Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

391
0
Iklan

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.5 Hakikat Dabbah (ما هي حقيقة الدابة؟)

Rumusan Dr al Areefi tentang hakikat Dabbah:

– قيل: رجل يحاج الناس …وهذا باطل
– وقيل هي ناقة صالح عليه السلام..
– وقيل : فصيل (ولد) ناقة صالح عليه السلام..

1⃣ Dabbah adalah haiwan yang berdebat dengan manusia, kata Al Areefi ini pendapat yang batil. Ia juga pendapat Al Qurthubi dalam tafsirnya (Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran, 16/212), kerana yang lebih layak berdebat dengan ahli bid’ah ialah alim ulama’.

2⃣ Dabbah adalah unta Nabi Saleh عليه السلام (disebut oleh Al Qurthubi, 13/235)

3⃣ Dabbah adalah anak unta (fasil) Nabi Saleh عليه السلام, juga dalam tafsir Al Qurthubi.

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.6 Apa yang bakal dilakukan oleh Dabbah (Siri 1)

Allah ‎ﷻ berfirman:

وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.”

[An-Naml: 82]

Maksud mengatakan (تُكَلِّمُهُمْ) itu ada tiga:

1⃣ Berkhutbah kepada manusia. Ini adalah pendapat Ibn Abbas, Ali رضي الله عنه dan Qatadah, dan pilihan Ibn Kathir (ibn kathir, 10/382)

2⃣ Mentatoo orang kafir pada hidungnya, juga salah satu pendapat Ibn Abbas رضي الله عنهما

3⃣ Menggabungkan kedua pendapat di atas, berkhutbah kepada manusia dan mentatoo orang kafir pada hidungnya. Ini pendapat Ibn Abbas رضي الله عنهما

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.6 Apa yang bakal dilakukan oleh Dabbah (Siri 2)

Mengecop manusia dengan besi panas
(تسم الناس الوسم هو الكي بالنار)

✍ Dalil hadith:
Hadith Abu Umamah Al Bahili رضي الله عنه (sudah ditakhrij pada siri 10.8.3.2) ulangan

تخرُجُ الدَّابَّةُ تَسِمُ النَّاسَ على خراطيمِهم ثُمَّ يُعمَّرونَ فيه حتَّى يشتريَ الرَّجلُ البَعيرَ فيقولُ ممَّن اشترَيْتَه فيقولُ اشترَيْتُه من أحدِ المُخطَّمينَ وفي روايةٍ ثُمَّ يَعمُرونَ فيكم

Nabi ﷺ bersabda:
“Akan keluar Ad Dabbah kemudian memberikan tanda pada hidung-hidung mereka (yakni orang-orang kafir – pent) maka mereka akan hidup di antara kalian, sampai-sampai ketika seseorang membeli binatang ternak kemudian dia ditanya: “Daripada siapakah engkau membelinya? Maka dia menjawab: Daripada orang yang memiliki tanda pada hidungnya.”
Dinilai sahih oleh Al Arnaout, takhrij Al Musnad, No. 22,308

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 22308 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.6 Apa yang bakal dilakukan oleh Dabbah (Siri 3)

Polemik seputar memberi tanda oleh Dabbah

* كيفية الوسم, وهل يستمر؟
* هل تكون الأجيال المتتابعة فيها الوسم؟
* بعدما تسم الدابة الناس, ويستبين الحق من الباطل, والمؤمن من الكافر, مالذي يحدث؟

1⃣ Apakah proses memberi cop kepada manusia itu berterusan atau sekejap sahaja?
2⃣ Apakah pemberian tanda berterusan kepada generasi manusia berikutnya?
3⃣ Selepas dabbah mengecop manusia sehingga jelas antara hak dan batil, antara mukmin dan kafir, apa lagi sesudah itu?

Ini adalah tiga soalan yang banyak dibahaskan dalam kitab-kitab fitan.

Jawapan ringkas oleh Dr Al Areefi:
Isu berapa lama dabbah akan mengecop manusia.

يستمر الناس زمانا على هذا الحال, حتى إن الرجل لينادي الآخر يا مؤمن …أو ي كافر
حتى إذا أراد الله تعالى أن تقوم الساعة بعث ريحا طيبة تقبض أرواح المؤمنين ؛لأن الساعة لا تقوم إلى على شرار الخلق…والمؤمنون لا يحزنهم الفزع الأكبر.جمل يشرب الماء

Penandaan manusia oleh Dabbah akan berterusan sehingga menjadi kebiasaan manusia untuk manusia saling menyeru, “Wahai orang mukmin” dan “Wahai orang kafir”. (maksudnya di akhir zaman akan ada panggilan yang jelas membezakan orang mukmin dan kafir. Berapa lamakah tempohnya? Pengecopan itu akan berterusan sehingga datangnya angin yang sepoi-sepoi yang mencabut roh-roh orang mukmin semuanya, yang berbaki cuma orang kafir (yang ditanda oleh Dabbah). Tujuannya supaya orang mukmin tidak merasakan huruhara akhir zaman seteruk orang kafir.

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.7 Hadith Penutup Bab Dabbah

Hadith Abdullah bin Amr رضي الله عنه

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ فِي أُمَّتِي فَيَمْكُثُ أَرْبَعِينَ لَا أَدْرِي أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ أَرْبَعِينَ شَهْرًا أَوْ أَرْبَعِينَ عَامًا فَيَبْعَثُ اللَّهُ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ كَأَنَّهُ عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ فَيَطْلُبُهُ فَيُهْلِكُهُ ثُمَّ يَمْكُثُ النَّاسُ سَبْعَ سِنِينَ لَيْسَ بَيْنَ اثْنَيْنِ عَدَاوَةٌ ثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ رِيحًا بَارِدَةً مِنْ قِبَلِ الشَّأْمِ فَلَا يَبْقَى عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ أَحَدٌ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ خَيْرٍ أَوْ إِيمَانٍ إِلَّا قَبَضَتْهُ حَتَّى لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ دَخَلَ فِي كَبَدِ جَبَلٍ لَدَخَلَتْهُ عَلَيْهِ حَتَّى تَقْبِضَهُ قَالَ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ فِي خِفَّةِ الطَّيْرِ وَأَحْلَامِ السِّبَاعِ لَا يَعْرِفُونَ مَعْرُوفًا وَلَا يُنْكِرُونَ مُنْكَرًا فَيَتَمَثَّلُ لَهُمْ الشَّيْطَانُ فَيَقُولُ أَلَا تَسْتَجِيبُونَ فَيَقُولُونَ فَمَا تَأْمُرُنَا فَيَأْمُرُهُمْ بِعِبَادَةِ الْأَوْثَانِ وَهُمْ فِي ذَلِكَ دَارٌّ رِزْقُهُمْ حَسَنٌ عَيْشُهُمْ ثُمَّ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَلَا يَسْمَعُهُ أَحَدٌ إِلَّا أَصْغَى لِيتًا وَرَفَعَ لِيتًا قَالَ وَأَوَّلُ مَنْ يَسْمَعُهُ رَجُلٌ يَلُوطُ حَوْضَ إِبِلِهِ قَالَ فَيَصْعَقُ وَيَصْعَقُ النَّاسُ

Rasulullah ﷺ bersabda: “Dajjal akan muncul di tengah-tengah umatku lalu ia tinggal selama 40, aku (Abdullah bin Amru) tidak tahu apakah 40 hari, bulan atau tahun lalu Allah ‎ﷻ mengutuskan Isa bin Maryam seperti Urwah bin Mas’ud (sahabat dari Thaif, beliau dibunuh oleh penduduk Thaif ketika pulang untuk berdakwah kepada penduduk Thaif), beliau mencari Dajjal dan membunuhnya. Setelah itu manusia menjadi aman damai selama tujuh (7) tahun, tiada permusuhan walaupun antara dua orang. Kemudian Allah ‎ﷻ mengirimkam angin sejuk dari arah Syam lalu tiada seorang yang di hatinya ada kebaikan atau keimanan seberat biji sawi pun yang tersisa kecuali mencabut nyawanya, hingga bila salah seorang daripada kalian masuk ke dalam gunung pasti angin itu memasukinya lalu mencabut nyawanya.”

“Yang tersisa hanyalah orang-orang buruk seperti ringannya burung (cepat melakukan keburukan, pent.) dan keinginan binatang buas (perilaku mereka seperti binatang buas dalam melakukan kezaliman terhadap sesama, pent.) mereka tidak mengenal kebaikan dan tidak menolak kemungkaran. Syaitan menjelma kepada mereka lalu berkata: apakah kamu tidak menyahutku? Mereka bertanya: ‘Apa yang kau perintahkan pada kami? Syaitan menyuruh mereka menyembah berhala, mereka melakukannya. Rezeki mereka bertambah baik dan kehidupan mereka baik saja. Kemudian sangkakala ditiup, tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan memalingkan leher (barulah terdengar tiupan tersebut).” Baginda bersabda: “Orang pertama yang mendengarnya adalah seseorang (Badwi) yang sedang mendalami telaga untuk untanya.” Baginda bersabda: “Ia tumbang (mati) dan orang-orang lain turut rebah.”

(HR Muslim 7568)

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.7 Hadith Penutup Bab Dabbah

Hadith Abu Hurairah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه و سلم: «إِنَّ الله يَبْعَثُ رِيحاً مِنَ الْيَمَنِ، أَلْيَنَ مِنَ الْحَرِيرِ، فَلاَ تَدَعُ أَحَداً فِي قَلْبِهِ قَالَ أَبُو عَلْقَمَةَ: مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ إِلاَّ قَبَضتهُ» الحديث أخرجه مسلم حديث (117)

Sesungguhnya Allah ‎ﷻ mengirimkan angin dari arah Yaman yang lebih lembut daripada sutera, angin itu tidak akan pernah meninggalkan seorang pun yang di dalam hatinya terdapat keimanan seberat biji sawi melainkan dia mencabutnya (mewafatkannya).”

(HR Muslim, 117)

⚠️ Isu:

Ada hadith yang berkata dari Syria, kini hadith dari Yaman.
Kata Imam Nawawi, syarah Sahih Muslim, kemungkinan akan ada dua angin, satu dari Syria dan satu lagi dari arah Yaman.

Komen dan Soalan