Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Tiada Dosa Langsung, Solat Bid’ah, Beribadah Untuk Si-Mati

Tiada Dosa Langsung, Solat Bid’ah, Beribadah Untuk Si-Mati

290
0
Iklan

1. Apakah status hadis ini?
Rasulullah SAW bersabda,

التَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ

“Orang yang telah bertaubat (dengan sungguh-sungguh) dari perbuatan dosa adalah seperti orang yang langsung tidak ada dosa”. [Ibnu Majah]
Takhrij:

روى ابن ماجة (4250) والطبراني في ” المعجم الكبير ” (10281) وأبو نعيم في ” حلية الأولياء ” (4/210) والبيهقي في ” السنن ” (20561) من طريق أبي عبيدة بن عبد الله بن مسعود عن أبيه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( التَّائِبُ مِنْ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ ) ورجاله ثقات ، إلا أن أبا عبيدة لم يسمع من أبيه ، فهو منقطع ، راجع “التهذيب” (5/65)

Mutaqaddimin, daif, kerana sanadnya putus, yakni perawi Abu Ubaidah tidak mendengar dari ayahnya. Di sisi mutaakhirin sahih dengan penguat, Al-Albani antaranya:

وكذا الألباني في “صحيح الجامع” (3008)، وصححه ابن باز في ” مجموع الفتاوى ” (10/314) .

Al-Albani mensahihkan dalam sahih Al-Jaami’: 3008 dan Mufti Ben Baz dalam Majmu’ fatwanya.

2. Kalau kita sujud terakhir, imam sudah memberi salam kedua menghabiskan solat, tetapi kita masih sujud. Adakah solat batal?
Bid’ah ini maksudnya kita melakukan sesuatu dalam ibadah tanpa ada contoh. Sunnah solat berjemaah ialah mengikuti imam, tidak mendahuluinya dan tidak mengakhirinya. Maka bila imam sudah memberi salam, kita masih sujud, itu maksudnya kita sudah tidak mengikuti imam dengan mengakhirinya terlalu lama.

3. Setelah kematian ayah, sebagai waris selain membayar fidyah puasa dan haji, apakah yang kita perlu buat? Mohon huraikan berkaitan fidyah juga.
Bila mati seseorang, maka putuslah amalannya. Perlu diperhatikan ialah wasiat si mati. Jika tidak ada wasiat, maka hukum asal, tiada apa yang boleh diganti sebab amalan telah terputus. Namun di dalam Mazhab Syafie ia agak ketat dan keras. Semua perlu diganti. Kalau belum haji, kena badal haji, kalau ada hutang puasa, anak-anak kena menggantikan puasa. Dalam mazhab lain, tidak perlu kecuali nazar dan wasiat si mati sahaja. Maka menjawab soalan anda mengikut fiqh tempatan:
1. Jika dia belum berhaji, maka diambil dari pusakanya, dan di badal haji, kos RM2,500 dengan Tabung Haji.
2. Jika dia ada meninggalkan hutang puasa, maka anak-anak kena menggantikan puasa.
3. Jika dia belum mengeluarkan zakat harta, maka dikeluarkan dari hartanya bayaran zakat.

Komen dan Soalan