Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 7/2021

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 7/2021

105
0
Iklan

Penghidratan atau kekurangan air dalam badan

Soalan 1:

Doktor, suami saya mengalami masalah ketidakselesaan badan seperti tiada selera makan, suhu badan yang tidak stabil malah tidurnya juga terganggu dan tidak lena seperti kebiasaan. Apakah masalah dan penyakit yang kemungkinan dihidapi suami saya?

Jawapan:

Ada kemungkinan suami puan mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Walau bagaimanapun, beliau perlu mendapatkan konsultasi dan rawatan selanjutnya di hospital.

[Dehidrasi boleh berlaku pada setiap peringkat umur termasuklah ketika masih bayi. Ia juga berlaku apabila jumlah air yang meninggalkan tubuh lebih banyak daripada jumlah yang diambil. Tubuh badan kita sangat dinamik dan sentiasa berubah. Seseorang perlu meminum air secukupnya untuk menggantikan air yang dibuang daripada badan. Bagi mengetahui jumlah air yang perlu diminum setiap hari bergantung kepada berat badan individu. Lebih banyak air diperlukan untuk menggantikan peluh yang berlebihan sewaktu senaman atau demam, kehilangan air daripada muntah dan cirit-birit serta pengeluaran air kencing yang semakin bertambah.]

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/dehidrasi

 

Talasemia

Soalan 2:

  • Doktor, boleh berikan sedikit panduan berkaitan pengambilan suplemen (vitamins, mineral, dan sebagainya) untuk pesakit ‘Thalassemia Major’ dan ‘Thalassemia Carrier’?
  • Adakah alternatif bagi bayi berumur setahun yang menghidap ‘Thalassemia Major’ tanpa perlu rawatan memasukkan darah setiap bulan?

Jawapan:

  • Perlu dirujuk kepada doktor yang membuat rawatan susulan kerana beliau lebih mengetahui keadaan dan sejarah perubatan pesakit. Pesakit Talasemia tidak boleh mengambil suplemen yang mengandungi zat besi.
  • Tiada alternatif lain yang sesuai buat masa sekarang untuk penghidap ‘Thalassemia Major’.

[Talasemia merupakan sejenis penyakit yang mempengaruhi pembentukan hemoglobin dalam darah. Keadaan kekurangan hemoglobin ini boleh menyebabkan pesakit talasemia menghidap anemia dan sukar untuk kekal sihat.]

https://hellodoktor.com/gangguan-darah/talasemia/penyakit-talasemia-sihat/

 

Tongue Tie / Lidah Pendek

Soalan 3:

  • Apa itu penyakit ‘tongue-tie’ atau lidah pendek? Adakah ia berbahaya atau normal bagi kanak-kanak? Bagaimanakah untuk mengatasinya?
  • Bagaimanakah jika keadaan tersebut mengganggu penyusuan?

Jawapan:

  • Kebiasaannya keadaan lidah pendek tidak mengganggu bayi, hanya sebilangan kecil mengganggu pemakanan. Bagaimanapun, keadaan akan bertambah baik apabila bayi meningkat dewasa.
  • Jika mengganggu proses penyusuan, rawatan pembedahan kecil boleh dilakukan di bahagian bawah lidah yang dipanggil ‘frenulum’.

[Lidah pendek atau ‘tongue tie’ sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap.  Lidah pendek berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah iaitu frenelum terlalu pendek. Ia akan membataskan pergerakan lidah dan akan mengganggu fungsi lidah.]

http://www.myhealth.gov.my/lidah-anak-saya-pendek/

 

Resdung dan Alahan

Soalan 4:

  • Doktor, apakah rawatan untuk resdung dan bagaimanakah caranya?
  • Ubat semburan apa yang sesuai untuk rawatan alahan Rinitis?

Jawapan:

  • Resdung kebiasaannya adalah ‘Allergic Rhinitis’. Jika tidak kerap kena boleh makan ubat selesema setiap kali berlaku alahan. Jika kerap, boleh guna ubat sembur ke hidung untuk kurangkan alahan.
  • Rhinocort Aqua atau Avamys. Guna 2 semburan untuk 2 kali sehari, jika selesema sudah pulih, bolehlah hanya sembur sekali sehari dan seterusnya selang sehari.

[Rinitis atau selesema adalah radang pada hidung. Ia adalah keadaan di mana seseorang mengalami hidung berair atau berhingus, gatal hidung atau mata, bersin dan rasa hidung tersumbat. Ia terbahagi kepada Rinitis akut dan kronik. Simptom akut kurang dari satu bulan manakala kronik lebih dari enam minggu. Rinitis akut terdiri daripada demam selesema, hidung sensitif kepada bau-bauan seperti sambal, wangian atau bahan kimia. Rinitis kronik boleh dibahagikan kepada alahan dan bukan alahan rinitis.]

http://www.myhealth.gov.my/en/rinitis/

 

Susu

Soalan 5:

Doktor, mohon pencerahan tentang susu F2.  Adakah F2 itu susu segar atau susu tepung?

Jawapan:

Susu F2 sumbernya adalah daripada skim susu lembu dan mengandungi semua komponen susu atau susu skim tanpa lemak.

https://www.vanillakismis.my/kenali-perbezaan-jenis-jenis-susu-yang-ada-di-pasaran-supaya-kita-tahu-mana-satu-paling-berkhasiat1/

 

COVID-19

 Soalan 6:

  • Bagimanakah virus Covid-19 boleh menjangkiti seseorang ?
  • Berapa lamakah simptom untuk mengetahui seseorang itu telah dijangkiti Covid?
  • Berapa harikah seseorang itu boleh dikatakan bebas dari Covid jika kuarantin di rumah?

Jawapan:

  • Setakat ini Covid-19 berjangkit melalui ‘droplet’ atau titisan air. Namun dengan kehadiran varian-varian baru seperti Delta dan Beta, ada pendapat yang mengatakan ia juga boleh berjangkit melalui udara, oleh sebab itu KKM telah menyarankan pemakaian 2 lapis topeng muka.
  • ‘Incubation period’, bermakna simptom akan mula muncul dalam tempoh 14 daripada tarikh berhubung dengan kes Covid.
  • Tempoh kuarantin sekarang adalah selama 10 hingga 14 hari, jika dalam tempoh ini tiada simptom covid, maka boleh dianggap tiada berlaku jangkitan.

https://www.mkn.gov.my/web/ms/2020/09/30/sains-disebalik-kuarantin-14-hari/

 

Masalah Kerisauan (Anxiety)

Soalan 7:

  • Doktor, apakah penyakit Anxiety?
  • Adakah ini dikatakan ‘Anxiety’ apabila berlaku keadaan di mana saya terlalu memikirkan sesuatu perkara secara berterusan dalam keadaan tertekan dan kerisauan setiap saat bermain dalam fikiran hingga berlarutan sampaikan penghujungnya saya akan menjadi keliru seolah-olah hilang memori dan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih seperti sediakala?

Jawapan:

  • ‘Anxiety’ adalah masalah kesihatan mental berkaitan dengan kerisauan melampau.
  • Anda dinasihatkan untuk membuat temu janji dengan pakar psikiatri untuk konsultasi agar masalah anda dapat ditentukan dan dirawat dengan segera dan efektif.

https://www.facebook.com/282487065188113/posts/penyakit-kerisauan-melampau-anxiety-disorder-adpenyakit-kerisauan-melampau-atau-/2320767661360033/

Komen dan Soalan