🌾🌾🌾🌾
La Tahzan 275-1: Alangkah bahagianya mereka (kaum salaf) (يا سعادة هؤلاء)
Bahagianya Abu Bakar رضي الله عنه
أبو بكرٍ – رضي اللهُ عنهُ – : بآيةٍ : * وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى{17} الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى*
Abu Bakar رضي الله عنه adalah orang paling bahagia dan dirakam oleh ayat berikut:
وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى (17) الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى (18)
Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling taqwa dari neraka itu, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya.
[Al Lail: 17-18]
Komen Ibn Kathir رحمه الله:
وقد ذكر غير واحد من المفسرين أن هذه الآيات نزلت في أبي بكر الصديق ، رضي الله عنه ، حتى إن بعضهم حكى الإجماع من المفسرين على ذلك . ولا شك أنه داخل فيه
“Banyak kalangan ulama’ tafsir menyebutkan bahawa ayat-ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu Bakar As-siddiq رضي الله عنه sehingga sebahagian daripada mereka ada yang meriwayatkannya sebagai suatu ijmak di kalangan ulama’ tafsir. Dan memang tidak diragukan lagi beliau termasuk ke dalamnya”. (Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Surah Al Lail)
🌾🌾🌾🌾
La Tahzan 275-2: Alangkah bahagianya mereka (kaum salaf) (يا سعادة هؤلاء)
Alangkah Bahagianya Umar رضي الله عنه, syurga sudah terbina di syurga.
عَنْ جَابِرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ “ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ فَرَأَيْتُ فِيهَا دَارًا أَوْ قَصْرًا فَقُلْتُ لِمَنْ هَذَا فَقَالُوا لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ
Daripada Jabir daripada Nabi ﷺ telah bersabda: “Aku masuk ke dalam Syurga. Aku melihat di dalamnya rumah atau istana. Aku berkata: Milik siapakah ini? Mereka berkata: Itu milik Umar bin al-Khatab.”
(HR Muslim No. 6349, juga dalam sahih al Bukhari).
🌾🌾🌾🌾Uar bi
La Tahzan 275-3: Alangkah bahagianya mereka (kaum salaf) (يا سعادة هؤلاء)
Alangkah Bahagianya Uthman bin Affan رضي الله عنه kerana doa Nabi ﷺ:
غفرَ اللَّهُ لَكَ يا عثمانُ ما قدَّمتَ وما أخَّرتَ
Daripada Hasan bin Athiyyah, berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda,”Semoga Allah ﷻ mengampuni bagimu wahai Uthman (dosa) yang lalu dan sekarang.”
✍ Takhrij:
Haddathana Ibrahim, daripada Zakariya bin Yahya daripada Abu Ibrahim Muhammad bin Al Qaasim Al Asadi daripada Al Auza’iy daripada Hasan bin Athiyah daripada Nabi ﷺ.
قم الحديث : 738
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ ، قثنا زَكَرِيَّا بْنُ يَحْيَى ، قثنا أَبُو إِبْرَاهِيمَ مُحَمَّدُ بْنُ الْقَاسِمِ الأَسَدِيُّ ، عَنِ الأَوْزَاعِيِّ ، عَنْ حَسَّانَ بْنِ عَطِيَّةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” غَفَرَ اللَّهُ لَكَ يَا عُثْمَانُ مَا قَدَّمْتَ وَمَا أَخَّرْتَ
✍ Tahqiq:
Ibn Qaisarani, Baghdad, w. 507H, amat dhaif kerana perawi Muhammad bin Al Qasim Al Asadi adalah matruk.
لراوي : حسان بن عطية | المحدث : ابن القيسراني | المصدر : ذخيرة الحفاظ
الصفحة أو الرقم: 3/1617 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] محمد الأسدي متروك
Hadith yang sahih:
أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ
“Abu Bakar di syurga, ‘Umar di syurga, ‘Uthman di syurga, ‘Ali di syurga.”
(HR At-Tirmidzi, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani di dalam Sahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, No. 50).
🌾🌾🌾🌾
La Tahzan 275-4: Alangkah bahagianya mereka (kaum salaf) (يا سعادة هؤلاء)
Alangkah bahagianya Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه kerana doa Nabi ﷺ:
( رجُلٌ يحبُّ الله ورسوله ، ويحبُّه الله ُ ورسولُه)
“Dia lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan Allah serta Rasul-Nya juga mencintainya.”
✍ Takhrij:
HR Bukhari No. 4210 dan Muslim
الراوي : سهل بن سعد الساعدي | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 4210
🌾🌾🌾🌾
La Tahzan 275-5: Alangkah bahagianya mereka (kaum salaf) (يا سعادة هؤلاء)
Alangkah bahagianya Sa’ad bin Mu’az رضي الله عنه* kerana pujian Rasulullah ﷺ:
وسعدُ بنُ معاذٍ – رضي الله عنهُ – : (( اهتزَّ له عرشُ الرحمنِ ))
“Bergoncang arasy Tuhan Ar Rahman (kerana kewafatannya).”
✍ Takhrij/tahqiq:
HR Bukhari 3803, Muslim 2466
روى البخاري (3803) ، ومسلم (2466)
Begitulah kehebatan seorang sahabat Nabi ﷺ, kematiannya turut dirasakan di Arasy.
✳️ Sa’ad bin Mu’az adalah Sa’ad bin Mu’az bin An Nu’man bin Amri’ul Qis bin Zayd bin Abdul Asyhaal (سعد بن معاذ ابن النعمان بن امرئ القيس بن زيد بن عبد الأشهل .), sahabat besar, wafat 5 tahun hijrah kerana kecederaan dalam perang Khandaq. Beliau merupakan ketua suku kaum Aus Madinah, peserta Perang Badar, Uhud dan Khandak.
🌾🌾🌾🌾
La Tahzan 275-6: Alangkah bahagianya mereka (kaum salaf) (يا سعادة هؤلاء)
Alangkah Bahagianya Hanzhalah رضي الله عنه*
[وحنْظَلَةُ – رضي الله عنهُ – : (( غسَّلتْهُ ملائكةُ الرحمنِ]
Dan Hanzhalah رضي الله عنه*, beliau dipuji oleh Nabi ﷺ,” beliau (Hanzhalah) dimandikan oleh Malaikat Ar Rahman.
✍ Takhrij/tahqiq:
Daripada sanad Ibn Ishaq daripada Yahya bin Ibaad bin Abdullah daripada ayahnya daripada datuknya:
يَحْيَى بْنُ عَبَّادِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عِنْدَ قَتْلِ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ بَعْدَ أَنِ الْتَقَى هُوَ وَأَبُو سُفْيَانَ بْنُ الْحَارِثِ حِينَ عَلاهُ شَدَّادُ بْنُ الأَسْوَدِ بِالسَّيْفِ فَقَتَلَهُ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ :
” إِنَّ صَاحِبَكُمْ تُغَسِّلُهُ الْمَلائِكَةُ ” ، فَسَأَلُوا صَاحِبَتَهُ ، فَقَالَتْ : إِنَّهُ خَرَجَ لَمَّا سَمِعَ الْهَائِعَةَ وَهُوَ جُنُبٌ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : ” لِذَلِكَ غَسَّلَتْهُ الْمَلائِكَةُ “
Aku dengar Rasullullah ﷺ menyebut semasa gugurnya Hanzalah bin Abi Amir selepas beliau berlawan dengan Abu Sufian bin Al-Harith kemudian ditikam dengan pedang oleh Syaddad bin al-Aswad. Rasullullah ﷺ bersabda: “Temanmu dimandikan oleh Malaikat.” Mereka bertanya kepada isterinya. Dia menyebut: Beliau keluar apabila mendengar seruan berperang dan beliau dalam keadaan junub. Rasullullah ﷺ bersabda: “Sebab itu beliau dimandikan malaikat.” (HR Al Hakim)
شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج سير أعلام النبلاء
الصفحة أو الرقم: 7/324 | خلاصة حكم المحدث : سنده جيد
Penilaian Syeikh Syu’aib Al Arnaout, takhrij Siyaar A’lam An Nubala’ 7/324, sanadnya baik.
✳️ Hanzhalah adalah Hanzhalah bin Abi Amir bin Shaifi daripada bani Aus Madinah, wafat 3 hijrah dalam perang Uhud
(حنظلة بن أبي عامر بن صيفيّ بن مالك ابن عوف بن مالك بن الأوس بن حارثة الأنصاريّ الأوسيّ)
Menurut Ibn Athir (asadul ghabah), Handzalah selepas malam pertama perkahwinan, telah menyertai Peperangan Uhud dan terbunuh syahid. Nabi ﷺ memberitahu berita gembira, jenazahnya dimandikan oleh malaikat kerana beliau tidak sempat mandi junub.