Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 238: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya...

La Tahzan 238: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

71
0
Iklan

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-1: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Kebahagiaan dan Kejayaan ahli Ilmu

للسعادةِ والفلاحِ علاماتٌ تلوحُ ، وإشاراتٌ تظهرُ ، وهي شهودٌ على رقيِّ صاحبها ، ونجاحِ حامِلها ، وفلاحِ منِ اتَّصف بها .
فمنْ علاماتِ السعادةِ والفلاحِ : أنَّ العبد كلَّما زاد وزُنه ونفاستُه ، غاص في قاعِ البحارِ ، فهو يعلمُ أنَّ العلم موهبةٌ راسخةٌ يمتحِنُ اللهُ بها منْ شاء ، فإنْ أحْسَنَ شُكَرَها ، وأحسن في قبُولِهِ ، رَفعهُ به درجاتٍ

Kebahagiaan dan Kejayaan ada petanda atau indikator membuktikan adanya kemajuan, pencapaian dan keberuntungan orang yang mendapatkannya.
Antara petanda atau indikator kebahagiaan dan kejayaan seseorang ialah semakin bertambah ilmunya, semakin bertambah kerendahan hati, simpati dan empatinya.

Umpama sebutir mutiara yang besar di dasar laut yang paling dalam. Ilmuan hakiki menyedari ilmu adalah anugerah dan ujian daripada Allah ‎ﷻ. Jika dia mensyukuri dan menerima (ilmu-ilmu itu) dengan sebaiknya , maka Allah ‎ﷻ mengangkat darjatnya.

Firman Allah ‎ﷻ:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

[Al Mujadilah: 11]

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-2: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Bila meningkatnya amalan seseorang

وكلَّما زِيد في عملهِ ، زيد في خوفِهِ وحَذَرِه ، فهو لا يأمنُ عثرة القدمِ ، وزلَّة اللسانِ ، وتقلُّب القلبِ ، فهو في مُحاسبةٍ ومُراقبةٍ كالطائرِ الحذِر ، كلَّما وقع على شجرةٍ تركها لأخرى ، يخافُ مهارة القنَّاص ، وطائشة الرصاصِ

Bila semakin bertambah amalan (soleh) seseorang, sepatutnya semakin bertambah kewaspadaan dan kekhuatirannya. Dia tidak pernah rasa aman daripada kegeliciran, salah bicara dan bolak balik hatinya. Terus menghisab dirinya dan merasa muraqabah (diawasi Allah ‎ﷻ). Dia merasai dirinya laksana seekor burung yang sentiasa berwaspada yang tidak menetap lama di sesuatu dahan kerana khuatir dengan pemburu dan bidikan pelurunya.

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-3: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Bila meningkatnya usia

وكلَّما زيد في عمرِه ، نقص من حِرْصِهِ ويعلمُ علم اليقينِ أنَّهُ قدِ اقترب من المنتهى ، وقطع المرحلة ، وأشرف على وادي اليقين

Bila semakin bertambah usia (seseorang), makin berkuranglah ketamakan (kepada harta), kerana berkeyakinan dirinya semakin mendekati akhir sebuah perjalanan, telah banyak tahap kehidupan yang dilaluinya dan sudah semakin hampir kepada destinasi akhir yang pasti: kematian!

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-4: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Bila bertambahnya harta ( زِيد في مالِ )

وهو كلَّما زِيد في مالِه ، زيد في سخائِه وبذْلهِ ؛ لأنَّ المال عاريةٌ ، والواهب ممتحنٌ ، ومناسباتِ الإمكانِ فُرصٌ ، والموت بالمرصادِ

Jika semakin bertambah hartanya, semakin ia menjadi lebih dermawan dan lebih banyak memberi (daripada menerima). Harta adalah amanah; yang memberi harta pula (Al Wahhab) adalah Sang Penguji. Lebih banyak harta dibelanjakan lebih luas peluang untuk mendapat penilaian daripada si Penguji; kerana kematian sentiasa mengintai.

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-5: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Bila meningkat status (زيد في قدْرِ)

وهو كلَّما زيد في قدْرِه وجاهِه ، زيد في قُربِه من الناسِ وقضاءِ حوائجِهم والتَّواضُعِ لهم ؛ لأنَّ العباد عيالُ الله ، وأحبُّهم إلى اللهِ أنفعُهم لعيالِه .

Jika semakin meningkat status dan kedudukan di dalam masyarakat, sepatutnya semakin dekat dengan orang ramai, semakin mudah memberi dan semakin rendah hatinya. Seluruh manusia adalah famili Allah ‎ﷻ (di bumi) dan yang paling dicintai Allah ‎ﷻ adalah yang paling bermanfaat kepada sesama manusia.

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-6: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Tanda-tanda kesengsaraan insan (علاماتُ الشقاوةِ)

وعلاماتُ الشقاوةِ : أنَّ كلَّما زيد في علمِهِ ، زيد في كِبْره وتيههِ ، فعلْمُه غيرُ نافعٍ ، وقلبُه خاوٍ ، وطبيعتُه ثخينةٌ ، وطينتُه سِباخٌ وعْرةٌ

“Semakin bertambah ilmunya, ia semakin sombong (tindakan dan perilaku), ilmu tidak mendatangkan manfaat, hati kosong, watak dan tabiatnya kasar.”

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-7: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Tanda-tanda kesengsaraan insan (علاماتُ الشقاوةِ)

وهو كَّلما زيد في عملِه ، زِيد في فخْره واحتقارِه للناس ، وحُسْنِ ظنَّه بنفسهِ . فهو الناجي وحده ، والباقون هلْكى ، وهو الضامنُ جواز المفازةِ ، والآخرون على شفا المتالِفِ

Semakin bertambah amalannya, semakin bertambah sombongnya, semakin kecil nilai orang di sekelilingnya, semakin baik prasangka kepada dirinya, bahawa hanya dirinya yang selamat, orang lain akan binasa, hanya dirinya yang berjaya, orang lain akan hancur…

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-8: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Tanda-tanda kesengsaraan insan (علاماتُ الشقاوةِ)

وهو كلَّما زِيد في عمرِه ، زيد في حِرصِهِ ، فهو جمُوعٌ منُوعٌ ، لا تُحرِّكهُ الحوادِثُ ، ولا تُزعزعُه المصائبُ ، ولا تُوقِظهُ القوارِعُ

Semakin bertambah usianya, semakin bertambah kerakusannya, terus menumpuk harta tanpa mengeluarkannya (sedekah/zakat). Pelbagai musibah dan malapetaka di sekelilingnya tidak akan menyedarkan dirinya.

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-9: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Tanda-tanda kesengsaraan insan (علاماتُ الشقاوةِ)

وهو كلَّما زِيد في مالِه ، زيد في بُخلِه وإمساكِه ، فقلْبُه مقفرٌ من القِيم ، وكفُّه شحيحةٌ بالبذْلِ ، ووجهُه صفيقٌ عريَّ من المكارمِ

Semakin bertambah hartanya, semakin bertambah kebakhilannya. Tiada sifat mulia dalam hatinya, tiada bekas dermawan pada tangannya, tiada keluhuran pada wajahnya (kasihan belas kepada orang miskin dan terkena musibah).

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 238-10: Petunjuk itu berada di jalan pada mereka yang mencarinya (إشاراتٌ في طريقِ الباحِثِين)

Tanda-tanda kesengsaraan insan (علاماتُ الشقاوةِ)

وهو كلَّما زيد في قدْرِه وجاهِه ، زيِد في كِبرِه وتيْهِه ، فهو مغرورٌ مدحورٌ ، طائشُ الإرادةِ منتفخُ الرِّئةِ ، مريشُ الجناحِ ، لكنَّه في النهايةِ لا شيء

Semakin tinggi status sosial seseorang dalam masyarakat, semakin tinggi kesombongannya, dia tertipu dan terpedaya. Sikap sombong dan egonya akan berkesudahan dengan dia tidak mendapat apa-apa pun (di akhirat kelak). Dalil hadith:

يُحشر المتكبَّرون يوم القيامةِ في صورةِ الذَّرِّ ، يطؤهُمْ الناسُ بأقدامِهمْ 

Orang-orang yang sombong akan dihimpun pada hari kiamat dalam rupa bentuk semut halus. Orang-orang menginjak-injak mereka.”

✍️ Takhrij:
Lafaz ini adalah dhaif. HR Al Bazzar, Al Munziri, at Targheeb, 4/293. Al Haithami, Majma’ Az Zawaid 10/337 daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنه; komen Al Haithami, dhaif, kerana perawi bernama Al Qaasim bin Al Umuri, matruk.

رواه البزار كما في ((مجمع الزوائد)) (10/337)، والمنذري في ((الترغيب والترهيب)) (4/293). وقال الهيثمي: فيه القاسم بن عبد الله العمري وهو متروك

Versi yang sahih yang hampir semakna dengan hadith ini adalah versi At Tirmidzi:

يُحشَرُ المتَكَبِّرونَ يومَ القيامةِ أمثالَ الذَّرِّ في صُوَرِ الرِّجالِ يغشاهمُ الذُّلُّ من كلِّ مَكانٍ
الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي

الصفحة أو الرقم: 2492 | خلاصة حكم المحدث : حسن

“Pada hari kiamat orang-orang yang sombong akan digiring dan dikumpulkan seperti semut kecil, di dalam bentuk manusia, kehinaan akan meliputi mereka daripada pelbagai sisi.” (HR Tirmidzi 2492, dinilai hasan oleh Syeikh Al Albani, sahih At Tirmidzi.

Komen dan Soalan