Utama UiTO Bicara THTL NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 6

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 6

152
0
Iklan
Waktu Doa Mustajab
6. Ketika bersujud. 
Walaupun sudah dijelaskan dalam siri yang lepas, pengarang (Dr Ammar  Yasir Qadhi, Madinah) menjelaskan sekali lagi untuk menguatkan pendapat beliau.
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
“Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhan-nya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah doa ketika itu.”
(HR. Muslim no. 482, dari Abu Hurairah)
Menurut pendapai Ibnu Uthaimin (Fatawa Nur ‘ala Darb) ketika mensyarah hadith ini, maksudnya mengulang-ngulang dan tidak boleh terlalu lama pada sujud terakhir, ini kerana thuma’ninahnya kena sama untuk semua gerakan.
Dalil hadith:
كَانَ رُكُوعُ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَسُجُودُهُ وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ وَبَيْنَ السَّجْدَتَيْنِ قَرِيبًا مِنَ السَّوَاءِ
“Rukuk, sujud, bangkit dari rukuk (i’tidal), dan duduk di antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi SAW, semuanya hampir sama (lama dan thuma’ninahnya).”
(HR. Bukhari no. 801 dan Muslim no. 471 dari al-Barra’ bin Azib)
Juga larangan membaca Al-Qur’an ketika sujud.
Dalil hadith:
وَإِنِّى نُهِيتُ أَنْ أَقْرَأَ الْقُرْآنَ رَاكِعًا أَوْ سَاجِدًا فَأَمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِى الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ
“Ketahuilah, aku dilarang untuk membaca Al-Qur’an di dalam keadaan rukuk atau sujud. Adapun rukuk maka agungkanlah Rabb azza wa jalla, sedangkan sujud, maka berusahalah bersungguh-sungguh dalam doa, sehingga layak dikabulkan untukmu.”
(HR. Muslim no. 479 dari Ibn Abbas)
Namun jika ayat Al-Qur’an itu berunsur doa seperti ini:
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”
(Al Baqarah: 201).
Maka dibolehkan dibaca ketika rukuk dan sujud.

Komen dan Soalan