepada orang yang hampir nak mati. Begitu besarnya kalimah tauhid. Kalimah yang agong, terhapusnya dosa pun di sebab kan lafaz tauhid, masyaAllah.

Oleh itu di zaman Nabi kalimah ini di baca kepada orang arab jahiliah mereka terus menolak. Kerana bagi mereka boleh minta doa kepada selain Allah. Boleh bernazar kepada selain Allah. Boleh buat ibadah kepada selain Allah. Ini lah yang mereka faham dulu-dulu.

Hanya segelintir sahaja di kalangan sahabat-sahabat Nabi yang dapat terima kalimah tauhid ini masa mula-mula di Mekkah. Bagi orang arab mereka tidak menafikan Allah sebagai pencipta mereka. Cuma bagi mereka selain Allah boleh beri bantuan-bantuan yang dapat selamatkan diri mereka dari ancaman bala di dunia.

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللهُ ۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). [luqman 25]

Maka ayat di atas tadi menafikan Allah punyai sebarang sekutu atau sebarang wakil yang dapat mengadakan hukum bagi pihak Allah.

 

Seterusnya

الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ

Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)

Iaitu kekal hidupnya Allah. Sejak azali dan tiada had batas kemusnahan dengan kematian. Bahkan Allah sahaja yang berkuasa memberi kemusnahan kepada selainnya yang Dia hendaki.

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Perkataan alhayy bermaksud Allah yang tetap hidup, bukan dari tiada kepada ada. Bahkan dari dulu sejak azali Allah tetap hidup. Jadi di sini memberi maksud Allah berkuasa penuh sejak dulu, segalanya mengikut kehendakNya, ilmu yang maha luas, maha melihat segalanya tanpa had, maha berkata-kata lagi tidak bisu, maha mendengar lagi tidak pekak..

Perkataan الْقَيُّومُ adalah berkuasa penuh Allah untuk mengurus tadbir segala makhlukNya. Oleh itu tidak patut kita minta doa atau lakukan ibadah sembahan kepada selain Allah. Seolah-olah Allah ingin menerangkan kepada kita bahawa jika masih ada di kalangan manusia yang sanggup meminta doa atau ibadah kepada selain Allah maka mesti lah orang yang dia minta itu punyai kuasa alhayy dan alqayyum, hendak jadi wakil Allah sekalipun kena ada kuasa. Jika tiada maka tidak layak.

SubhanaAllah.

 

Kemudian,

لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Antara sifat Allah yang maha kuasa, Allah perkenalkan sifatNya di sini Dia tidak pernah dan tidak akan mengantuk. Mengantuk pun tidak, lebih-lebih lagi lah kalau tidur. Kerana sifat-sifat ini biasa ada pada manusia pada makhlukNya, lalu jika kita ingat berdoa atau buat ibadah kepada selain Allah, mesti lah dia punyai kuasa tidak mengantuk dan tidak tidur. Iaitu tidak pernah berehat dalam melakukan tugas. Kerana jika manusia sentiasa berhajat kepada makan minum dan berehat tidur. Dan bila ada masa-masa keperluaan yang mesti buat ini maka tidak mungkin dapat menumpu 100% untuk menyahut seruan doa atau ibadah.

Sifat yang lemah sebegini tak layak dan tak patut. Minta lah pada Allah sahaja. Jangan minta di kuburan. Jangan minta di gua-gua. Jangan minta di dalam hutan. Iaitu meminta kepada selain Allah. Mereka yang di seru itu adalah makhluk yang lemah. Dan di ada-ada kan sahaja. Tidak tahu menahu apa yang kita buat.

 

Seterusnya,

لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Milik Allah segalanya. Maka tidak layak kita meminta doa kepada yang di langit atau di bumi yang selain Allah. Kerana segalanya milik Allah yang maha esa lagi maha kuasa. Jika ingin meminta dengan Nabi, maka Nabi pun milik Allah, jika kepada orang mati syahid mereka pun milik Allah, jika minta pada malaikat maka mereka pun milik Allah, dan minta kepada sesiapa sekalipun yang selain Allah. Maka mereka tetap milik Allah.

Iaitu Allah berkuasa penuh terhadap setiap makhlukNya

 

Seterusnya,

ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya

Di sini Allah menafikan kembali ada berlakunya syafaat bantuan dari selain Allah. Melainkan dengan izinNya. Dan izin Allah ialah kalimah tauhid. Dan paling kurang iman seberat biji sawi. Iaitu tidak syirik pada Allah. Kerana tauhid dan syirik tidak mungkin boleh bersama. Ibarat belon dengan jarum. Sedikit saja jarum kena pada belon maka akan meletup belon itu. Begitu lah perumpaan tauhid dengan syirik. Jika syirik maka hancur lah tauhid.

Oleh itu sesiapa yang ingin syafaat Nabi SAW maka kena tauhid. Maka jangan minta kepada Nabi yang sudah wafat. Tapi minta lah pada Allah dan nak dapat syafaat ikut lah syariat Allah, ikut undang-undang Allah, jangan langgar batasan Allah.

Sebab itu dalam hadis sesiapa hendak syafaat kena doa pada Allah supaya bagi Wasilah, fadhilah untuk Nabi. Iaitu semasa kita doa azan. Doa azan itu mengajar kita supaya berdoa kepada Allah. Ganjarannya ialah dapat syafaat Nabi. Bukan pergi kubur Nabi minta kepada Nabi supaya bagi syafaat dan hajat-hajat itu.

Nabi makhluk Allah, Nabi milik Allah. Allah berkuasa penuh terhadap Nabi dan Nabi bukan Tuhan yang Maha kuasa.

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللهُ ۚ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Ayat di atas Allah suruh Nabi bagitahu kepada ummat siapakah dirinya.

 

Seterusnya,

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ

yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

Dalil di atas Allah nak ajar kita bahawa makhluk tidak tahu tapi Allah lah yang Maha Tahu. Jika ada yang meminta doa kepada selain Allah maka semestinya yang selain Allah itu kena ada kuasa ajaib dapat mengetahui segala. Lalu setelah di minta doa kepada mereka itu, mereka dapat tahu apa isi kandungan doa dan tahu segala-segala nya maksud tersirat atau tersurat, zahir dan batin. Kemudian mereka tidak akan tersilap memakbulkan doa yang tidak di pinta. Dan boleh memahami segala bahasa, bahasa melayu, inggris, urdu dan segala.

Oleh itu yang maha tahu hanya Allah. Selayaknya kepada Allah kita sembah dan kepadaNya juga kita minta doa.

 

Kemudian,

وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ

Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Dalil ayat di atas lanjutan penjelasan dari jumlah sebelum, iaitu makhluk ada ilmu sedikit sahaja, bila sedikit tidak mungkin jadi wakil Allah, bahkan kita semua berhajat kepada Allah sentiasa.

 

Sambung,

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;

Kebesaran Allah keagonganNya sangat tinggi. Jadi, jangan kita perlekehkan kuasa Allah, meminta kepada selain Allah seakan Allah tak tahu menahu. Lafaz kursi di atas adalah bermaksud kursi, kursi di atas arasy, dan arasy makhluk Allah yang paling besar. Kursi maknanya tempat rehat dua kaki. Dalam ayat di atas. Di serahkan makna sebenarnya dan hakikat kursi kepada Allah. Tiada tafsiran yang sampai ilmu kepada kita semua tentang hakikat sebenar kursi itu.

Ayat di atas tafsiran dalam buku terjemahan tafsir pimpinan arrahman.

 

Seterusnya,

وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Iaitu tidak berat, tidak susahnya Allah menjaga langit dan bumi antara makhluk Allah yang besar. Kita yang kerdil ni apa lah sangat.

 

Kesimpulannya

Ayat kursi adalah ayat yang menerangkan isi tauhid, iaitu tauhid dalam ibadah dan doa. Tafsir ayat dalam surah al-Fatihah. Antara tunjang utama asas surah al-Baqarah ini. Ayat di atas Allah sudahkan dengan sifat al-aliyy dan al-‘azhim. Sifat ketinggian dan keagongan Allah Tuhan kita, yang mengajar kita erti hidup atas dunia mengikut caraNya.

 

Syukran lakum wa ilal liqa’, insyaAllah, wa jazakumullahu khaira. Wa aakhiru da’waana an Alhamdulillahi Rabbil Aa’lamiin.

 

 

1 KOMEN

Komen dan Soalan