Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 280: Orang-orang yang Tertekan yang Menunggu Belaian Allah (المكظومون في...

La Tahzan 280: Orang-orang yang Tertekan yang Menunggu Belaian Allah (المكظومون في انتظار لطْف الله)

307
0
Iklan

🍃🍂🍃🍂

La Tahzan 280-1 Orang-orang yang Tertekan yang Menunggu Belaian Allah (المكظومون في انتظار لطْف الله)

Kisah Tsabit bin Qais bin Syammas رضي الله عنه *

Firman Allah ‎ﷻ:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَنْ تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari.

[Al hujurat: 2]

وظنَّ قيسٌ أنه هو المقصودُ ، فاعتزل الناس واختبأ في بيتِه يبكي ، وفقده رسولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – فسأل عنه ، فأخبره الصحابةُ الخَبَرَ ، فقال : (( كلاَّ ، بل هو من أهلِ الجنةِ ))

Apabila ayat ini turun, Tsabit bin Qais merasakan ayat ini ditujukan kepadanya, dia menghilangkan diri dan berkurung di rumahnya, apabila Nabi ﷺ bertanyakan akan kehilangannya, maka sahabat menceritakan apa yang terjadi, lantas Rasulullah ﷺ bersabda:

“اذْهَبْ إِلَيْهِ فَقُلْ لَهُ: إِنَّكَ لَسْتَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ، وَلَكِنَّكَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ”

Kembalilah kamu kepadanya dan katakanlah kepadanya (Tsabit), “Sesungguhnya engkau bukan ahli neraka, tetapi engkau adalah termasuk ahli syurga.”

(HR Bukhari, No.3613 daripada Anas bin Malik رضي الله عنه)

✳️ Tsabit bin Qais  bin Syamas (w.12H) merupakan sahabat daripada kaum Ansar Madinah, seorang penulis Rasulullah ﷺ daripada Bani Ka’ab Al Khazraj, beliau merupakan ahlil badar, wafat di Yamamah Nejd ketika memerangi orang murtad di sana (ثابت بن قيس بن شماس (المتوفى سنة 12 هـ) صحابي من الأنصار من بني كعب بن الخزرج)

🍃🍂🍃🍂

La Tahzan 280-2: Orang-orang yang Tertekan yang Menunggu Belaian Allah (المكظومون في انتظار لطْف الله)

Kisah Hadithul Ifk*

وتبقى عائشةُ أمُّ المؤمنين – رضي اللهُ عنها – تبكي شهراً كاملاً ليلاً ونهاراً ، حتى كاد البكاء يمزِّقُ كبِدها ويفري جسمها ، لأنها طُعنتْ في عِرْضها الشريفِ ، العفيفِ ، فجاء الفرج : * إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ * . وحمدتِ الله وصارتْ أطهر الطُّهرِ ، كما كانتْ ، وفرح المؤمنون بهذا الفتحِ المبينِ

Nasib yang menimpa Aisyah Ummul Mukminin رضي الله عنها yang tidak berhenti menangis siang dan malam selama sebulan lantaran maruah dan harga dirinya telah tercemar sehinggalah turun jalan keluar dengan turun ayat berikut:

إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka dilaknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.

[An Nur: 23]

Aisyah memuji Allah ‎ﷻ, namanya yang tercemar kembali bersih sebagaimana asalnya, manakala bagi orang beriman Madinah, ia adalah kemenangan yang nyata ke atas kaum munafik.

✳️ Peristiwa hadithul ifk (berita (fitnah) palsu) ialah apa yang menimpa Aisyah Ummul Mukminin رضي الله عنها ketika ekspedisi Bani Mustaliq, pada tahun ke 6H, semasa dalam perjalanan pulang ke Madinah, Aisyah رضي الله عنها telah tercicir daripada sekedupnya (pelana) kerana membuang air dan beliau kemudiannya mencari kalungnya yang jatuh. Platun yang dipimpin Rasulullah ﷺ telah bergerak pulang tanpa Aisyah رضي الله عنها. Aisyah رضي الله عنها ditemui oleh tentera peninjau, Sofwan bin Mu’attal yang ditugaskan melihat apa-apa yang tertinggal. Kepulangan Sofwan dan Aisyah رضي الله عنها berdua telah menggemparkan Madinah dan wahyu tidak turun selama sebulan, maka bayangkan tekanan yang dihadapi Aisyah رضي الله عنها (mangsa fitnah yang viral) yang menangis siang dan malam selama sebulan.

🍃🍂🍃🍂

La Tahzan 280-3: Orang-orang yang Tertekan yang Menunggu Belaian Allah (المكظومون في انتظار لطْف الله)

Kisah Tiga sahabat yang diboikot

والثَّلاثةُ الذين تخلَّفوا عن غزوةِ تبوك ، وضاقْتْ عليهمْ الأرضُ بما رحُبتْ ، وضاقتْ عليهم أنفسُهم ، وظنُّوا أن لا ملجأ من اللهِ إلا إليه ، أتاهم الفرجُ ممنْ يملكُه – سبحانه- ونزل عليهم الغوْثُ من السميعِ القريبِ

Kemudian kisah tiga sahabat* yang tidak ikut serta dalam Perang Tabuk**. Bumi (Madinah) dan dada-dada mereka menjadi sempit. Mereka merasakan tiada lagi tempat berlindung melainkan kepada Allah ‎ﷻ jua. Selepas itu mereka dilepaskan daripada kesempitan dan turunlah pertolongan daripada Yang Maha mendengar Lagi Dekat.***

✳️ Tiga sahabat yang dimaksudkan itu ialah Ka’b bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Murarah bin ar-Rabi’ semuanya رضي الله عنهم.

✳️✳️ Tabuk merupakan bandaraya di utara Arab saudi, berdekatan sempadan Jordan, lebih kurang 650KM dari Madinah, Perang Tabuk berlaku tahun ke 9H, pertembungan pertama tentera Islam dengan empayar Rom Timur.

✳️✳️✳️ Kisah pertolongan Allah ‎ﷻ kepada tiga sahabat tersebut terdapat dalam Surah At-Tawbah: 117-119

Komen dan Soalan