Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 231: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

La Tahzan 231: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

88
0
Iklan

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-1: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

Pasti ada jalan keluar (daripada apa jua musibah)

أيُّها الإنسانُ : يا منْ ملَّ من الحياةِ ، وسئِم العيش ، وضاق ذرعاً بالأيامِ وذاق الغُصص ، أنَّ هناك فتحاً مبيناً ، ونصراً قريباً ، وفرجاً بعد شدَّة ، ويُسراً بعد عُسْرٍ .
إنَّ هناك لُطفاً خفيّاً منْ بينِ يديْك ومنْ خلقِك ، وإنَّ هناك أملاً مشرقاً ، ومستقبلاً حافلاً ، ووعداً صادقاً ،

Wahai manusia,
wahai orang-orang yang sudah bosan dengan kehidupan,
tiada ghairah lagi dalam kehidupan,
menghadapi hari-hari yang semakin menghimpit nafas yang terasa tersumbat…
Nun di sana akan ada kemenangan, pertolongan yang semakin hampir, jalan keluar daripada kemelut, kemudahan selepas kesusahan.

Di sekitar ada hal-hal kecil yang tersembunyi,
masih ada harapan yang indah,
ada masa hadapan yang menjanjikan, dan
ada janji yang pasti….

Janji Tuhan

وَعْدَ اللَّهِ ۖ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

(Sebagai) janji yang sebenarnya daripada Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

[Ar Rum: 6]

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-2: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

Pasti ada jalan keluar (daripada apa jua musibah)

إن لضِيقِك فُرْجةً وكشْفاً ، ولمصيبتِك زوالٌ ، وإن هناك أنساً وروحاً وندىً وطلاً وظلاً . * الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ *

Sesungguhnya kesempitan yang menghimpit kalian pasti ada jalan keluar; dalam kesulitan yang anda hadapi, pasti ada sesuatu yang akan menyelamatkan anda. Dalam perkara yang anda tidak sukai akan ada nanti kenikmatan dan kebaikan. Firman Allah ‎ﷻ:

Dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami.

[Fathir: 34]

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-3: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

أيُّها الإنسانُ : آنَ أنْ تُداوي شكَّك باليقينِ ، والتواء ضميرِك بالحقِّ ، وعِوج الأفكارِ بالهُدى ، واضطراب المسيرةِ بالرُّشدِ

Wahai manusia
sudah sampai masa kamu mengganti keraguan dengan keyakinan;
penyimpangan hatimu dengan kebenaran;
kecelaruan minda kamu dengan hidayah;
kegoncangan pendirian dengan petunjuk…

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-4: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

آن أنْ تقشع عنك غياهب الظلامِ بوجْهِ الفجرِ الصادقِ ، ومرارةِ الأسى بحلاوةِ الرَّضا ، وحنادسِ الفِتن بنورٍ يلقفُ ما يأفكُون

Wahai manusia,
Sudah tiba masanya anda menyingkap kegelapan dengan fajar sadiq, mengganti harapan yang pahit dengan halawah (kemanisan) kepasrahan,
fitnah yang kelam dengan cahaya yang menyingkap segala kebodohan.

أيُّها الإنسانُ: إنَّ وراء بيدائِكمْ القاحلِةِ أرضاً مطمئنَّةً، يأتيها رزقُها رَغَداً منْ كلِّ مكانٍ

Wahai manusia,
Di sebalik padang pasir yang gersang, akan ada tanah subur yang membuahkan hasil yang melimpah ruah di segenap tempat.

وإنَّ على رأسِ جبلٍ المشقَّة والضَّنى والإجهاد ، جنَّةً أصابها وابلٌ

Wahai manusia,
Di atas puncak gunung yang berbatu pejal, ada di sana kebun-kebun yang subur tanpa perlu disiram.

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-5: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

يا منْ أصابه الأرقُ ، وصرخ في وجهِ الليلِ : ألا أيُّها الليل الطويلُ ألا انْجلِ ، أبشِرْ بالصبحِ * أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ * . صبحٌ يملؤُك نوراً وحبوراً وسروراً

Wahai manusia yang tidak boleh tidur sepanjang malam, yang mengeluh dalam kegelapan malam….
Akan tetapi wahai malam yang panjang akan tersingkap jua…
Cerialah dengan kedatangan subuh yang menyingsing…..

Firman Allah ‎ﷻ:

* أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ *

Bukankah subuh itu sudah dekat?

[Surah Hud: 81]

*⃣ Maksudnya, kegelapan malam akan hilang dengan kemunculan subuh yang bersinar….maka di sebalik 1000 masalah, akan muncul cahaya penyelesaian.

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-6: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

Wahai orang yang selalu berendam air mata!

يا منْ ملأت عينك بالدمعِ : كفْكِفْ دموعك ، وأرِحْ مُقلتيْك ، اهدأْ فإنَّ لك منْ خالقِ الوجودِ ولايةً ، وعليك منْ لطفهِ رعايةً ، اطمئنَّ أيُّها العبدُ ، فقدْ فُرغ من القضاءِ ، ووقع الاختيارُ ، وحَصَلَ اللُّطفُ ، وذهب ظمأُ المشقَّةِ ، وابتلَّتْ عروقُ الجهدِ ، وثبت الأجرُ عند منْ لا يخيبُ لديهِ السعْيُ

Wahai orang yang selalu bergenang air mata, hentikan linangan air mata mu.
Tenanglah,
Anda berhak mendapat perlindungan dan pemeliharaan daripada Sang Pencipta.
Tenanglah,
Qadha Allah telah selesai; rintangan sudah diangkat,
Otot-otot kekuatan telah kembali segar
pahala telah ditetapkan bagi yang terus berusaha…

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-7: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

Tenanglah kamu

اطمئنَّ : فإنك تتعاملُ مع غالبٍ على أمرِهِ ، لطيفٍ بعبادِه ، رحيمٍ بخْلقِهِ ، حسنِ الصُّنعِ في تدبيرِهِ .
اطمئنَّ : فإنَّ العواقب حسنةٌ ، والنتائج مريحةٌ ، والخاتمة كريمةٌ

Tenanglah
Anda sedang berurusan dengan Tuhan yang Maha berkuasa atas segala urusan-Nya
Lembut dengan hamba-hamba-Nya
Maha Pengasih terhadap makhluk-Nya
Maha ihsan dalam pentadbiran-Nya

Tenanglah
Bahawa akhir perjalanan adalah kebaikan
Natijahnya adalah kesenangan
Penutupnya adalah kemuliaan

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-8: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

Tenanglah kamu

بعد الفقرِ غِنَّى ، وبعد الظَّمأ رِيٌّ ، وبعد الفراقِ اجتماعٌ ، وبعد الهجْر وَصْلٌ ، وبعد الانقطاعِ اتِّصالٌ ، وبعد السُّهادِ نومٌ هادئٌ

Setelah kefakiran akan ada kekayaan; Setelah kehausan akan ada kesegaran (air minuman);
Setelah perpisahan akan ada pertemuan; Setelah perselisihan akan ada penyatuan;
Setelah terputus hubungan akan ada pertalian semula;
Setelah tidak dapat tidur semalaman akan ada peluang tidur yang nyenyak.

Firman Allah ‎ﷻ:

لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا

Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.

[Thalaq: 01]

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-9: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

Wahai orang yang menderita (أيُّها المعذَّبُون )

أيُّها المعذَّبُون في الأرضِ ، بالجوعِ والضَّنْكِ والضَّنى والألمِ والفقْرِ والمرضِ ، أبشرُوا ، فإنكم سوف تشبعون وتسعدون ، وتفرحون وتصِحُّون

Wahai orang yang menderita di dunia ini
yang kelaparan, kesempitan, kesengsaraan, penderitaan, kemiskinan, penyakit…
Bergembiralah…
kerana sesungguhnya engkau bakal kenyang, bahagia, senang dan sihat!

Firman Allah ‎ﷻ:

وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ (33) وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ (34)

dan malam ketika telah berlalu, dan subuh apabila mulai terang.

[Al Muddathir: 33-34]

🎼 Sebuah Syair Arab:

فلابُدَّ لِلَّيلِ أنْ ينجلِيْ ولابدَّ للقيْدِ أنْ ينكسِرْ

Malam pasti berlalu
dan belenggu pasti berkecai

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-10: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

Wahai orang yang menderita (أيُّها المعذَّبُون )

، فلا يجلبُ النفع إلا هو ، ولا يدفع الضُّرَّ إلا هو ، ولهُ في كلِّ نفسٍ لُطفٌ ، وفي كلِّ حركةٍ حكمةٌ ، وفي كلِّ ساعةٍ فَرَجٌ ، يمنحُ النَّعْماء ليسمع الثَّناء ، ويُسلِّطُ البلاء ليُرفع إليه الدُّعاءُ ، فحريٌّ بالعبدِ أن يقوِّي معه الاتِّصال ، ويُمدَّ إليه الحبال ، ويُكِثرُ السؤال

Tiada siapa yang dapat memberi manfaat kecuali Dia;
Tiada siapa yang dapat menolak mudharat kecuali Dia;

Dalam setiap jiwa, Dia yang menetapkan kebijaksanaan;
Dalam setiap tindakan, Dia yang menentukan hikmah;
Dalam setiap saat, Dia yang menentukan jalan keluar.

Yang memberi nikmat kerana Dia ingin mendengar pujian hamba-Nya
Yang menurunkan bala’ supaya hamba-Nya berdoa;
Semuanya agar pertalian hamba dan Tuhan semakin erat
Dan semakin banyak memanjatkan doa kepadanya…

Firman Allah ‎ﷻ:

* وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ *

mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya [4:32]

*ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً *

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang perlahan [7: 55]

🧩🧩🧩🧩

La Tahzan 231-11: Wahai Manusia (أيُّها الإنسان)

Kisah karamah Al ‘Alaa’

انقطع العلاءُ بنُ الحضرميِّ ببعضِ الصحابةِ في الصحراءِ ، ونفِد ماؤُهم ، وأشرفُوا على الموتِ ، فنادى العلاءُ ربَّه القريب ، وسأل إلهاً سميعاً مجيباً ، وهتف بقولِهِ : يا عليُّ يا عظيمُ ، يا حكيمُ يا حكيمُ . فنزل الغيثُ في تلك اللحظةِ ، فشربُوا وتوضؤوا ، واغتسلوا وسَقوْا دوابَّهم

Kisah Al ‘Alaa’ bin Al Hadhrami (sahabat, rijal sahih Muslim, asal Hadhramaut, Yaman, w.21H), tersesat dengan beberapa sahabat lain di padang pasir dan bekalan air mereka kehabisan dan bergelut dengan kematian (dehydration). Al ‘Alaa’ lantas menyeru kepada Tuhannya yang Maha Dekat, yang Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan Doa, “Wahai Tuhan yang Maha Tinggi, Maha Agung, Maha Bijaksana…” Tiba-tiba turunlah hujan. Mereka dapat minum, berwudhu’ mandi dan memberi haiwan tunggangan mereka minum…

وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِنْ بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنْشُرُ رَحْمَتَهُ ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ

Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji

[As-Syura: 28]

Komen dan Soalan