Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 234: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

La Tahzan 234: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

102
0
Iklan

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-1: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Firman Allah ‎ﷻ:

رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ 

Allah Redha kepada mereka dan mereka juga redha kepada-Nya.

[Al Maaidah: 119] 

وللرضا ثمراتٌ إيمانيةٌ كثيرةٌ وافرةٌ تنتجُ عنه ، يرتفعُ بها الراضي إلى أعلى المنازلِ ، فيُصبحُ راسخاً في يقيِنه ، ثابتاً في اعتقادِه ، وصادقاً في أقوالِه وأعمالِه وأحوالِه

Keredhaan adalah antara buah-buah keimanan yang melimpah. Orang yang redha akan diangkat kepada kedudukan paling tinggi (di sisi Allah ‎ﷻ), yang membuah keyakinan yang mendalam dan mengakar. Impak keredhaan ialah kejujuran dalam kata-kata, amalan dan perilaku.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-2: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Redha dengan takdir yang ringan dan berat

فتمامُ عبوديِّتِه في جَرَيانِ ما يكرهُهُ من الأحكام عليه
وليس الشأنُ في الرضا بالقضاءِ الملائم للطبيعةِ ، إنما الشأنُ في القضاءِ المُؤْلِمِ المنافِرِ للطَّبْعِ . فليس للعبدِ أنْ يتحكَّم في قضاءِ اللهِ وقدرِه ، فيرضى بما شاء ويرفضُ ما شاء

Kesempurnaan ubudiyah termasuk juga penerimaan terhadap apa yang terasa berat yang telah ditetapkan ke atasnya; Keredhaan terhadap ketentuan Allah ‎ﷻ bukan bermaksud redha terhadap qadha yang ringan sahaja, bahkan terhadap qadha yang berat-berat dan menyakitkan juga. Dia tidak boleh menerima qadha yang dia suka dan benci kepada qadha yang dia tidak suka.

فإنَّ البشر ما كان لهمِ الخِيَرَةُ ، بلْ الخيرةُ اللهِ ، فهو أعْلمُ وأحْكمُ وأجلُّ وأعلى

Manusia tidak diberi hak untuk memilih ketentuan, itu milik Allah ‎ﷻ yang menentukan qadha untuk hamba-Nya kerana sifat Maha mengetahui dan Maha Bijaksana dan Maha Tinggi.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-3: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Saling Meredhai (رضاً برضا )

ولْيَعْلم أنَّ رضاه عن ربِّه سبحانهُ وتعالى في جميعِ الحالاتِ ، يُثمِرُ رضا ربُه عنه ، فإذا رضي عنه بالقليلِ من الرِّزقِ ، رضي ربُّه عنه بالقليلِ من العملِ ، وإذا رضي عنه في جميع الحالاتِ ، واستوتْ عندهُ ، وجدهُ أسْرَعَ شيءٍ إلى رضاهُ إذا ترضَّاه وتملَّقه ؛ ولذلك انظرْ للمُخلصيِن مع قِلَّةِ عملهِم ، كيف رضي اللهُ سعيهم لأنهمْ رضُوا عنهُ ورضي عنهمْ ، بخلافِ المنافقين ، فإنَّ الله ردَّ عملهم قليلهُ وكثيرهُ ؛ لأنهمِ سخِطُوا ما أنزلَ الله وكرهُوا رضوانهُ ، فأحبط أعمالهم

*⃣ Jika hamba redha kepada Allah ‎ﷻ dalam segala hal, Allah ‎ﷻ akan meredhainya juga;
*⃣ Jika hamba redha dengan rezeki yang sedikit, maka Allah ‎ﷻ akan redha (kepadanya) walaupun amal ibadahnya sedikit;
*⃣ Jika hamba redha dengan segala situasi yang dihadapinya dan tetap redha, maka Allah ‎ﷻ akan cepat meredhainya;

⏯ Lihatlah orang yang ikhlas, walaupun ilmunya sedikit, namun Allah ‎ﷻ meredhainya; berbeza dengan orang munafik, Allah ‎ﷻ menolak amalannya kerana dia menolak apa yang diturunkan Allah ‎ﷻ, tidak suka dengan keredhaan Allah ‎ﷻ, maka Allah‎ ﷻ menyia-nyiakan amalan mereka.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-4: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Siapa yang tidak Redha, tidak akan diterima (منْ سخِط فلهُ السُّخْطُ)

والسُّخطُ بابُ الهمِّ والغمِّ والحزنِ ، وشتاتِ القلبِ ، وكسفِ البالِ ، وسُوءِ الحالِ ، والظَّنِّ بالله خلافُ ما هو أهلُه . والرضا يُخلِّصُه منْ ذلك كلِّه ، ويفتحُ له باب جنةِ الدنيا قبل الآخرةِ ، فإنَّ الارتياح النفسيَّ لا يتمُّ بمُعاكسةِ الأقدارِ ومضادَّة القضاءِ ، بل بالتسليمِ والإذعانِ والقبُولِ ، لأنَّ مدبِّر الأمرِ حكيمٌ لا يُتَّهمُ في قضائِه وقدرهِ

*⃣ Menolak redha mengundang keresahan, kesedihan, jiwa kacau, kemurungan dan buruk sangka kepada Allah ‎ﷻ;
*⃣ Sikap redha akan membebaskan hamba (daripada semua penyakit jiwa), membuka pintu syurga dunia sebelum syurga akhirat;
*⃣ Ketenangan jiwa tidak akan tercapai jika melawan takdir, tetapi redha dengan ketentuan Ilahi.
*⃣ Allah ‎ﷻ, Pengatur alam yang Maha Bijaksana tidak boleh dituduh curang dalam menyusun qadha dan qadarnya.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-5: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Iktibar daripada kisah Ibn al Rawandi*

ولا زلتُ أذكرُ قصة ابن الراونديِّ الفيلسوف الذَّكّيِ الملحدِ ، وكان فقيراً ، فرأى عاميّاً جاهلاً مع الدُّورِ والقصورِ والأموالِ الطائلةِ ، فنظر إلى السماءِ وقال : أنا فيلسوفُ الدنيا وأعيشُ فقيراً ، وهذا بليدٌ جاهلٌ ويحيا غنيّاً ، وهذه قِسمةٌ ضِيزى . فما زادهُ اللهُ إلا مقْتاً وذُلاّ وضنْكاً

Aku teringat akan kisah al Rawandi*, ahli falsafah yang hebat tetapi atheis (kufur), dia hidup dalam serba kemiskinan. Suatu hari dia terpandang seorang rakyat biasa memiliki serba kemewahan yang melimpah ruah. Dia melihat ke langit dan menyeru,” Aku ini ahli falsafah taraf dunia tetapi hidup melarat, sedangkan orang jahil itu hidup kaya raya. ini suatu pembahagian yang tidak adil!

Ia hanya mengundang kemurkaan Allah ‎ﷻ serta kehinaan dan kesengsaraan ke atasnya. Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَخْزَى وَهُمْ لَا يُنصَرُونَ

“Dan sesungguhnya seksaan akhirat lebih menghinakan dan mereka tidak diberi pertolongan.”

[Fussilat: 16]

_____________________

*⃣ Ibn Al Rawand adalah Abul Hasan Ahmad bin Yahya bin Isyak Al Rawandi, dinisbahkan kepada bandar Rawand di Iran sekarang (أبو الحسن أحمد بن يحيى بن إسحاق الراوندي), dia adalah murtad, berakidah muktazilah dan kemudian menjadi syiah. m. 250H

Rujukan:
Syeikh Abdul Rahman Badawi, Tarikh Al Ilhad Fil Al Islam, ms 89 (sejarah orang murtad/kufur dalam Islam, ms 89)

(عبد الرحمن بدوي، تاريخ الإلحاد في الإسلام، ص 89)

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-6: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Faedah-faedah Keredhaan (فوائدُ الرِّضا)

فالرِّضا يُوجِبُ له الطُّمأنينة ، وبرد القلبِ ، وسكونهُ وقراره وثباتهُ عند اضطرابِ الشُّبهِ والتباسِ والقضايا وكثْرةِ الواردِ ، فيثقُ هذا القلبُ بموعودِ اللهِ وموعودِ رسوله – صلى الله عليه وسلم – ، ويقولُ لسانُ الحالِ

Keredhaan akan membuahkan tama’ninah (ketenangan), hati yang nyaman (cool), tegar menghadapi kegoncangan, kejituan dalam menghadapi pelbagai masalah yang bertindih dan muncul dengan keras sekali…
Hati yang redha akan yakin sepenuhnya dengan janji Allah ‎ﷻ dan Rasul-Nya. Seolah-olah dibisikkan suara halus dari langit…

هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا

“Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.

[Al-Ahzab: 22]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-7: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Akibat orang yang tidak ada sifat keredhaan

والسخطُ يوجبُ اضطراب قلبِه ، وريبتهُ وانزعاجهُ ، وعَدَمَ قرارِهِ ، ومرضهُ وتمزُّقهُ ، فيبقى قلِقاً ناقِماً ساخِطاً متمرِّداً ، فلسانُ حالِه يقولُ : * مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُوراً *

Adapun orang yang tidak redha, akan bergoncang jiwanya, sentiasa ragu dan cemas, tidak tegar, hati sakit, dan bergelojak, keluh kesah seolah olah ada suara halus yang membisikkan:

Firman Allah ‎ﷻ:

مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُوراً

Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan (apa apa) kepada kami melainkan tipudaya

[Al-Ahzab: 12]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-8: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keredhaan dan ketenangan

كما أنّ الرضا يُنزلُ عليه السكينة التي لا أَنْفَعَ له منها ، ومتى نزلتْ عليه السكينةُ ، استقام وصلحتْ أحوالُه ، وصلح بالُه ، والسُّخط يُبعِدُه منها بحسبِ قلَّتِه وكثرتِه ، وإذا ترحَّلتْ عنهُ السكينةُ ، ترحَّل عنه السرورُ والأمْنُ والراحةُ وطِيبُ العيشِ . فمنْ أعْظَمِ نعمِ اللهِ على عبدِه : تنزُّلُ السكينةِ عليهِ . ومنْ أعظمِ أسبابِها : الرضا عنه في جميعِ الحالاتِ

*⃣ Keredhaan akan memberikan ketenangan (sakinah), sesuatu yang amat mahal. Ketenangan menjadikan hati tegar, terkawal dan jernih.

*⃣ Jika menolak keredhaan, ketenangan akan menjauhinya. Bila ketenangan lenyap, maka lenyaplah kegembiraan, keamanan, dan kedamaian.

*⃣ (Antara) kenikmatan terbesar yang Allah ‎ﷻ anugerahkan kepada hamba-Nya adalah ketenangan (sakinah).

⚠️ Bagaimana meraih ketenangan hati?

Sudah tentu dengan sifat redha dengan apa jua keadaan yang anda hadapi.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-9: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Jangan Menentang Tuhanmu (لا تُخاصِم ربَّك)

والرضا يخلِّصُ العبد منْ مُخاصمةِ الربِّ تعالى في أحكامِه وأقضيتِه . فإنَّ السُّخط عليهِ مُخاصمةٌ له فيما لم يرض به العبدُ ، وأصلُ مخاصمةِ إبليس لربِّه : منْ عَدَمِ رضاه بأقْضِيَتِه ، وأحكامِه الدِّينيِة والكونيِة . وإنَّما ألحد منْ ألحدَ ، وجَحِدَ منْ جحد لأنهُ نازعَ ربَّه رداء العظمةِ وإزار الكبرياءِ ، ولم يُذعِنْ لمقامِ الجبروتِ ، فهو يُعطِّلُ الأوامر ، وينتهِكُ المناهي ، ويتسخَّطُ المقادير ، ولم يُذعِنْ للقضاءِ

Redha meluruskan (hati) hamba terhadap susun atur dan ketentuan Tuhannya. Menolak takdir-Nya bermakna menentang Tuhan, ia sama dengan kisah Iblis yang menentang Tuhannya kerana tidak dapat menerima ketetapan Allah ‎ﷻ. Maka orang yang menolak takdir telah melakukan hal yang sama seperti Iblis, di mana Iblis menentang Tuhan atas sifat sombong yakni tidak mahu tunduk kepada aturan Ilahi, telah melanggar larangan, tidak menerima ketentuan dan tidak mahu tunduk kepada qadha ‘ (Allah ‎ﷻ).

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-10: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Takdir Allah ‎ﷻ pasti berlaku dan semuanya adil (حُكْمٌ ماضٍ وقضاءٌ عَدْلٌ)

Sebuah hadith Ibn Mas’ud رضي الله عنه

ماضٍ فيَّ حكمُك ، عَدْلٌ في قضاؤك

“Ketentuan-Mu pasti berlaku pada diriku, pasti adil qadha yang Engkau tetapkan (atas diriku)” *

واللهُ أحكمُ الحاكمين ، وقدْ حرَّ الظلُّمَ على نفسِه ، وليس بظلاَّمٍ للعبيدِ ، وتقدَّس سبحانه وتنزَّه عنْ ظُلْمِ الناسِ ، ولكنّ أنْفُسهم يظلمون

Allah Hakim yang Maha Bijaksana, Allah ‎ﷻ mengharamkan kezaliman ke atas diri-Nya dan ke atas hamba hamba-Nya. Maha suci Allah, selamanya Dia tidak akan menzalimi manusia. Akan tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

وقولُه : ((عَدْلٌ في قضاؤك )) يَعُمُّ قضاء الذنبِ ، وقضاء أثرِهِ وعقوبتِه ، فإنَّ الأمرينِ منْ قضائِه عزَّ وجلَّ ، وهو أعدلُ العادلين في قضائِه بالذنبِ ، وفي قضائِه بعقوبتِه .

Hadith ( عَدْلٌ في قضاؤك) qadha yang Dikau tetapkan atas diriku amat adil bermaksud pengaruh dosa, dan hukuman ke atasnya. Ia adalah dalam wilayah ketentuan Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ Pengadil yang maha adil dalam ketentuan dosa dan kibat dari keputusan-Nya.

Takhrij/ Tahqiq

لراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 199 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
التخريج : أخرجه أحمد (3712) واللفظ له، وابن حبان (972)، والطبراني (10/210) (10352)

HR Ahmad, 3712, Ibn Hibban, 972, At-Tabrani, Al Kabir, 10,352 dinilai sahih oleh Al Albani, Silsilah Al Sahihah, 199.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-11: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Ketidakredhaan tidak ada faedahnya (لا فائدة في السُّخطِ)

Hadith Abu Hurairah ‎رضي الله عنه, Nabi ﷺ telah bersabda kepadanya,

قالَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: يا أبَا هُرَيْرَةَ جَفَّ القَلَمُ بما أنْتَ لَاقٍ فَاخْتَصِ علَى ذلكَ أوْ ذَرْ.
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري. الصفحة أو الرقم: 5076

Pena telah kering, wahai Abu Hurairah, berkaitan dengan apa yang akan engkau hadapi.”

(HR Bukhari No. 5076)

وعدمُ الرَّضا : إمَّا أنْ يكون لفواتِ ما أخطأهُ ممَّ يحبُّه ويريدهُ ، وإمّا لإصابةٍ بما يكرهُه ويُسخطُه
فقدْ فُرِغَ من القضاءِ ، وانتُهِي من القدرِ ، وكُتِبتِ المقاديرُ ، ورُفِعتِ الأقلامُ ، وجفَّتِ الصُّحُفُ

Ketidakredhaan seseorang disebabkan dia gagal meraih apa yang diidamkan atau ia ditimpa cubaan yang tidak sanggup ditanggungnya…
ketidakredhaan itu tidak ada gunanya lagi….
Qadha telah ditetapkan, qadar telah diputuskan, semua ketetapan telah ditulis, pena telah diangkat, lembaran telahpun kering.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-12: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keselamatan bersama Keredhaan (السلامةُ مع الرِّضا)

والرضا يفتحُ له باب السلامةِ ، فيجعلُ قلبهُ سليماً ، نقيّاً من الغشِّ والدَّغلِ والغلِّ ، ولا ينجو منْ عذابِ اللهِ إلا منْ أتى الله بقلبٍ سليمٍ ، وهو السَّالِمُ من الشُّبهِ ، والشَّكِّ والشِّركِ ، وتلبُّسِ إبليس وجُندِه ، وتخذيلِهِ وتسويفِهِ، ووعْدِه ووعيدِه ، فهذا القلبُ ليس فيهِ إلا اللهُ

Keredhaan membuka pintu keselamatan. Keredhaan menjadikan hati sejahtera, bersih daripada tipudaya, kebusukan dan kedengkian. Hanyasanya orang yang bersih hatinya yang akan selamat daripada azab Allah ‎ﷻ. Hati bersih hati bebas daripada syubhah, keraguan, daripada syirik dan jerat jerat Iblis yang menyesatkan. Firman Allah ‎ﷻ:

*قُلِ اللّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ *

Katakanlah: “Allah-lah (yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampaikan Al-Qur’an kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya

[Al-An’am: 91]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-13: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keredhaan seperti pepohon

. فالرضا شجرةٌ طيِّبة ، تُسقى بماءِ الإخلاصِ في بستانِ التوحيدِ ، أصلُها الإيمانُ ، وأغصانُها الأعمالُ الصالحةُ ، ولها ثمرةٌ يانِعةٌ حلاوتُها . في الحديثِ

Keredhaan adalah sebatang pokok yang baik (teguh), sering disirami dengan air keikhlasan dan ditanam di kebun tauhid. Akarnya keimanan, dahan-dahannya laksana amal soleh dan buahnya sangat manis. Sebagaimana dalam hadith Al Abbas bin Abdul Muttalib رضي الله عنه:

ذاق طعْم الإيمانِ منْ رضي باللهِ ربّاً ، وبالإسلام ديِناً ، وبحمدٍ نبياً

Akan merasakan kelazatan iman, orang yang redha menjadikan Allah ‎ﷻ sebagai Rabbnya dan Islam sebagai agamanya serta Muhammad sebagai Rasul-Nya.”

(HR. Muslim, 34)

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-14: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Ketidakredhaan pintu Keraguan (السُّخْطُ بابُ الشَّكِّ)

والسُّخطُ يفتحُ عليهِ باب الشَّكِّ في اللهِ ، وقضائه ، وقدرِه ، وحكمتِهِ وعلمِهِ ، فقلَّ أنْ يَسْلَمَ الساخِطُ منْ شكٍّ يُداخلُ قلبه ، ويتغلغلُ فيه ، وإنْ كان لا يشعرُ به ، فلوْ فتَّش نفسه غاية التفتيشِ ، لوَجَدَ يقينهُ معلولاً مدخولاً ، فإنَّ الرضا واليقين أخوانِ مُصطحبانِ ، والشَّكَّ والسُّخط قرينانِ

Sukhth atau tidak ada sifat redha membuka pintu keraguan terhadap Allah ‎ﷻ, yakni qadha-Nya, Qadar-Nya, Hikmah dan Ilmu-Nya. Orang yang tidak redha pasti ada sifat ragu. Ini kerana ada dua pasangan yang akrab: sama ada Keredhaan berganding dengan keyakinan atau ketidakredhaan berganding dengan keraguan/kerancuan. Sebuah Hadith:

Daripada Ibn Abbas رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda, “Jika engkau mampu beramal dengan redha dan yakin, teruskan. Jika engkau tidak mampu, sesungguhnya bersabar menghadapi apa yang tidak disukai (nafsumu) ada banyak kebaikan”. (HR Tirmidzi, dinilai dhaif oleh Syeikh Al Albani, Silsilah Al Dhaifah 5107)

إن استَطَعت أن تعملِ للهِ بالرِّضا مع اليقينِ فافعَل، وإن لم تستَطِعْ ؛ فإنَّ في الصَّبرِ على ما يُكرهُ خيرًا كثيرًا .
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 5107 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-15: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keredhaan adalah kekayaan dan keamanan (الرِّضا غِنىً وأمْنٌ)

ومنْ ملأ قلبه من الرضا بالقدر ، ملأ اللهُ صدرهُ غِنىً وأمْناً وقناعةً ، وفرَّغ قلبه لمحبَّتِه والإنابِة إليه ، والتَّوكُّلِ عليه . ومنْ فاته حظُّه من الرِّضا ، امتلأ قلبُه بضدِّ ذلك ، واشتغل عمَّا فيه سعادتُه وفلاحُه

Dan barangsiapa yang memenuhi hatinya dengan sifat keredhaan kepada ketentuan Allah ‎ﷻ, maka Allah ‎ﷻ akan penuhi hatinya dengan kekayaan, keamanan, serta qana’ah (kecukupan), juga dipenuhi hatinya dengan rasa cinta, inabah (kembali kepada Allah ‎ﷻ) dan tawakkal kepada-Nya.

Sebaliknya orang yang tidak redha (dengan takdir Ilahi), adalah sebaliknya, hatinya dipenuhi kebencian, kederhakaan, keingkaran dan menyibukkan diri dalam urusan yang menyahkan kebahagiaan dan kejayaan.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-16: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Buah Redha adalah Syukur (ثمرةُ الرِّضا الشُّكْرُ)

والرضا يُثمرُ الشكر الذي هو منْ أعلى مقاماتِ الإيمانِ ، بل هو حقيقةُ الإيمانِ . فإنَّ غاية المنازلِ شكرِ المولى ، ولا يشكُرُ اللهُ منْ يرضى بمواهبه وأحكامِه ، وصُنعِه وتدبيرِه ، وأخذِه وعطائِه ، فالشاكرُ أنْعمُ الناسِ بالاً ، وأحسنُهم حالاً

Keredhaan akan membuahkan kesyukuran yang menjadi mercu tanda keimanan. Bahkan ia merupakan hakikat keimanan itu sendiri. Keimanan, bersyukur itu adalah puncaknya. Orang yang tidak redha kepada qadha’ dan qadar Allah ‎ﷻ sebenarnya tidak bersyukur kepada-Nya. Maka bersyukur itu petanda seseorang itu paling menikmati erti kehidupan.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-17: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Ketidakredhaan adalah Kekufuran (ثمرةُ السُّخطِ الكفرُ )

وإذا فاتهُ الرضا ، كان من الساخطين ، وسلك سُبُل الكافرين . وإنما وقع الحيْفُ في الاعتقاداتِ والخللُ في الدياناتِ مِنْ كوْنٍ كثيرٍ من العبيدِ يريدون أن يكونوا أرباباً ، بلْ يقترحون على ربِّهم ، ويُحِلُّون على مولاهم ما يريدون

Apabila sesorang tidak redha (kepada takdir), maka dia termasuk dalam golongan yang menolak dan mula berjalan di atas jalan kekufuran. Disebabkan oleh penyimpangan dalam iktikadnya dan goyah dalam agama kerana dia keluar daripada sifat hamba dan mengambil tempat Tuhan dalam urusan pengaturan (takdir) menurut apa yang dia kehendaki. Ini melanggar firman Allah ‎ﷻ:

(* يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ *)

Wahai orang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.

[Al-Hujurat: 1]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-18: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Ketidakredhaan adalah Perangkap Syaitan (السُّخطُ مصيدةٌ للشيطانِ)

والشيطانُ إنما يظفرُ بالإنسانِ غالباً عند السخطِ والشهوةِ ، فهناك يصطادُه ، ولاسيَّما إذا استحكم سخطُه ، فإنهُ يقولُ ما لا يُرضي الرَّبَّ ، ويفعلُ ما لا يُرضيه ، وينوي ما لا يُرضيهِ ، ولهذا قال النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – عند موت ابنهِ إبراهيم : (( يحزنُ القلبُ وتدمعُ العينُ ، ولا نقولُ إلا ما يُرضي ربَّنا ))

Syaitan dapat mengalahkan manusia ketika dia tidak redha dan dikuasai hawa nafsunya. Pada masa itu ia menjadi sasaran syaitan. Apabila ketidakredhaan menguasainya, maka mudahlah dia melakukan amalan yang tidak diredhai Tuhan. Sebab itu Nabi ﷺ menuturkan kata-kata ini ketika kewafatan anakandanya Ibrahim…

(إنَّ العَيْنَ تَدْمَعُ، والقَلْبَ يَحْزَنُ، ولَا نَقُولُ إلَّا ما يَرْضَى رَبُّنَا)

“Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih, akan tetapi kita tidak boleh berkata-kata kecuali (kata-kata) yang diredhai Allah ‎ﷻ (sahaja).” (Muttafaq alaih, daripada Anas, Bukhari, 1303, Muslim 2315).
التخريج : أخرجه البخاري

(1303) بنحوه، ومسلم (2315).

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-19: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Tiga petua meringankan Musibah

ولو لمح العبدُ في القضاءِ بما يراهُ مكروهاً إلى ثلاثةِ أُمورٍ ، لهان عليه المصابُ .
أوَّلها : علمُه بحكمةِ المقدِّرِ جلَّ في علاه ، وأنهُ أخْبَرُ بمصلحةِ العبدِ وما ينفعُه .
ثانيها : أنْ ينظر للأجرِ العظيمِ والثوابِ الجزيلٍ ، كما وعد اللهُ منْ أُصِيب فصبر مِنْ عبادِهِ .
ثالثُها : أن الحُكم والأمر للرَّبِّ ، والتسليم والإذعان للعبد

Apabila seorang hamba merasakan ada ketetapan Allah ‎ﷻ yang tidak disukainya, maka amalkan petua ini, nescaya musibah akan terasa ringan:

1⃣ Ada hikmah yang dirahsiakan oleh Allah ‎ﷻ, Allah ‎ﷻ lebih mengetahui apa maslahah dan manfaat buat hamba;

2⃣ Pasrah dan rela menunggu ganjaran pahala yang besar yang Allah ‎ﷻjanjikan kepada orang yang sabar;

3⃣ Menyedari bahawa keputusan (qadha’ dan qadar) adalah hak mutlak Allah ‎ﷻ, tugas hamba berserah dan tunduk.

Firman Allah ‎ﷻ:

أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَةَ رَبِّكَ

Apakah mereka yang mengagihkan rahmat Allah?

[Al zukhruf: 32]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-20: Buah-buah Keredhaan (ثمراتُ الرِّضا اليانعة)

Keredhaan mengusir Hawa Nafsu (الرِّضا يُخرجُ الهوى)

والرضا يُخرجُ الهوى من القلبِ ، فالراضي هواهُ تبعٌ لمرادِ ربِّه منه ، أعني المراد الذي يحبُّه ربُّه ويرضاهُ ، فلا يجتمعُ الرضا واتِّباعُ الهوى في القلبِ أبداً ، وإنْ كان معهُ شُعبةٌ منْ هذا ، وشعبةٌ منْ هذا ، فهو للغالِب عليه منهما

Keredhaan mengusir hawa nafsu dari dalam hati. Orang yang redha mampu menundukkan nafsunya mengikut kehendak Tuhannya.

Keredhaan dan hawa nafsu tidak pernah bersatu dalam satu rongga hati. Jika sekiranya keredhaan mengisi satu ruang dan hawa nafsu mengambil satu ruang yang lain (dalam hati), akhirnya yang berkuasa adalah siapa yang lebih dominan.

Firman Allah ‎ﷻ:

وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضَى

Dan aku bersegera kepadaMu. Ya Tuhanku, agar Engkau redha.

[Thahaa: 84]

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 234-21: Buah-buah Keredhaan (ثمرات الرضا اليانعة)

Kenalilah Allah (تَعَرَّفْ إلى اللهِ)

Hadith daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما:

عَرَّف إليه في الرَّخاءِ، يَعرِفْك في الشِّدَّةِ
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 2803 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Kenalilah Allah ‎ﷻ masa senang, nescaya Allah ‎ﷻ akan kenali anda ketika anda susah.” (HR Ahmad, dinilai sahih oleh Al Arnaout, tahqiq Al Musnad, No. 2803)

Fiqh al hadith:

#⃣ Kenali Allah ( تعرَّفْ إلى اللهِ) bermaksud berusaha mencintai, mendekatkan diri kepada Allah ‎ﷻ dengan jalan mentaatinya, bersyukur, bersabar menghadapi ketentuannya;

#⃣ Ketika senang (في الرخاءِ) bermaksud ketika anda lapang, sihat, usia panjang, aman, dan banyak mendapat nikmat;

#⃣ Allah ‎ﷻ kenali anda saat susah (يعرفْك في الشِّدَّة) bermaksud Allah ‎ﷻ meringankan ujian, membuka jalan keluar daripada masalah, kelegaan daripada kesedihan.

Komen dan Soalan