Bismillah…
Note 25 : sambungan note 24
– Di Mina, ketika berada di tiga jamrah, mereka dapat merasakan Nabi Ibrahim AS melawan syaitan, menentang suruhannya dan membalingnya dengan anak-anak batu. Nabi Ibrahim AS menerima perintah Allah SWT dan melaksanakan wahyu, melalui mimpi supaya menyembelih anaknya.
– Sementara di Arafah berbagai-bagai dorongan akan timbul disanubari orang mukmin untuk mencari rahmat Allah dan mengharapkan pengampunan-Nya.
– Rasullulah SAW wuquf semasa mengerjakan haji yang penghabisan, sambil duduk dibelakang untanya, Baginda berkhutbah :
“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu itu satu, kamu semua daripada Adam dan Adam itu pula daripada tanah. Tidak ada kelebihan bagi orang Arab mengatasi orang Ajam kecuali dengan taqwa. Waspadalah selepas ketiadaanku, janganlah kamu kembali menjadi kafir yang membunuh-bunuh dikalangan kamu.”
Riwayat Imam Ahmad berkata al sanadnya sahih, Al Tarmizi, Ibn Al Sakir, Ibn Al Mubarak.
6. Memperolehi Rezeki :
– Kesemua hikmah tersebut rezeki yang diperolehi fakir miskin di tempat-tempat berkenaan pada musim haji penuh berkat.
7. Pendidikan Rohani dan Jasmani :
– Latihan jasmani bagi menghadapi keadaan suka, menempuhi pelbagai kesulitan dan tabah menghadapi cabaran.
– Rohani mendidik budi perkerti manusoa supaya merendah diri, bertolak ansur, bergaul dengan baik dan berlemah lembut.