Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 06.12.02 Kesinambungan di antara Ayat-ayat dan Surah-surah ( Bah. 2 )

06.12.02 Kesinambungan di antara Ayat-ayat dan Surah-surah ( Bah. 2 )

303
0
Iklan

#020118 Bilik (09) Ulum al-Quran – Bab Sebab-sebab Penurunan al-Quran (أَسْبَابُ النُّزُول)

06.12.02 Kesinambungan di antara Ayat-ayat dan Surah-surah – الْمُنَاسَبَاتُ بَيْنَ الْآيَاتِ وَالسُّوَرِ (Bhg 02)

Panel: Bro Syarief

Pengetahuan tentang Munasabah (المناسبة) dan kesinambungan antara ayat-ayat ini bukan aspek yang bersifat tauqifi (توقيفي) – yakni tiada dalil yang secara khusus menyebutkan kaitan antara ayat atau surah -.

Oleh itu, ia banyak bergantung kepada ijtihad ulama tafsir dan kadar ketepatan penjelasan dari sudut I’jaz (الإعجاز) dan Balaghah (البلاغة).

Jika hasil dapatan kesinambungan itu didapati maknanya mendalam, bertepatan dengan struktur dan bersesuaian dengan kaedah asal bahasa Arab, maka ianya diterima.

Ini tidak bermaksud yang setiap ulama tafsir akan mencari kesinambungan (المناسبة) bagi setiap ayat di dalam al-Quran, kerana al-Quran turun secara berperingkat mengikut keadaan dan peristiwa yang berlaku.

Boleh jadi seseorang pengkaji tafsir menemui kesinambungan tersebut, dan boleh jadi dia tidak mendapatkannya. Tidak perlu untuk berlebihan dalam usaha mencari kaitan tersebut.

Sebagaimana disebutkan oleh ‘Izz ad-Din ibn Abd as-Salam (w.660H),

الْمُنَاسَبَةُ عِلْمٌ حَسَنٌ، وَلَكِنْ يُشْتَرَطُ فِي حُسْنِ ارْتِبَاطِ الْكَلَامِ أَنْ يَقَعَ فِي أَمْرٍ مُتَّحِدٍ مُرْتَبِطٍ أَوَّلُهُ بِآخِرِهِ: فَإِنْ وَقَعَ عَلَى أَسْبَابٍ مُخْتَلِفَةٍ لَمْ يُشْتَرَطْ فِيهِ ارْتِبَاطُ أَحَدِهِمَا بِالْآخَرِ

Kesinambungan di antara ayat ataupun surah ini (الْمُنَاسَبَةُ) merupakan ilmu yang bagus, tetapi tidak disyaratkan pada kesinambungan yang baik itu mesti berlaku secara langsung di antara awal dan akhir sesuatu ayat atau surah.

Sekiranya ayat (sebelum atau selepasnya) diturunkan kerana punca-punca yang berbeza, maka tidak disyaratkan mesti ada kesinambungan di antara kedua-dua ayat tersebut.

وَمَنْ رَبَطَ بَيْنَ ذَلِكَ فَهُوَ مُتَكَلِّفٌ بِمَا لَا يَقْدِرُ عَلَيْهِ إِلَّا بِرِبَاطٍ رَكِيكٍ يُصَانُ عَنْهُ حُسْنُ الْحَدِيثِ فَضْلًا عَنْ أَحْسَنِهِ،

Sesiapa yang tetap cuba mengaitkan di antara ayat-ayat tersebut, maka dia telah memberatkan urusan yang sebenarnya dia tak dapat lakukan, melainkan dengan ikatan yang lemah, yang menghalang keindahan bicara al-Quran yang asal.

فَإِنَّ الْقُرْآنَ نَزَلَ فِي نَيِّفٍ وَعِشْرِينَ سَنَةً فِي أَحْكَامٍ مُخْتَلِفَةٍ، وَلِأَسْبَابٍ مُخْتَلِفَةٍ، وَمَا كَانَ كَذَلِكَ لَا يَتَأَتَّى رَبْطُ بَعْضِهِ بِبَعْضٍ

Ini kerana hakikatnya al-Quran itu turun selama sekitar 20 lebih tahun menyentuh hukum yang pelbagai, dan kerana faktor yang berbeza-beza; dan tak semestinya semua itu mempunyai kaitan di antara satu sama lain.

[al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran]

(Bersambung..)

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan, Cet. ke-7, m/s 93.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً

Komen dan Soalan