Kesalahan sebelum solat – 1/100
1. Tidak berzikir ketika masuk tandas
اللهم إني أعوذبك من الخبث والخبائث
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari syaitan lelaki dan syaitan perempuan.”
2. Membawa sesuatu yg tertulis nama Allah ketika buang hajat. Contohnya cincin yg tertulis nama Allah.
Imam An Nawawi rh menghukumkannya makruh.
Q: Apa hukum membaca wang kertas yg tertulis nama Allah ke dalam bilik mandi?
A: Harus, dgn syarat wang tersebut berada dlm poket krn ia tersembunyi dan tertutup.
(Fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih al Uthaimin)
3. Buang air tanpa penutup (tirai/dinding). Ia merupakan kesalahan kerana:
a. tidak ada rasa malu. malu adalah sebahagian dari iman
والحياءشعبةمن الإيمان
b. menyelisihi petunjuk nabi saw
c. buang hajat dgn tidak memakai tirai salah satu penyebab seksa kubur – HR al Bukhari(216), Muslim(292)
4. Tidak suci daripada air kencing. Tergesa2 setelah buang hajat.
أما أحدهما فكان لا ييتنزه من بوله
“Adapun yang satunya disiksa lantaran tidak membersihkan diri dari air kencingnya; tidak berhati-hati,
tidak membersihkan diri dan tidak suci darinya.”
5. Pakaian yang tidak sesuai
a. Solat dengan pakaian yang tipis dan transparen.
b. solat dengan mengenakan pakaian tidur atau pijama.
c. solat dengan mengenakan disydasy tipis tanpa bercelana.
d. solat dengan mengenakan pakaian yg terbuat dari kain nilon maupun sifon.
e. memakai pakaian yang berbau
dalil: nabi melarang orang yang memakan bawang putih dan bawang merah untuk ke masjid.
Allah juga perintah kita memperindahkan diri saat hendak pergi ke masjid.
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan
(Surah Al-A’raf (7:31)
6. Solat sambil menahan kencing.
“Janganlah seseorang solat apabila makanan sudah dihidang, jangan pula solat jika dalam keadaan menahan buang air kecil” – HR Muslim(560)