Utama Ahli Berdaftar Santuni Kasih Gelandangan Iftar & Taraweh

Santuni Kasih Gelandangan Iftar & Taraweh

155
0
Iklan

Menyantuni Kasih Gelandangan Iftar & Taraweh

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia berbesar hati untuk menyertai program kerjasama Menyantuni Kasih Gelandangan di Lorong Hj Taib, Kuala Lumpur pada 22 – 24 April 2022, bertujuan untuk menyantuni para gelandangan dan memberi serba sedikit sumbangan berbentuk kewangan, makanan, keperluan asas, buku agama dan sebagainya supaya dapat memberi manfaat kepada mereka (sila rujuk poster).

Oleh itu, Ukhuwah amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan dalam menjayakan program tersebut. Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun Ukhuwah seperti berikut:

Maybank
562058070928
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

atau klik link dibawah

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/infaqkebajikan02

🟢 Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran sila hubungi En Zahiri di https://www.wasap.my/60195662946/iftarkl

Tarikh akhir untuk sumbangan program ini adalah pada atau sebelum 20 April 2022.

🟢 Jika ada sesiapa yang berminat untuk turut serta menyantuni gelandangan ini, sila hubungi Pn Norjihan di
https://www.wasap.my/60197099791

Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas (Riwayat Al-Bukhari (3554))

Dalam hadith lain,

قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: ‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ
Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal? Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan (Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini gharib).

Semoga dengan usaha ini dapat menyemarakkan 10 malam terakhir Ramadhan kita serta dapat memberi sinar kebahagiaan kepada mereka yang akan disantuni.

Jazakumullahu khayran.

#Ilmu#Prihatin#Amal

Komen dan Soalan