📚📖✍
🔴 Sahihkah hadith berkaitan haiwan qurban akan menjadi haiwan tunggangan ketika melalui Titian Sirat?
🔴 Adakah boleh menggunakan hadith tersebut untuk fadhail amal?
✅
Semua hadith berkaitan haiwan qurban menjadi haiwan tunggangan semasa Titian Sirat adalah Dhaif.
Contoh hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اسْتَفْرِهُوا ضَحَايَاكُمْ ، فَإِنَّهَا مَطَايَاكُمْ عَلَى الصِّرَاطِ
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Perbaguskanlah haiwan qurban kalian, kerana ia akan menjadi tunggangan kalian melewati Sirat”
(Al-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus no. 268)
Tahqiq Hadith:
Amat dhaif.
Syaikh Al-Albani di dalam Silsilah Adh-Dha’ifah (74)
✅
Hadith yang amat dhaif tidak boleh diamalkan.
Boleh diamalkan sekiranya dhaif ringan seperti hadith yang ada dalam sunan At-Tirmizi. Ini kerana Imam At-Tirmizi رحمه الله mengatakan bahawa hadith dhaif dalam sunannya boleh diamalkan.
Nota kaki:
Targheeb ≈ Fadilat Amal
@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC
#Ilmu
#Amal
#Prihatin