Utama Ahli Berdaftar Ramadan dan Sifat Dermawan

Ramadan dan Sifat Dermawan

207
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Ramadan dan Sifat Dermawan

Bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan sedekah. Rasulullah SAW telah memberikan contoh terbaik kepada kita agar banyak bersedekah pada bulan Ramadan. Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata:

كَانَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

“Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan. Ketika itu Jibril menemui baginda, Jibril menemui baginda setiap malam di bulan Ramadan. Jibril mengajarkan Al-Quran ketika itu. Dan Rasulullah SAW adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan (berderma) bagai angin yang bertiup.” (HR Bukhari & Muslim)

Ibn Rajab rahimahullah berkata: “Al-Juud bermaksud rajin dan banyak memberi (berderma)”. Jadi, maksud hadis di atas ialah Rasulullah SAW seorang yang paling dermawan atau rajin memberi sedekah kepada orang lain pada bulan Ramadan.

Beribadat di bulan Ramadan bermatlamat untuk menjadikan kita orang yang bertaqwa. Antara proses menjadi orang bertaqwa ialah melaksanakan ibadat puasa di siang hari dan menghidupkan malam hari dengan solat tarawih, tilawah al-Quran dan lain-lain yang menatijahkan pengampunan dosa yang lalu. Selain daripada itu, amalan bersedekah juga menjadi pembersih dosa.

Rasulullah SAW bersabda:

اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

Puasa merupakan benteng dan sedekah dapat meleburkan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api (HR Ahmad no 5231 & Tirmizi no 2749)

Dengan sedekah dan infak yang dilakukan, akan menjadi pelindung dari api neraka. Rasulullah SAW bersabda:

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebiji kurma. (HR Bukhari no 1413)

JOM rebut peluang pahala berganda dengan bersedekah pada sebaik-baik hari (Jumaat) dan sebaik-baik bulan (Ramadan). Tidak berkurang harta dengan bersedekah (‏ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَال) Sahih Muslim #2588.

Baarakallahu fiikum.

Sedekah anda boleh disalurkan melalui akaun berikut:

PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA
MAYBANK ISLAMIC BERHAD
NO. AKAUN : 562058070928

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/2

#Ilmu#Amal#Prihatin

Komen dan Soalan