Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Ibadah Rahsia?

Ibadah Rahsia?

597
0
Iklan

IBADAH RAHSIA

Pelajar 1:

Rasulullah SAW bersabda:

“Ketika tiba hari Kiamat, ternampaklah suatu kaum yang melayang-layang, terbang dengan sayapnya seperti burung di atas pagar Syurga.

Lalu Malaikat penjaga Syurga bertanya, “Siapakah kalian?”

Jawab mereka, “Kami adalah orang-orang dari umat Muhammad SAW”

Malaikat bertanya lagi, “Beritahukanlah kepadaku, bagaimana kalian boleh terlepas daripada hisab?”

Mereka menjawab, “Kami tidak dikenakan beban hisab”

Lalu Malaikat bertanya lagi, “Bagaimana kalian melintasi titian siratul mustaqim?”

“Kami juga tidak melaluinya”, jawabnya dengan serentak.

“Mengapa kalian boleh sampai ke darjat seperti itu?” Malaikat bertanya lagi.

Lalu mereka menjawab; “Ketika kami hidup di dunia, kami selalu beramal dan taat beribadah kepada Allah SWT dengan cara rahsia, maka sampai kami ke Syurga dengan darjat tinggi ini pun, terjadi dengan cara rahsia”

Lantas, Malaikat pun terdiam. [ Hadis Riwayat Imam Al-Ghazali ].

Ustaz Rosman@Ayahaji:
Bismillahhirahmannirahim

Sila bawa hadis yang mengatakan demikian (adanya ibadah rahsia). Sebab ini bertentangan dengan ayat Al-Quran dan hadis-hadis lain yang mengatakan semua manusia mesti dihisab amal dan melalui sirat.

 

Pelajar 2:
Ibadah rahsia? Ini sudah mendakwa Allah SWT dan Rasulnya merahsiakan ibadah-ibadah tertentu kepada orang-orang tertentu. Berat dakwaan ini.

Ustaz Rosman@Ayahaji:
Bukan berat. Ia telah condong kepada buruk sangka kepada Allah SWT dan Rasul. Condong kepada syirik jikalau tidak boleh membawa bukti.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan