📗📙📕📘
La Tahzan 246-1: Berazam dan Majulah (اعزمْ وأقْدِمْ)
Tujuan aku hasilkan buku La Tahzan
إنَّ كلَّ ما أكتبُه هنا منْ آياتٍ وأبياتٍ ، وأثرٍ وعِبر ، وقصصٍ وحِكم ، تدعوك بأنْ تبدأ حياةً جديدةً ، مِلْؤُها الرجاءُ في حُسْنِ العاقبةِ ، وجميلِ الختامِ ، وأفضلِ النتائجِ . ولا تستطيعُ أن تستفيد إلا بهمَّةٍ صادقةٍ ، وعزمٍ حثيثٍ ، ورغبةٍ أكيدةٍ في أن تتخلَّص منْ همومِك وغمومك وأحزانِك وكآبتِك
Semua yang aku sajikan dalam buku (La Tahzan) ini baik berupa petikan ayat-ayat Al-Qur’an, (dan hadith), syair, athar, ibrah, kisah-kisah, kata-kata hikmah bertujuan mengajak anda membina sebuah kehidupan yang serba baru, yang penuh harapan baru dan mendapat hasil yang terbaik.
Buku ini tidak boleh memberi manfaat sekiranya tanpa tekad yang kuat, semangat tinggi dan keikhlasan untuk keluar daripada keresahan, kesempitan hidup dan kesedihan yang meliputi diri anda.
📗📙📕📘
La Tahzan 246-2: Berazam dan Majulah (اعزمْ وأقْدِمْ)
Cara taubat yang betul
قيل لأحدِ العلماءِ : كيف يتوبُ العبدُ ؟ قال : لابُدَّ له منْ سوْطِ عَزْمٍ . ولذلك ميَّز اللهُ أُولي العزمِ بالهِممِ
Ditanya seorang ulama’ (tidak dinyatakan identitinya), “Bagaimana cara untuk bertaubat?” Jawabnya, “Kena ada tekad atau azam yang kuat.” Begitulah juga Allah ﷻ melantik para rasul berdasarkan kekuatan tekad dan kesabaran mereka (sebab itu ada golongan rasul yang dinamakan Ulul Azmi*), firman Allah ﷻ:
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ بَلَاغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ
Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul “Ulul-Azmi” (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dalam kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu)”
[Al Ahqaf: 35]
Kemudian Allah ﷻ menceritakan watak Nabi Adam عليه السلام:
وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا
Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya keazaman yang kuat.
[Thaha: 115]
________________________
✳️ Rasul ulul azmi merupakan rasul-rasul yang memiliki ketabahan dan kesabaran tahap maksima, mereka adalah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad semuanya عليه السلام dan ﷺ.