Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 267: Rahsia kenapa Jalan keluar berkait dengan Kesulitan ( منْ...

La Tahzan 267: Rahsia kenapa Jalan keluar berkait dengan Kesulitan ( منْ لطائفِ أسرارِ اقترانِ الفرج بالكرْب)

235
0
Iklan

🛣 🛣 🛣 🛣

La Tahzan 267: Rahsia kenapa Jalan keluar berkait dengan Kesulitan ( منْ لطائفِ أسرارِ اقترانِ الفرج بالكرْب)

منْ لطائفِ أسرارِ اقترانِ الفرج بالكرْب ، واليُسْرِ ، أنَّ الكرب إذا اشتدَّ وعظُم وتناهى ، وحصل للعبد اليأسُ من كشْفِه من جهةِ المخلوقين تعلَّق باللهِ وحده ، وهذا هو حقيقةُ التَّوكُّلِ على اللهِ
وأيضاً فإنَّ المؤمن إذا استبطأ الفرج ، وأيِس منه كثْرةِ دعائِه وتضرُّعِه ، ولم يظهر عليه أثرُ الإجابةِ ، فرجع إلى نفسِه باللاَّئمةِ ، وقال لها : إنما أُتيتُ منْ قِبلِكِ ، ولو كان فيك خيرٌ لأُجبْتُ

Dua isu berkaitan dengan kenapa jalan keluar daripada masalah hidup ada hubungkait dengan kesulitan:

1⃣ Bila semua harapan musnah, tiada manusia dapat menolongnya, maka ketika itu dia menyerahkan harapan hanya kepada Allah ‎ﷻ

2⃣ Bila pertolongan tidak kunjung tiba dan dirasakan doanya tidak terjawab, maka ketika dia akan salahkan dirinya sendiri…

Kedua-dua situasi begini akan membuka jalan keluar kepadanya!

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taymiyah رحمه الله:

ويقولُ ابنُ تيمية شيخُ الإسلامِ : « إنها لَتَمُرُّ بقلبي ساعاتٌ أقولُ : إن كان أهلُ الجنةِ في مِثْلِ ما أنا فيه ، فهم في عيشٍ طيِّبٍ »

Ada ketika hatiku merasai suatu perasaan yang tidak dapat diceritakan maka aku berkata kepada diriku, “Jika beginilah perasaan penduduk syurga seperti apa yang aku rasakan, maka mereka memang dalam kebahagiaan (hakiki)”.

✳️ Maksud kata-kata Syeikhul Islam, ada ketika walaupun beliau ditimpa oleh pelbagai musibah berupa tuduhan dan pernah merengkuk dalam penjara, namun jiwanya telah mencapai makam ketenangan dan kelazatan bersama Allah ‎ﷻ, maka beliau berkata, kalau beginilah perasaan penghuni syurga, maka itulah erti kebahagiaan.

Komen dan Soalan