Utama At-Tazkirah Qurthubi At-Tazkirah Qurthubi: Tahqiq Kitab – Cara Kematian Manusia Yang Berbeza

At-Tazkirah Qurthubi: Tahqiq Kitab – Cara Kematian Manusia Yang Berbeza

294
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 20: Bab Cara Kematian Manusia yang berbeza

(باب كيفية التوفي للموتى ؟ و اختلاف أحوالهم في ذلك)

20-1: Cara kematian dalam Al-Qur’an

ذكر الله التوفي في كتابه مجملاً و مفصلاً

Pendekatan Al-Qur’an, ia menceritakan proses kematian secara umum dan ada ketika secara terperinci, lihat beberapa contoh:

الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ طَيِّبِينَ ۙ

(Iaitu) Orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat [An Nahl: 32]

الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ ۖ

(Iaitu) Orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, [An Nahl: 28]

Ia menunjukkan cara kematian secara umum, manakala ayat contoh kematian secara tepat pula:

وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا ۙ الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): “Rasakanlah olehmu seksa neraka yang membakar”, (tentulah kamu akan merasa ngeri) [Al Anfaal: 50]

Tafsir ayat ini [Al Anfal:50]

و هذا مخصوص بمن قتل من الكفار يوم بدر باتفاق أهل التأويل ، فيما قاله بعض علمائنا ، و قد ذكر المهدوي و غيره في ذلك اختلافاً ، و أن الكفار حتى الآن يتوفون بالضرب و الهوان

Kata Al Qurthubi, ayat ini khusus untuk cara dimatikan orang kafir (Quraish) yang terbunuh di Perang Badar. Ini disepakati oleh ahli takwil Al-Qur’an, manakala yang menyelisihi ialah Al Mahdawi (ulama Tafsir Morocco, w.430H) ia mentafsir, ia adalah penghinaan ke atas semua orang kafir, dimatikan dengan cara dipukul oleh malaikat maut.

Tahqiq: Apa kata Ibn Kathir رحمه الله mengenai ayat ini?

Ibn Katsir رحمه الله juga mentafsirkan untuk umum, semua orang kafir akan dipukul muka dan belakang mereka bukan khusus untuk orang kafir Quraish di medan Badar sahaja.

20-2: Cara kematian menurut As Sunnah

و روى مسلم في حديث فيه طول قال أبو زميل : فحدثني ابن عباس ، قال : بينما رجل من المسلمين يومئذ ، يشتد في أثر رجل من المشركين أمامه ، إذ سمع ضربة بالسوط فوقه و صوت الفارس يقول : أقدم حيزوم إذ نظر إلى المشرك أمامه فخر مستلقياً فنظر إليه فإذا هو قدم خطم أنفه و شق وجهه لضربة السوط فاخضر ذلك أجمع فجاء الأنصاري فحدث بذلك رسول الله صلى الله عليه و سلم فقال : صدقت ذلك من مدد السماء الثانية ، فقتلوا يومئذ سبعين و أسروا سبعين . و ذكر الحديث

Sementara itu (Imam) Muslim meriwayatkan dalam (sahihnya) sebuah hadith yang panjang, Abu Zumil (Simak bin Al walid Al Kufi, murid Ibn Abbas رضي الله عنهما ) bercerita daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما , beliau berkata, “ (Kisah daripada Perang Badar) Tatkala ada seorang lelaki daripada kaum Muslimin berupaya keras mengejar seorang lelaki daripada kaum musyrikin yang ada di depannya, tiba-tiba dia mendengar suara pukulan cambuk di angkasa dan suara seorang penunggang kuda berseru, “Cepatlah, hai Haizum!!” Tiba-tiba dia melihat orang musyrik yang ada di depannya tadi telah jatuh terlentang. Dia memeriksanya, ternyata telah terpotong hidungnya dan terbelah mukanya, akibat pukulan cemeti. Maka orang-orang menyaksikan peristiwa itu semuanya. Lalu seorang sahabat Ansar menemui Rasulullah ﷺ untuk melaporkan kejadian itu. Maka sabda baginda, “Kamu benar. Itu adalah bantuan dari langit kedua.” (Sahih Muslim, 1723, juga No.4686), kitab Jihad dan Ekspedisi, ( كتاب الجهاد والسير).
Pada hari itu kaum Muslimin berhasil membunuh seramai 70 orang, dan menawan 70 orang lainnya daripada kaum musyrikin.” Seterusnya, sebagaimana dituturkan oleh Abu Zumil.

(باب كيفية التوفي للموتى ؟ و اختلاف أحوالهم في ذلك)

20-3: Cara malakul maut mencabut nyawa serentak

(كيف يقبض ملك الموت في زمن واحد أرواح )

فصل : إن قال قائل : كيف الجمع بين هذه الآي و كيف يقبض ملك الموت في زمن واحد أرواح من يموت بالمشرق و المغرب ؟ قيل له : اعلم أن التوفي مأخوذ من توفيت الدين و استوفيته إذا قبضته و لم يدع منه شيئاً ، فتارة يضاف إلى ملك الموت لمباشرته ذلك ، و تارة إلى أعوانه من الملائكة ، لأنهم قد يتولون ذلك أيضاً ، و تارة إلى الله تعالى و هو المتوفي على الحقيقة كما قال عز

Bagaimana cara malaikat Maut mencabut dalam satu waktu beberapa nyawa manusia yang meninggal di timur dan barat?

Jawapannya, bahawa kata “Tawaffaa” adalah berasal daripada “Tawaffaitu Addaina” dan “Istaufaitu Ad-Daina” ertinya: Saya memegang [menerima] hutang tanpa menyisakan sedikitpun daripadanya. Dan terkadang kata “Tawaffaa” dikaitkan dengan malaikat Maut, kerana dialah yang melakukan pekerjaan ini; Terkadang dikaitkan dengan para pembantunya, kerana merekalah yang akan melaksanakannya; Dan terkadang dikaitkan dengan Allah ‎ﷻ , kerana Dia-lah hakikatnya yang mematikan,
sebagaimana firman-Nya:

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا

Allah‎ ﷻ memegang jiwa (orang) ketika matinya [Az Zumar: 42]

وَهُوَ الَّذِي أَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَكَفُورٌ

Dan Dialah Allah‎ ﷻ yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu (lagi), sesungguhnya manusia itu, benar-benar sangat mengingkari nikmat [Al Hajj: 66]

فكل مأمور من الملائكة فإنما يفعل ما يفعل بأمره

Jadi, malaikat yang disuruh melakukan pekerjaan, pada hakikatnya dia hanya melaksanakan apa yang diperintahkan Allah‎ ﷻ .

Rumusan:
Menjawab isu bagaimana manusia dimatikan serentak diseluruh dunia? Jawapannya, ini urusan Allah‎ ﷻ dan kemudian Allah‎ ﷻ memberi tugasan kepada malaikat maut yang melaksanakan operasi mencabut nyawa di seluruh dunia. Malaikat cuma melaksanakan tugasan khas, pelaksana sahaja.

20-4: Athar Al Kalabi (dhaif)

و قال الكلبي : يقبض ملك الموت الروح من الجسد ، ثم يسلمها إلى ملائكة الرحمة إن كان مؤمناً ، و إلى ملائكة العذاب إن كان كافراً ، و هذا المعنى منصوص في حديث البراء ، و سيأتي

Al-Kalabi (tabi’in Kufah, w. 146H) mengatakan: “Malaikat Maut mencabut nyawa daripada jasad, lalu menyerahkannya kepada Malaikat Rahmat, jika yang dicabut itu nyawa seorang mukmin. Jika nyawa yang kafir maka dia serahkan kepada Malaikat Adzab. Pengertian inilah yang diterangkan dalam sebuah hadith Al-Bara’. (Akan dibahaskan nanti dalam bab lain).

Komentar muhaqqiq (Dr Sadiq Ibrahim), tiada ditemui asalnya akan kata-kata ini.

20-5: Sebuah khabar (dhaif)

و في الخبر عن النبي صلى الله عليه و سلم إن ملك الموت ليهيب بالأروح كما يهيب أحدكم بفلوه أو فصيله ألا هلم ألا هلم ، يهيب : يدعو . يقال: أهاب الرجل بغنمه أي صاح بها لتقف أو لترجع ، و أهاب بالبعير
فأخبر صلى الله عليه و سلم : أنه يدعو الأرواح التي يتوفاها الله و يقبضها

Dalam sebuah khabar daripada Nabi ﷺ dinyatakan, “Sesungguhnya Malaikat Maut memanggil roh-roh, sebagaimana seorang daripada kamu sekalian memanggil anak kudanya, atau anak sapihan kudanya, “Hai, ke marilah. Hai ke marilah!”
Pada khabar tersebut di atas Nabi ﷺ menyatakan yang maksudnya, “Bahawa malaikat Maut itu memanggil roh orang-orang yang akan dimatikan dan dicabut oleh Allah ‎ﷻ.

Tahqiq:
Tiada asalnya dalam mana-mana kitab sunan.

20-6: Khabar (dhaif)

و في الخبر أن ملك الموت جالس و بين يديه صحيفة يكتب فيها له ليلة النصف من شعبان ، و هي الليلة التي يفرق فيها كل أمر حكيم من الأرزاق و الآجال في قفول بعض العلماء عكرمة و غيره . و الصحيح أن الليلة التي يفرق فيها كل أمر حكيم ليلة القدر من شهر رمضان ، و هو قول قتادة و الحسن و مجاهد و غيرهم، يدل عليه قوله تعالى : حم * و الكتاب المبين * إنا أنزلناه يعني القرآن في ليلة مباركة يعني ليلة القدر ، و هذا بين

Dan dalam khabar lainnya, bahawa Malaikat Maut duduk. Di hadapannya ada lembaran tempat menulis ajal orang itu di malam Nisfu Sya’ban, iaitu malam untuk segala urusan yang penting-penting dijelaskan, seperti rezeki dan ajal manusia, manakala menurut pendapat sebahagian ulama’, seperti Ikrimah dan lainnya. Yang benar, malam dijelaskannya urusan yang penting-penting adalah lailatul Qadar, iaitu menurut pendapat Qatadah, Al-Hasan, Mujahid dan lain-lain. Pendapat kedua ini berdasarkan firman Allah‎ ﷻ yang ertinya:

“Haa Miim. Demi kitab [Al-Qur’an] yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya [Al-Qur’an] pada suatu malam yang diberkahi.” [Ad-Dukkhan: 1-3] yakni Lailatul Qadar.

و قال ابن عباس : إن الله تعالى يقضي الأقضية في ليلة النصف من شعبان و يسلمها إلى أربابها في ليلة القدر ، و كان هذا جمعاً بين القولين و الله أعلم

Menurut Ibnu Abas رضي الله عنهما bahawa Allah‎ ﷻ membuat keputusan-keputusan di malam Nisfu Sya’ban, lalu menyerahkannya kepada para Malaikat yang akan menguruskannya di malam lailatul Qadar. Bererti Ibnu Abbas رضي الله عنهما menggabungkan antara dua pendapat.

Tahqiq:
Khabar ini didhaifkan oleh Al Syaukani dan Al Albani Al Syaukani, Fathul Qadir, 4/801 dan Al Albani, Silsilah Al Dha’ifah, no 6607.

ضعفه الشوكاني في “فتح القدير” (4/801) ، وقال الألباني في “السلسلة الضعيفة” (رقم/6607) : منكر

20-7: Khabar Abu Asy-Syaikh (dhaif)

فإذا انقضى عمر ذلك الشخص الذي حان قبض روحه ، سقطت ورقة من سدرة المنتهى التي فيها اسمه على اسمه في الصحيفة ، فعرف أن قدر فرغ أجله و انقطع أكله

Apabila usia orang yang akan dicabut nyawanya telah habis, maka gugurlah dari Sidratul Muntaha selembar daun di mana nama orang itu tertulis. Daun itu gugur dan jatuh persis pada lembaran yang ada di tangan Malaikat Maut tadi. Dengan demikian maka diketahuilah bahawa umurnya telah habis, ajalnya telah tiba, dan jatah makanannya telah terputus. (Khabar riwayat Abu Al Syaikh, w. 369H, Isfahan, dalam Tabaqat Al Muhaddithin, 2/76)
menurut muhaqqiq Dr Sadiq, dhaif, tiada sanad).

 

20-8: Khabar Daun Sidratul Muntaha (dhaif)

و في الخبر أن ملك الموت تحت العرش يسقط عليه صحائف من يموت من تحت العرش ، الصحف هنا : ورق السدرة

Dan menurut khabar lagi, bahawa Malaikat Maut ada di bawah Arsy, dan lembaran-lembaran orang-orang yang akan mati berjatuhan kepadanya. Adapun yang dimaksud dengan lembaran-lembaran itu adalah daun-daun Sidratul Muntaha.

Tahqiq: Tiada sanad, cuma khabar sahaja.

20-9: Khabar Ibn Abbas رضي الله عنهما (dhaif)

و في خبر الإسراء عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه و سلم ، قال : مررت على ملك آخر جالس على كرسي ، إذا جميع الدنيا و من فيها بين ركبتيه ، و بيده لوح مكتوب ينظر فيه ، و لا يلتفت عنه يميناً و لا شمالاً فقلت : يا جبريل من هذا ؟ قال : هذا ملك الموت . قلت : يا ملك الموت كيف تقدر على قبض جميع أرواح من في الأرض برها و بحرها ؟ قال : ألا ترى أن الدنيا كلها بين ركبتي ، و جميع الخلائق بين عيني ، و يداي تبلغان المشرق و المغرب . فإذا نفذ أجل عبد نظرت إليه ، فإذا نظرت إليه عرف أعواني من الملائكة أنه مقبوض ، غدوا فبطشوا يعالجون نزع روحه ، فإذا بلغوا بالروح الحلقوم ، علمت ذلك فلم يخف علي شيء من أمره ، مددت يدي فأنزعه من جسده و ألى قبضه

Tersebut pula dalam khabar tentang (malam) Isra’, daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما , daripada Nabi ﷺ , baginda bercerita, “Aku melewati malaikat lainnya sedang duduk di atas kerusi. Dan ternyata dunia dengan segala penghuninya itu berada di antara kedua lututnya. Di tangan Malaikat itu ada sebuah lauh [lembaran] tertulis, yang dia renungi tanpa menoleh ke kanan-kiri. Maka aku bertanya, ‘Hai Jibril, siapa ini?’ Jibril menjawab, ‘Ini Malaikat Maut.’
Aku menegurnya, ‘Hai malaikat Maut, bagaimana kamu dapat mencabut nyawa orang di muka bumi, di darat mahupun di laut?’
‘Tidakkah kamu lihat,’ kata Malaikat Maut, ‘Bahawa dunia ini seluruhnya ada di antara kedua lututku, semua makhluk ada didepan mataku, dan kedua tanganku biasa mencapai timur dan barat. Apabila ajal seseorang manusia telah habis, maka aku memandang kepadanya. Dan apabila aku memandang kepadanya maka para pembantuku tahu bahawa orang itu akan dicabut nyawanya. Ketika nyawa telah mencapai tenggorokan, maka aku melihat hal itu, dan tidak ada satupun urusan orang itu yang samar bagiku. Aku hulurkan tanganku untuk mencabut nyawa daripada jasadnya. Dan urusan pencabutan nyawa berikutnya adalah terserah kepadaku.’”

Takhrij: Athar dikeluarkan oleh Ibn Mardawaih (Asfahan, w.410H) Dalam tafsirnya, Ibn Arak Al Kanani (Syria, w.963H) tanzih Asy Syari’ah , 1/155

Tahqiq:
Syaikh Syed bin Husin Al Affaani, Sakbul ‘Abarat (سكب العبرات), Hadith no 361, Mauquf kepada Ibn Abbas رضي الله عنهما .

 

(20-10: Khabar daripada Imam Al Ghazali (dhaif/Tiada asalnya)

و في الخبر : أنه ينزل عليه أربعة من الملائكة : ملك يجذب النفس من قدمه اليمنى ، و ملك يجذبها من قدمه اليسرى ، و ملك يجذبها من يده اليمنى ، و ملك يجذبها من يده اليسرى . ذكره أبو حامد

Dalam sebuah khabar lainnya dinyatakan, bahawa kepada orang yang akan mati itu didatangi empat (4) Malaikat, ada yang menarik nyawanya daripada kaki kanannya, ada yang menariknya daripada kaki kiri, ada yang menariknya daripada tangan kanannya, ada yang menariknya daripada tangan kiri. Demikian disebutkan oleh Abu Hamid (Al Ghazali)

Khabar ini panjang tetapi tiada guna menyalinnya di sini kerana tidak sahih.

Tahqiq: Dr Sadiq Ibrahim
Al Ghazali, Khasyaf Uloom Al Aakhirah, 16; Kebanyakan apa yang dikatakan oleh Abu Hamid perlu ditinjau kembali dari segi kesahihan khabar-khabar yang disampaikannya. Khabar ini tiada asalnya).

 

20-11: Atsar Mu’az bin Jabal رحمه الله (dhaif)

ذكره أبو نعيم الحافظ . قال : حدثنا أحمد بن عبد الله بن محمود قال : حدثنا محمد بن أحمد بن يحيى قال : حدثنا سلمة بن شبيب ، قال : حدثنا الوليد بن مسلم ، قال : حدثنا ثور بن يزيد عن خالد بن معدان عن معاذ بن جبل قال : إن لملك الموت عليه السلام حربة تبلغ ما بين المشرق و المغرب ، فإذا انقضى أجل عبد من الدنيا ، ضرب رأسه بتلك الحربة و قال : الآن يزار بك عسكر الأموات

Bahawa Abu Nu’aim bercerita daripada Ahmad bin Abdullah bin Mahmud, daripada Muhammad bin Ahmad bin Yahya, daripada Salamah bin Syabib, daripada Al-Walid bin Muslim, daripada Tsaur bin Yazid, daripada Khalid bin Ma’dan, daripada Mu’adz bin Jabal رحمه الله , “Sesungguhnya Malaikat Maut عليه السلام mempunyai tombak [yang panjangnya] mencapai jarak antara timur dan barat. Apabila ajal seseorang di dunia telah habis, maka malaikat Maut memukul kepalanya dengan tombak itu seraya berkata, “Sekarang kamu akan diajak berkunjung ke rombongan orang-orang mati.”

Takhrij:
Abu Nuaim, Hilyatul Auliya’ mukarsurat 211

حلية الأولياء وطبقات الأصفياء » من الطبقة الأولى من التابعين » خالد بن معدان »

Tahqiq:
Isnadnya dhaif: Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah [5/214], sebagaimana dinyatakan Ibn Tulun (w. 953, Damsyiq) dalam At-Tahrir Al-Murasakh [329], muhaqqiq Khalid Uthman, juga dhaif kerana perawi yang majhul).

 

20-12: Atsar Imam Malik bin Anas رحمه الله (tiada asalnya)

و روى سليمان بن مهير الكلابي قال : حضرت مالك بن أنس و أتاه رجل فسأله : يا أبا عبد الله ، البراغيث أملك الموت يقبض أرواحها ؟ فأطرق مالك طويلاً ثم قال : لها نفس ؟ قال : نعم ، قال : ملك الموت يقبض أرواحها الله يتوفى الأنفس حين موتها ذكره الخطيب أبو بكر رحمه الله

Menurut riwayat Sulaiman bin Mahir Al-Kilabi*, daripada Malik bin Anas رحمه الله, beliau ditanya oleh seseorang, “Hai Abu Abdullah, apakah yang mencabut nyawa kutu-kutu juga Malaikat Maut?” Malik menunduk lama, kemudian balik bertanya, “Apakah kutu-kutu itu juga mempunyai roh?”
“Ya,” jawab orang itu. Maka Malik menegaskan, “Malaikat Maut juga mencabut nyawa mereka.” Sesuai dengan firman-Nya: “Allah ‎ﷻ memegang nyawa-nyawa ketika matinya.” (اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا) [az-Zumar: 42] (HR Malik dalam Muwatta’ No 317).

Demikian disebutkan oleh Al-Khatib Abu Bakar Al Khatib Al Baghdadi.

Tahqiq athar Malik bin Anas رحمه الله
Beliau athar. Terdapat perawi Sulaiman bin Mahir Al Kilabi yang tidak dikenali (majhul), demikian menurut Dr Sadiq Ibrahim.

Tambahan:
Isu siapakah yang mencabut nyawa haiwan?
Ini khilaf dalam kalangan Ulama usul kerana tiada dalil sahih yang menyokongnya.
Rumusan Dr Soleh Al Munajjid (Islam QA).

Adapun isu pencabutan nyawa haiwan, tidak seperti persoalan roh manusia yang ada dalilnya dengan jelas. Persoalan roh haiwan menurutnya tidak ada dalil yang sahih baik daripada Al-Qur’an mahupun Hadith. Yang ada, adalah riwayat yang kualitinya sebenarnya lemah.

* Sulaiman bin Mahir Al Kilabi tidak ada biografinya menurut muhaqqiq Syed Ibrahim.

Komen dan Soalan