Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 257: Cantikkan Hatimu, Dunia Luaran turut Cantik Semuanya (كُنْ جميلاً...

La Tahzan 257: Cantikkan Hatimu, Dunia Luaran turut Cantik Semuanya (كُنْ جميلاً تَرَ الوجود جميلاً)

73
0
Iklan

🕊🌿🕊🌿

La Tahzan 257-1: Cantikkan Hatimu, Dunia Luaran turut Cantik Semuanya (كُنْ جميلاً تَرَ الوجود جميلاً)

Dunia itu Indah, nikmatilah ia seadanya

إنَّ منْ تمامِ سعادتِنا أنْ نتمتَّع بمباهج الحياةِ في حدودِ منطقِ الشرعِ المقدّسِ ، فاللهُ أنبت حدائق ذات بهجةٍ ، لأنهُ جميلُ يحبُ الجمالَ ، ولتقرأُآياِ الوحدانية في هذا الصُّنع البهيج

Kebahagiaan yang sempurna adalah apabila anda menikmati kenikmatan dunia dalam batas-batas syariat kita yang murni. Allah ‎ﷻ telah mencipta tempat-tempat menarik dan indah (yang dijadikan tempat pelancongan) kerana Dia adalah Maha Indah dan Dia sukakan keindahan. Allah ‎ﷻ itu Indah sebagaimana firman-Nya:

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً

Dialah Allah yang menciptakan segala di bumi untuk kamu.

[Al-Baqarah: 29]

Nabi ﷺ juga menikmati pelbagai kenikmatan dunia dengan sabdanya:

حُبِّبَ إليَّ من دُنياكم : النِّساءُ و الطِّيبُ ، و جُعِلَتْ قُرَّةُ عَيني في الصلاةِ

Yang aku sukai dari dunia kamu ialah wanita, parfum dan buah hatiku ialah dalam salat.

(Al Albani, sahih Al Nasai’iy, 3950)

(الألباني , المصدر : صحيح النسائي ,الصفحة أو الرقم: 3950 )

🕊🌿🕊🌿🕊

La Tahzan 257-2: Cantikkan Hatimu, Dunia Luaran turut Cantik Semuanya (كُنْ جميلاً تَرَ الوجود جميلاً)

Jauhi zuhud dan wara’ yang ekstrim

إنَّ الزهدَ القاتِم والورع المُظلِم ، الذي دلف علينا منْ مناهج أرضيَّةٍ ، قدْ شوَّه مباهج الحياةِ عند كثيرٍ مِنَّا ، فعاشُوا حياتهم همَّا وغمَّا وجوعاً وسهراً وتبتُّلاً ، بقولُ رسولُنا – صلى الله عليه وسلم

Pengamalan zuhud* yang berlebihan dan wara** yang menyeleweng yang berasal daripada rekaan ardiah (amalan sufi) telah merosakkan kehidupan sebahagian daripada kita; mereka melalui kehidupan dengan memaksakan diri mereka dengan menikmati keresahan, kegundahan, kelaparan, kurang tidur dan rehat serta enggan menikah. Nabi ﷺ pernah melarang,”

لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفطِرُ ، وَأُصَلِّي وَأَرقُدُ ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ ، فَمَن رَغِبَ عَن سُنَّتِي فَلَيسَ مِنِّي )رواه البخاري ، رقم 5063 ومسلم، رقم 1401

Akan tetapi saya berpuasa dan berbuka, saya salat (malam) dan beristirehat dan saya menikahi wanita. Siapa yang tidak menyukai sunahku (kebiasaanku), maka dia bukan daripada (golongan)ku.” (HR. Bukhari, No. 5063 dan Muslim, No. 1401).

*⃣ Zuhud bermaksud mengambil sekadar yang perlu; zuhud amalan hati, Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaan dunia dimiliki sepenuhnya.

*⃣ Wara’ bermaksud meninggalkan syubhah dan perkara yang tiada manfaat.

🕊🌿🕊🌿

La Tahzan 257-3: Cantikkan Hatimu, Dunia Luaran turut Cantik Semuanya (كُنْ جميلاً تَرَ الوجود جميلاً)

Beberapa ayat Al Qur’an mengenai seimbangkan kehidupan dunia dan akhirat:
Harusnya berhias dan kelihatan bergaya

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ

Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan daripada Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?”

[Al A’raf: 32]

Boleh berpoligami (jika mampu)

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. [An Nisaa’: 3]

Berbusana paling indah:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid. [Al A’raf:31]

فهو – صلى الله عليه وسلم – يجمعُ بين حقِّ الرُّوحِ وحقِّ الجسدِ ، وسعادةِ الدنيا والآخرةِ ، لأنه بُعث بدينِ الفطرةِ التي فطرَ اللهُ الناس عليها

Maka Nabi ﷺ menggabungkan kehidupannya antara tuntutan roh dan tuntutan jasmani (spiritual dan physical), kebahagiaan dunia dan akhirat. Ini kerana baginda diutus membawa agama fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah ‎ﷻ.

Komen dan Soalan