Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 276: Berhati-hati dengan Botol Kaca (Isteri) (ﺭﻓﻘﺎ ﺑﺎﻟﻘﻮﺍﺭﻳﺮ)

La Tahzan 276: Berhati-hati dengan Botol Kaca (Isteri) (ﺭﻓﻘﺎ ﺑﺎﻟﻘﻮﺍﺭﻳﺮ)

412
0
Iklan

🍶🍶🍶🍶

La Tahzan 276-1: Berhati-hati dengan Botol Kaca (Isteri) (ﺭﻓﻘﺎ ﺑﺎﻟﻘﻮﺍﺭﻳﺮ)

Rifqan bi qawaarir atau berlembutlah dengan kaca secara balaghah atau kinayah (perumpamaan) bermaksud berlembutlah dengan wanita kerana wanita ibarat botol kaca, mudah pecah. Ia berdasarkan sebuah hadith muttafaq alaih:

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ وَغُلاَمٌ أَسْوَدُ يُقَالُ لَهُ أَنْجَشَةُ يَحْدُو فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ يَا أَنْجَشَةُ رُوَيْدَكَ سَوْقًا بِالْقَوَارِيرِ ‏”

Daripada Anas رضي الله عنه katanya, pada suatu ekspedisi, Nabi ﷺ membawa Anjasyah, hamba perempuan berkulit hitam sebagai pemandu unta yang meninggikan suaranya kepada unta yang ditungganginnya, maka Nabi ﷺ berkata kepadanya, “Wahai Anjasyah, berhati-hatilah sebagaimana kamu membawa gelas kaca.”

(HR Bukhari, 6149; Muslim 2323)

🗯 Ulasan Ibn Hajar:

Berkata Ibnu Hajar, “Al-Qowarir plural (kata jamak) daripada singular (kata tunggal) Qoruroh yang ertinya adalah kaca”.

🗯 Berkata Ramahurmuzi (Ramhurmuz, Iran w. 360H), “Para wanita dikinayahkan dengan kaca kerana lembutnya mereka dan lemahnya mereka yang tidak mampu untuk bergerak pantas”. (Al Fath, 10/545)

🍶🍶🍶🍶

La Tahzan 276-2: Berhati-hati dengan Botol Kaca (Isteri) (ﺭﻓﻘﺎ ﺑﺎﻟﻘﻮﺍﺭﻳﺮ)

Pergaulan yang baik dan cinta

Firman Allah ‎ﷻ:

* وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ * . * وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً *
{وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ}

Pergaulilah mereka dengan cara yang baik (makruf)

[ An Nisaa’: 19 ]

“” {وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ}

Dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.

[ Ar Rum:21 ]

Al hadith: HR Tirmidzi 1163

أَلاَ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّمَا هُنَّ عَوَانٌ عِنْدَكُمْ (قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ )

Ketahuilah, berbuat baiklah terhadap wanita, kerana mereka adalah seperti tawanan kalian.”

(HR at Termidzi, 1163), Daripada Amru bin Al Ahwasy, Abu Isa berkata hadith hasan sahih.

🍶🍶🍶🍶

La Tahzan 276-3: Berhati-hati dengan Botol Kaca (Isteri) (ﺭﻓﻘﺎ ﺑﺎﻟﻘﻮﺍﺭﻳﺮ)

Jadilah yang terbaik untuk isterimu!

وفي حديثِ آخر : (( خيرُكم خيركم لأهِلهِ ، وأنا خيرُكم لأهلي ))

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku.”

(HR Tirmidzi No. 3895 daripada sanad akhir Aisyah رضي الله عنها)
Dinilai sahih oleh Imam Abu Isa, hadith ini hasan sahih gharib (hadith hasan), disahihkan oleh Syeikh Albani dalam sahih Tirmidzi dan Silsilah Al Sahihah No. 1174

✍️ Takhrij hadith:

وعَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي) رواه الترمذي (3895) [قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ صَحِيحٌ] وصححه الألباني في صحيح الترمذي وفي “السلسلة الصحيحة” (1174)

Komen dan Soalan