Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Tamadun Islam, fiqh korban

Tamadun Islam, fiqh korban

211
0
Iklan

1. Soalan

Kurun terbaik Islam itu sekitar tahun atau dari kurun ke berapa hingga ke berapa? Adakah pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan, kekayaan dan lain-lain lagi?

1. Jawapan

Kurun terbaik ini ada dua maksud:
1. Zaman generasi emas dari 1-300 hijrah, atau 300 tahun pertama, zaman sahabat, tabi’ien dan tabi’ tabi’en.
Dalilnya:

خَيْرَ أُمَّتِـي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

“Sebaik-baik umatku adalah pada masaku. Kemudian orang-orang yang setelah mereka (generasi berikutnya), lalu orang-orang yang setelah mereka.” [Al-Bukhari: 3650]
2. Tamadun emas, ilmu dan polis dunia, empayar paling luaspada era Abbasiah, kurun ke 8-13 masihi di mana Baghdad adalah pusat tamadun, material, kekayaan dan ilmu pengetahuan.

 

2. Soalan

Boleh jelaskan sedikit mengenai fiqh korban?

2. Jawapan

1. Hukum korban, menurut pendapat jumhur ulama adalah sunat.
2. Apakah sekali seumur hidup atau ikut kemampuan?
Ikut kemampuan. Jika ada duit, kena buat setiap tahun.
3. Sebaiknya, berkongsi 7 bahagian lembu kerana haiwan tersebut semakin mahal.
4. Dagingnya salaf bahagikan kepada 3 bahagian:-
a) Makan sendiri
b) Hadiah​
c) Sedekah daging mentah.

5. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dan pelapah dengan daging melainkan dengan duit.

 

3. Soalan

Jika mahu lakukan korban dan ambil 1 bahagian, bolehkah dalam 1 bahagian itu dikongsi dengan 2 atau 3 nama?

3. Jawapan

Tidak boleh. Lembu tersebut sudah dikongsi dengan 7 bahagian, 1 dari 7 bahagian itu tidak boleh di kongsi 2 atau 3 nama lagi. Itu menyalahi syariat.
Ulang penjelasan:
Korban ini untuk orang yang berkemampuan sahaja. Kos satu korban sekarang ialah RM700. Kalau tidak berkemampuan, jangan berkongsi dengan 3 orang untuk mendapatkan 1 bahagian (RM700). Bila tidak berkemampuan, maka hukumnya korban tidak perlu dibuat sebab amalan sunat tiada paksaan.

Komen dan Soalan