Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 262: Bukan Begitu Unta digiring (ما هكذا تُوردُ الإِبِل)

La Tahzan 262: Bukan Begitu Unta digiring (ما هكذا تُوردُ الإِبِل)

225
0
Iklan

🐪🐪🐪🐪

La Tahzan 262: Bukan Begitu Unta digiring (ما هكذا تُوردُ الإِبِل)

طالعتُ كتابينِ شهيرينِ ، لا أرى إلاَّ أنَّ فيهما سطوةً عارمةً على السعادةِ واليُسْرِ اللذيْنِ أتى بهما الشارعُ الحكيمُ

Aku pernah membaca dua kitab yang masyhur, isi kandungannya hanya menodai kebahagiaan dan kemudahan yang dianjurkan oleh Islam.

La Tahzan 262-1: Kritik terhadap Ihya’ Ulumiddin

فكتابُ « إحياء عِلوم الدينِ » للغزاليِّ ، دعوةٌ صارخةٌ للتجويعِ والعُرْيش ( والبهذلة) ، والآصالِ والأغلالِ التيِ أتى رسولُنا – صلى الله عليه وسلم – لوضْعِها عنِ العالمين . فهو يجمعُ من الأحاديثِ ، المتردِّية والنطِيحة وما أكل السَّبُعُ ، وغالبُها ضعيفةٌ أو موضوعةٌ ، ثم يبني عليها أُصُولاً يظنُّها منْ أعظمِ ما يُوصِّلُ العبدُ إلى ربِّه.
وقارنتُ بين إحياءِ علومِ الدين وبينِ الصحيحين للبخاري ومسلم ، فبان البونُ وظهر الفرْقُ ، فذاك عَنَتٌ ومشقَّةٌ وتكلُّفٌ ، وهذه يُسْرُ وسماحةٌ وسهولةٌ ، فأدركتُ قول البري : *وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَى *

Kitab pertama ialah Ihya’ Ulumiddin karya Al Ghazali. Ia membawa intipati ajaran sufi yang membebankan dan membelenggu manusia. Ia merangkumi semua isu agama dan menghimpun banyak hadith, sayang sekali terhimpun juga hadith dhaif dan palsu, Al Ghazali cuba membangunkan semula roh agama. Lalu saya bandingkan Ihya’ dengan Sahih Bukhari dan Muslim, maka terserlahlah kebejatan (keburukan) Ihya’ yang sarat dengan bebanan, kesulitan dan tambahan-tambahan yang tidak perlu sedangkan Sahih Bukhari Muslim membawa keringanan sebagaimana firman Allah ‎ﷻ:

وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَىٰ

“Dan Kami akan memberi kamu taufiq ke jalan yang mudah”

[Surah Al A’laa: 08]

🐪🐪🐪🐪

La Tahzan 262-2: Kritikan terhadap kitab Qutul Qulub* (karya Abu Thalib Al Makki)

والكتابُ الثاني : « قُوتُ القلوبِ » لأبي طالب المكَّيَّ ، وهو طلبٌ مُلِحٌّ منه لترْكِ الحياة الدنيا والانزواء عنها ، وتعطيل السَّعْيِ والكسْبِ ، وهجْرِ الطَّيَّباتِ ، والتَّسابُقِ في طرقِ الضَنْكِ والضَّنى والشِّدَّة

Buku Qutul Qulub karya Abu Talib Al Makki menganjurkan supaya meninggalkan kehidupan dunia, menjauhinya, mencegah daripada mencari nikmat dunia, menjauhi yang harus dan berlumba-lumba menempuhi jalan kesengsaraan dan kesulitan (jalan sufisme).

Kritikan terhadap Al Ghazali dan Abu Talib Al Makki

والمؤلِّفان : أبو حامدٍ الغزاليُّ ، وأبو طالبٍ المكيُّ ، أرادا الخَبْرَ ، لكنْ كانت بضاعتُهما في السُّنّةِ والحديثِ مُزْجاةً ، فمنْ هنا وقع الخَلَلُ ، ولابُدَّ للدليل أن يكون ماهراً في الطريق خِرِّيتاً في معرفة المسالكِ

Kedua-duanya (Abu Hamid Al Ghazali dan Abu Thalib Al Makki) memang berniat baik, akan tetapi kedua-duanya amat lemah dalam menguasai ilmu sunnah dan hadith, sebagai penunjuk jalan kepada manusia, mereka harus terlebih dahulu memahami manhaj atau jalan dan selok belok manhaj Islami. Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Akan tetapi (dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya”.

[Ali Imran: 79]

*⃣ Abu Thalib Al Makki merupakan sufi Baghdad, w.386H, digelar Al Makki kerana beliau membesar di Mekah. Beliau termasuk dalam kelompok sufi induk di Iraq.

Kitabnya Qutul Qulub (قوت القلوب) adalah makanan utama atau ruji buat hati merupakan karya utama beliau yang menjadi rujukan utama Abu Hamid al Ghazali (w. 505H, Farsi) dalam Ihya’ Ulumiddin.

Komen dan Soalan