Utama Bilik (93) Cabang Cabang Iman Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-41 hingga Ke-45

Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-41 hingga Ke-45

328
0
Iklan

Cabang-Cabang Iman

Cabang Iman Ke-41

Membelanjakan(Infaq) harta pada jalan yang diredhai.

Sepertimana mendapatkan harta dari jalan yang haram ditegah oleh Allah SWT begitu juga dengan membelanjakannya.

Para ulama’ membahagikan harta kepada 4 bahagian. 1/4 untuk meninggikan agama, 1/4 untuk nafkah keluarga, 1/4 untuk ilmu dan 1/4 untuk diri (rumah,pakaian dan makanan)

Berbelanja ke arah sesuatu yang haram menjadi saham kepada dosa-dosa.

Tasdiqkanlah akan begitu banyak jalan-jalan atau tempat-tempat kebajikan yang boleh diinfaqkan harta.

Sampaikanlah akan jalan-jalan kebajikan seperti menderma ‘water cooler’ di masjid, menanam pokok buah dan sebagainya. Hindari dan tegurlah perbelanjaan yang haram.

Amallah dengan menyusun belanjawan bulanan, mingguan kita ke arah jalan-jalan kebaikan dan kebajikan.

 

Cabang Iman Ke-42

Tidak berhasad dengki dan khianat

Hasad adalah sifat mahu orang yang diberi nikmat hilang nikmat. Manakala khianat adalah tindakan akibat dari rasa hasad tadi.

Dalam Surah Al-Falaq ayat Ke-5, disebut supaya kita berlindung dari penghasad dengki.

Benarkanlah dalam hati dengki ini dilarang dalam Islam.

Sampaikan keburukan berhasad dengki.

Amallah dengan memberi kemaafan dan mendoakan kesejahteraan.

 

Cabang Iman Ke-43

Tidak Buka Aib orang

Aib adalah perkara yang akan menjejaskan reputasi dan maruah seseorang jika disebarkan.

Termasuk dalam tidak buka aib ini adalah, aib diri sendiri

Membuka aib ini, jika ia benar maka kita telah mengumpat dan jika ia separuh benar atau salah kita telah melakukan fitnah.

Tasdiqkanlah akan larangan membuka aib ini.

Sampaikanlah ancaman terhadap perlakuan umpat dan fitnah.

Amallah dengan sentiasa melihat bahagian putih hidup orang lain (bright side) dan perhati dan cuba mencerahkan sisi gelap (dark side) pada diri kita.

Cabang Iman Ke-44

Ikhlas

Ikhlas adalah niat sesuatu amal semata-mata hanya dilakukan kerana ALLAH SWT untuk mendapat kurnia dan redha-Nya.

Rujuk Surah Al-Bayinnah ayat ke-5, ayat perintah Ikhlas.

Komponen ikhlas adalah mahukan janji-janji Allah SWT yang ghaib, yakni darjat dan tempat yang baik setelah kita dibangkitkan dari kematian.

Lawan kepada ikhlas adalah riak.

Tasdiqkanlah akan perintah Allah SWT supaya mengikhlaskan diri dalam beramal.

Sampaikanlah akan bahaya riak dan pentingnya ikhlas.

Amallah dengan tahsin niat. Tahsin niat memperbaiki dengan sentiasa menyemak dan meluruskan niat.

Cabang Iman Ke-45

Membantu (memudahkan) dalam hal kebaikan, dan tidak membantu (menyekat) daripada perkara keburukan.

Seperti yang kita maklum dua golongan awwalun ummat Muhammad SAW yang akan disebut-sebut hingga kiamat selagi kita membaca Al Quran:

  1. Muhajir
  2. Ansar

Apa maksud Ansar? Pembantu dan pemberi kemudahan.

Apakah bantuan yang diberikan oleh Ansar? Jaminan keselamatan dan taat setia untuk bersama dalam menyebarkan agama.

Itulah sebaik-baik bantuan, di mana Allah SWT menamakan mereka sebagai ANSAR di dalam Al-Quran.

Tasdiqkanlah betapa besarnya ganjaran mereka yang membantu sesama Islam dalam hal kebaikan.

Tablighkanlah akan ganjaran-ganjaran mereka yang membantu agama Allah SWT.

Amallah dengan memberikan kemudahan dalam hal-hal kebaikan dan kebajikan, janganlah membantu dan memudahkan perkara yang menjurus ke arah keburukan.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan