🔴 Benarkah tidak boleh bernazar dengan amal ibadat? Contohnya bernazar kalau anak cemerlang SPM maka dia akan berpuasa setiap hari Khamis selama sebulan. Bernazar seperti itu seolah-olah seseorang itu ingin beribadah hanya setelah dia mendapat apa yang dia hajati.
✅ Jawapan:
Pertama: Anda harus memahami dengan jelas terlebih dahulu hukum nazar secara umum merentasi semua mazhab.
Kedua: Nazar adalah ibadah sebelum kemunculan Islam lagi, ia diamalkan oleh semua agama, termasuk agama Hindu (nazar membawa kavadi)
Ketiga: Apabila Islam datang, maka nazar dibahagi kepada dua:
1⃣ Nazar Mu’allaq
Nazar untuk meraih manfaat daripada Tuhan dengan menawarkan ibadah rasuah; iaitu merasuah Tuhan. Jika Tuhan beri apa yang dipinta, maka barulah hamba itu melakukan ketaatan.
Contoh: “Jika aku dapat 10A dalam SPM, maka wajiblah aku bernazar puasa 5 hari.”
Di sini maksudnya dia merasuah Tuhan; di mana dia hanya akan berpuasa, hanya jika Tuhan menunaikan hajatnya.
🔏 Kaedah memahami hukum dalam fiqh:
Larangan daripada Nabi ﷺ hukumnya adalah makruh.
Manakala larangan daripada Allah ﷻ hukumnya adalah haram.
Ini merupakan kaedah emas yang mesti kita pegang.
✳️ Dalil Jumhur yang mengatakan nazar terlarang adalah makruh:
نَهَى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – عَنِ النَّذْرِ قَالَ « إِنَّهُ لاَ يَرُدُّ شَيْئًا ، وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ »
“Nabi ﷺ melarang untuk bernazar, baginda bersabda: ‘Nazar sama sekali tidak mampu menolak sesuatu. Nazar hanyalah dikeluarkan daripada orang yang bakhil’.”
(HR. Bukhari No. 6693 dan Muslim No. 1639 dari sanad Ibn Umar رضي الله عنه)
2⃣ Nazar Mutlaq (Nazar tanpa syarat)
Nazar tanpa mengenakan syarat kepada Tuhan.
Untuk sebahagian mazhab Maliki dan Syafi’iy, hukum nazar adalah sunnah.
Maksud sunnah ialah nazar mutlaq, iaitu tanpa mengenakan sebarang syarat kepada Tuhan.
Contoh: “Aku ikhlas bernazar bulan Rejab untuk berpuasa 10 hari”.
Ia adalah sunnah kerana tidak diikat dengan apa-apa syarat. Dalilnya adalah:
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ نَفَقَةٍ أَوْ نَذَرْتُمْ مِنْ نَذْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُهُ
“Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
[ Al-Baqarah: 270 ]
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#SnJBicaraSunnahC
@bicarathtl