Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Pasar Dibenci, Jenazah Berteriak dan Firasat

Pasar Dibenci, Jenazah Berteriak dan Firasat

211
0
Iklan

1. Dalam hadis Riwayat Bukhari RH yang berbunyi:
“Tempat yang paling disukai oleh Allah SWT adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah pasar”.
Boleh jelaskan fiqh hadisnya?

Kata Imam Nawawi RH:

قَوْلُهُ وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا لِأَنَّهَا مَحَلُّ الْغِشِّ وَالْخِدَاعِ وَالرِّبَاوَالْأَيْمَانِ الْكَاذِبَةِ وَإِخْلَافِ الْوَعْدِ وَالْإِعْرَاضِ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَغَيْرِ ذَلِكَ مِمَّا فِيمَعْنَاهُ

​“Sabda Nabi SAW:
“Dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar”. Hal tersebut kerana pasar adalah tempat kecurangan, penipuan, riba, sumpah palsu, engkar janji, dan berpaling dari mengingat Allah, dan lain-lain yang semakna dengan ini” [Syarh Shahih Muslim 5/171]
Kalau Mall di Malaysia, banyak perempuan seksi.

2. Apakah benar di dalam riwayat Muslim, jenazah orang yang beriman berteriak mahu cepat ke liang lahad?
Sahih, terdapat dalam riwayat Bukhari bukan riwayat Muslim. Takhrij hadis:

1253 حدثنا عبد الله بن يوسف حدثنا الليث حدثنا سعيد عن أبيه أنهسمع أبا سعيد الخدري رضي الله عنه قال كان النبي صلى الله عليهوسلم يقول إذا وضعت الجنازة فاحتملها الرجال على أعناقهم فإن كانتصالحة قالت قدموني وإن كانت غير صالحة قالت لأهلها يا ويلها أينيذهبون بها يسمع صوتها كل شيء إلا الإنسان ولو سمع الإنسان لصعق

Terjemahan:
Dari Abu Sa’id al-Khudriy ra berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Apabila jenazah diletakkan dan diusung oleh kaum lelaki di atas bahu-bahu mereka. Jika ia (yakni jenazah itu) orang soleh, maka ia berkata, “segerakan aku!, segerakan aku!”. Jika ia tidak soleh, maka ia berkata, “Duhai celakalah aku, ke mana kah gerangan kamu semua hendak membawaku?”. Segala sesuatu dapat mendengar perkataannya kecuali manusia, seandainya ia dapat mendengarnya nescaya ia akan pengsan”
[Bukhari: 1253, cetakan bersama Fathul Bari]
Fiqh Hadis:
Menurut Imam Ibn Hajar Asqolani rahimahuLlah, pensyarah Sahih Bukhari, jika ia orang yang kita yakini soleh, akidah yang mantap, beramal dengan sunnah, maka kita kena segerakan pengkebumian dia untuk mendapat nikmat dari Allah, jangan tangguhkan. Umpama orang yang berpuasa, jangan ditangguhkan dari berbuka.

3. Apakah ilmu firasat ini seperti ilmu ramalan dan termasuk syirik?
Ilmu firasat:

حديث أنس – رضي الله عنه – قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم :” إن للهعباداً يعرفون الناس بالتوسم ” ، رواه الطبراني في ” الأوسط ” ( 3 / 207 ) ، وابن جرير الطبري في ” التفسير ” ( 14 / 46)
قال الهيثمي : رواه البزار والطبراني في الأوسط وإسناده حسن
“( مجمع الزوائد ” ( 10 / 268
(1693)”وحسَّنه الشيخ الألباني في ” السلسلة الصحيحة “

Hadis Anas:
“Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang mereka mengetahui manusia dengan tanda-tanda” [HR Tabrani, Ibn Jarir. Kata al Haithami, Majma’ isnadnya hasan. Al-Albani juga berkata statusnya, hasan].
Firasat adalah anugerah Allah SWT kepada orang mukmin sahaja di mana Allah SWT memberinya tanda-tanda bukan dia meramal seperti dukun.

Komen dan Soalan