Utama Fikih Asma'ul Husna ASMAU’L HUSNA: BAB 6 KESUNGGUHAN AHLUSUNNAH DALAM PERBAHASAN AL-ASMA’ AL-HUSNA

ASMAU’L HUSNA: BAB 6 KESUNGGUHAN AHLUSUNNAH DALAM PERBAHASAN AL-ASMA’ AL-HUSNA

192
0
Iklan

BAB 6 KESUNGGUHAN AHLUSUNNAH DALAM PERBAHASAN AL-ASMA’ AL-HUSNA

Sesungguhnya antusias ahlussunnah wal jama’ah dalam perbahasan Al-Asma’ Al-Husna dan dalam semua pembahasan agama adalah sikap antusias yang benar dan di atas jalan yang lurus, kerana dibangun di atas nash-nash syariat serta selalu berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah tanpa mengurangi atau menambahi. Mereka beriman dengan apa yang ada dalam Al-Qur an dan Sunnah dari nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta’ala, dan memperlakukannya apa adanya serta menetapkannya sesuai dengan zhahirnya.

[Golongan Ahli Sunnah memang amat menjaga ketauhidan nama-nama Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya kerana ia adalah sebahagian daripada perkara Tauhid (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma’ wa sifat). Sekarang kita sedang belajar elemen ketiga iaitu Asma’ wa sifat. Dan kita pun tahu, tauhid adalah perkara yang terpenting dalam agama. Jika tersilap dalam bab Tauhid, alangkah ruginya. Maka mengenal nama-nama Allah ‎ﷻ amatlah penting.

Untuk menjadi seorang Muwahhidoon (orang yang berpegang dengan Tauhid), seorang Muslim memahami dan menjaga Tauhid dari segi tiga perkara: Rububiyah, Uluhiyah dan Nama-nama-Nya. Jika rosak salah satu komponen, maka terkeluar dari lembah tauhid dan masuk ke dalam syirik. Sebab ketiga-tiga elemen ini adalah rukun.

Kena jaga sungguh-sungguh kerana ini adalah hal agama. Ia juga merupakan perintah daripada Allah ‎ﷻ. Kita ambil tahu dan belajar bukan kerana politik, kepentingan keduniaan dan apa-apa pun. Hanya kerana Allah ‎ﷻ semata-mata.

Yang Ahli Sunnah kena pegang adalah daripada nas-nas Al-Qur’an dan hadith. Mereka tidak tambah dan tidak mengurangkan. Tidak tambah dan reka-reka daripada fahaman sendiri. ]

Mereka tidak menyelewengkan maknanya dari yang sebenarnya, tidak pula menyimpangkan nama-nama Allah dan ayat-ayat-Nya, tidak pula mempertanyakan sifat tersebut, serta tidak menyerupakannya dengan sifat makhluk. Kerana Allah Ta’ala tidak ada yang serupa dan yang sama dengan-Nya sesuatu pun dan tidak boleh disamakan dengan makhluk-Nya.

[Mereka tidak melakukan ‘ilhad’ iaitu melencong daripada makna asal. Mereka meletakkan sifat yang layak dengan Allah ‎ﷻ. Tidak samakan sifat Allah ‎ﷻ dengan sifat makhluk. ]

Mereka beriman bahawa para rasul-Nya yang telah memberitahukan tentang Allah melalui sifat-sifat tersebut adalah orang-orang yang jujur dan wajib untuk dibenarkan. Ucapan mereka adalah wahyu dari Allah dan tugas mereka adalah menyampaikan ajaran Allah.

Hal ini berlainan dengan orang-orang yang berkata tentang Allah tanpa ilmu, tetapi dari apa yang diwahyukan oleh akal mereka yang kerdil dan pemahaman mereka yang sempit serta nit mereka yang jelek.

[Contohnya apabila Nabi ﷺ kata Allah ‎ﷻ di langit, adakah Nabi ﷺ reka sendiri? Tidak, ia daripada wahyu Allah, bukan? Baginda hanya menyampaikan sahaja. Maka inilah yang sepatutnya kita pegang kerana wahyu kata begitu.

Namun, malangnya ada golongan bid’ah yang reka sifat-sifat Allah ‎ﷻ. Antaranya kata Allah tidak bertempat, ada di mana-mana. Ini tidak ada nas wahyu yang mengatakan sedemikian. Ini sangkaan akal sahaja dan ini amat bahaya. Yang sepatutnya kita sebagai manusia dan umat Islam adalah kena ikut wahyu. ]

Oleh kerananya, Allah berfirman:

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan.

وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ

Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul.

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

(Shaafaat:180-182)

Allah menyucikan diri-Nya dari apa yang disifatkan oleh orang-orang yang menyelisihi para rasul. Dia pun mengucapkan salam kepada para rasui dikeranakan selamatnya ucapan mereka dari kekurangan dan celaan. Kemudian Allah memuji diri-Nya atas keesaan-Nya dengan sifat-sifat terpuji yang sempurna yang layak bagi-Nya.

[Allah ‎ﷻ suci daripada sifat-sifat yang direka oleh golongan jahiliyah dan juga ahli bid’ah. Contohnya golongan jahiliah kata Allah ‎ﷻ memerlukan perantaraan (wasilah) dalam berdoa.

Sejahtera ke atas Rasul kerana mereka tidak reka fahaman baru, tetapi mereka ikut apa sahaja apa yang disampaikan oleh Allah ‎ﷻ.

Allah dipuji kerana Dia mempunyai sifat-sifat kepujian yang layak dipuji kerana sifat-Nya yang maha sempurna. ]

Demikianlah keadaan orang-orang yang mengikuti para rasul, mereka menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh para rasul Allah terhadap Rabb mereka dari sifat kesempurnaan dan kemuliaan, seperti Dia berbicara dengan hamba-Nya, kecintaan-Nya, kasih sayang-Nya kepada mereka dan ketinggian-Nya di atas semua makhluk-Nya, bersemayam-Nya di atas Arsy, kemurkaan-Nya kepada para musuh-musuh-Nya dan lain sebagainya dari sifat-sifat-Nya yang mulia.

Mereka mengimani semua hal in dan memperlakukannya sesuai apa adanya, tanpa mempertanyakan sifat-sifat tersebut, atau menyerupakannya dengan makhluk, atau menyelewengkan maknanya yang menjerumuskan kepada peniadaan terhadap sifat-sifat Rabb.

Bahkan cukuplah sunnah Rasul bagi mereka dan mereka tidak melampaui batasan-batasannya dengan berbuat bid’ah yang sesat atau hawa nafsu yang jahat. Dengan itulah, mereka meraih derajat yang tinggi dan kedudukan yang mulia di dunia dan di akhirat. Jalan mereka amat jelas, metode mereka paling lurus, petunjuk mereka paling benar, bahkan itulah kebenaran yang tidak ada duanya lagi dan itulah petunjuk yang tidak ada selainnya, kecuali kesesatan.

[Kita kena jadi seperti golongan yang disebut ini iaitu menerima apa sahaja yang Allah ‎ﷻ sebut dalam wahyu. Mereka tidak menyibukkan diri dengan pertanyaan ‘bagaimana’ keadaan Allah ‎ﷻ. Mereka tidak melakukan takwil.

Maksudnya mengubah makna sifat Allah ‎ﷻ. Melencong daripada apa yang disebut. Sebagaimana ada golongan takwil istiwa kepada istawla (menguasai). Ini telah membawa kepada ta’til (mengosongkan). Apa masalahnya? Mengosongkan Tuhan daripada sifat. Ini kerana jika menafikan sifat Tuhan, maka akan menafikan kewujudan Tuhan. Sebagai contoh apabila kata Allah‎ ﷻ tidak bertempat, Allah tidak itu dan ini….maka ini menafikan sifat Allah ‎ﷻ dan akhirnya menafikan kewujudan Allah ‎ﷻ‎.

Ahli sunnah Waljamaah tidak begitu. Mereka menerimapakai apa yang wahyu sebut dan Allah ‎ﷻ mengangkat kedudukan mereka. Selain daripada mereka itu adalah sesat.

Sebagai contoh aliran ilmu kalam. Ada ajaran Islam yang dicampur adukkan dengan fahaman Yunani. Maka fahaman mereka telah dicemari dengan fahaman falsafah. Ada di antara mereka yang menafikan sifat Allah ‎ﷻ kerana telah terikut dengan fahaman salah. Mereka mahu membezakan sangat dengan makhluk, tetapi dalam masa yang sama menafikan sifat Allah ‎ﷻ pula.

Kaedah mereka gunakan adalah ‘negatif’. Mereka mahu membezakan Tuhan dengan makhluk, maka mereka menafikan sifat yang ada pada makhluk dengan sifat Allah ‎ﷻ. Makhluk ada mata, maka Tuhan tidak ada mata; makhluk bergerak maka Tuhan tidak bergerak. Maka bagaimana pula dengan kewujudan Allah? Mereka terpaksa kata Allah tidak wujud, dan juga tidak ‘tidak wujud’. Pening! Maka kaedah ilmu kalam tidak boleh disesuaikan dengan ilmu falsafah. Mana boleh ambil falsafah Aristotle dan Plato yang tidak beriman dengan Allah ‎ﷻ? Agama Islam ini indah dan mudah hendak difahami namun tela disusahkan pula oleh ilmu kalam.

Aristotle dan Plato memang kena buat falsafah untuk menolak tuhan-tuhan mereka yang pelik. Mereka kena tolak fahaman salah kaum mereka daripada fahaman Greek Yunani. Sesenang hati saja mengguling tuhan-tuhan yang lain, berkelahi dan berperang, ada anak hasil hubungan dengan manusia. Maka sifat sebegini tidak boleh diterima oleh otak manusia yang waras. Jadi Plato kena cari formula untuk menjernihkan fahaman aneh dari Yunani. Maka dia kena takwil sifat Tuhan. Akan tetapi kita sebagai orang Islam tidak perlu hendak takwil kerana Allah ‎ﷻ sendiri telah menerangkan kepada kita nama, sifat-Nya. Kita tidak berhajat kepada takwilan sifat Tuhan kerana telah diberitahu kepada kita.

Jangan ragu-ragu dengan pemberitahuan dalam wahyu. Jika Allah ‎ﷻ beritahu Dia istiwa’ di Arash, kita terima; kalau Allah ‎ﷻ beritahu Dia menjadikan Adam عليه السلام dengan dua tangan-Nya, maka kita terima sahaja tanpa perlu memikirkan lebih daripada itu. ]

Komen dan Soalan