Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 2/2021

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 2/2021

275
0
Iklan

Alahan pada kulit bagi pesakit kencing manis

Soalan 1:

Doktor, kulit anak saya mudah terkena alahan. Berusia 22 tahun dan aktif bermain futsal. Adakah bintik-bintik merah (rujuk gambar) selepas digaru ini tanda alahan juga?  Saya risau dia ada kencing manis kerana sebelum ni dia gemar minum air manis.

Jawapan:

Tidak semestinya anak puan menghidap kencing manis tetapi lebih baik jika membuat pemeriksaan darah untuk memastikan tiada sebarang penyakit.

[‘Akantosis nigrikans’ merupakan masalah ‘hiperpempigmenan’ (kulit menjadi gelap disebabkan oleh pengumpulan lebihan melanin) yang kerap kali terjadi pada beberapa bahagian badan. Ia sering dikaitkan dengan masalah kencing manis. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami keadaan ini, tidak semestinya anda mempunyai masalah kencing manis. Terdapat punca lain yang boleh memberikan manifestasi kulit yang sebegini rupa. Rawatan terhadap punca tersebut akan mengembalikan warna kulit pada bahagian yang tersenarai kembali pulih kepada warna kulit asal.

Selain daripada kencing manis, faktor risiko lain seperti individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan mereka yang mempunyai keadaan ‘pre-diabetes’ turut menyumbang kepada terjadinya permasalahan ini.]

https://hellodoktor.com/pusat-kesihatan/diabetes-ms/kulit-kencing-manis/#gref

 

Suhu penyaman udara yang sesuai untuk bayi

Soalan 2:

Bolehkah bayi berusia 2 bulan tidur dalam bilik yang berhawa dingin?

Jawapan:

Boleh, tetapi suhu bilik perlu dikawal dengan had 22-25 darjah sahaja.

[Tidak ada masalah untuk meletakkan bayi di bawah pendingin hawa.  Malah, dalam keadaan iklim yang panas dan lembap seperti di Malaysia, bayi mungkin rasa lebih selesa jika berada di dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa.

Kebanyakan doktor bersetuju adalah lebih baik untuk meletakkan bayi di bawah pendingin hawa daripada membiarkan bayi dalam keadaan panas di dalam bilik yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.

Bayi masih lagi tidak boleh menyesuaikan suhu badan kepada keadaan sekeliling seperti orang lain. Oleh itu, bayi lebih mudah rasa panas dan mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa.

Bayi juga akan mudah mendapat ruam jika berada dalam keadaan panas terlalu lama.

Menurut pakar, bilik yang lebih selesa juga boleh menurunkan risiko untuk bayi mati mengejut (Sudden infant death syndrome SIDS).

Jika anda rasa bilik terlalu sejuk, maka, bayi anda pun mungkin rasa yang sama. Oleh itu, cuba sesuaikan suhu supaya bayi anda rasa lebih selesa ya!]

https://hellodoktor.com/keibubapaan/penjagaan-kanak-kanak/pendingin-hawa-bayi-tidur/#gref

 

Titik Hitam (Blind Spot) pada mata

Soalan 3:

Mata kiri saya sering nampak seperti ada satu titik hitam seolah-olah titik hitam itu bergerak mengikut gerakan anak mata saya.  Adakah saya menghidap sebarang penyakit?

Jawapan:

Perlu berjumpa optometri untuk memeriksa medan penglihatan dan memastikan ‘blind spot’ atau titik buta tidak membesar.

[Di belakang mata kita terdapat reseptor yang menerima cahaya dan menghantar maklumat ini ke otak untuk diterjemahkan supaya kita dapat maklumat berkenaan dengan apa yang kita lihat. ‘Photoreceptor’ ini akan bersambung kepada saraf optik yang berfungsi untuk membawa maklumat ke otak di kawasan yang dipanggil sebagai cakera optik (optic disc)

Cakera optik ini terdapat di bahagian retina dan ia tidak mengandungi sebarang reseptor untuk menerima maklumat cahaya dari luar. Ini menyebabkan imej objek yang jatuh di bahagian tersebut tidak akan dapat dilihat oleh seseorang.]

https://thediagnosa.com/titik-buta-punca-ujian-melihat-kewujudannya/

 

Serangga melekat pada mata

Soalan 4:

Doktor, bagaimanakah hendak membuang kutu babi yang melekat pada mata anak seperti di dalam gambar yang tertera?

Jawapan:

Tarik dengan malar sehingga kutu melepaskan gigitan, jangan rentap giginya takut akan tertinggal melekat di kulit.

[Cara untuk melepaskan gigitan kutu babi dari kulit, kena tunggu sehingga ia jatuh atau boleh juga cuba kuis sedikit dan perlu berhati-hati, sebaiknya dibunuh terus kutu tersebut untuk mengelakkan mudarat pada mangsa.   Berikut petua untuk mengatasi masalah kutu babi:

  1. Tembakau

Ambil sedikit tembakau dan lembapkan dengan sedikit air kemudian tekapkan pada tempiras atau kutu tersebut lebih kurang 20 saat hingga tempiras tertanggal atau mati. Boleh juga rendam tembakau dan titiskan air tembakau pada tempiras.

  1. Minyak cap kapak

Letak sedikit minyak cap kapak pada kapas kemudian sapukan pada badan tempiras tersebut dan apabila tempiras tersebut rasa panas dia akan keluar atau mati.

  1. Minyak gamat

Letak sedikit minyak gamat pada kapas kemudian sapukan pada badan tempiras tersebut.

  1. Penyembur racun serangga

Sembur racun serangga seperti Ridsect/Shiedtox pada putik kapas kemudian letakkan pada kutu tersebut.

  1. Minyak Tanah

Sapukan minyak tanah pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.

  1. Cuka makan

Sapukan cuka pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.

  1. Air Garam

Rendam bahagian yang digigit tempiras dalam air garam sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.

  1. Kapur sirih

Sapukan kapur sirih di tempat bahagian yang digigit kutu babi dan tunggu sehingga ia jatuh.

  1. Bawa ke klinik atau hospital

Ini ialah cara terakhir jika keadaan terlalu kritikal. Kebiasaannya pihak hospital akan merujuk pada pakar telinga dalam masalah tempiras di dalam telinga. Doktor akan sembur sejenis cecair ke dalam telinga dan menarik keluar tempiras tersebut.]

https://www.facebook.com/108958467249760/posts/seluruh-kedah-sekenit-sengkenit-atau-kutu-babi-salah-satu-parasit-penghisap-dara/151895799622693/

 

Kesahihan berita Covid-19

Soalan 5:

Mohon pencerahan dengan berita yang tular mengatakan Covid-19 hanya seperti mengidap selesema biasa, tidak menyebabkan kematian, data-data yang diragukan serta berita vaksin yang boleh memberikan kesan kepada tubuh manusia.

Jawapan:

Sila ambil berita sahih daripada pihak yang berkuasa dan pakar.

[Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memaklumkan umum mengenai situasi terkini COVID-19 dengan menyalurkan berita sahih, tepat dan cepat. Dalam pada Kerajaan menangani penularan COVID-19, Kerajaan juga perlu menangani isu mesej tular iaitu penularan berita palsu (fake news) dan maklumat tidak sahih yang sengaja dibuat demi kepentingan sesetengah pihak. Tindakan ini adalah sama sekali tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan keresahan dan kerisauan orang ramai.]

http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/102020/kesahihan-maklumat-covid-19-di-malaysia

 

Angiogram

Soalan 6:

Doktor, mohon pencerahan adakah rawatan jantung ‘Angiogram’ boleh mendatangkan kemudaratan kepada pesakit?

Jawapan:

Angiogram bukan rawatan tetapi ialah satu kaedah untuk mendiagnos salur darah jantung yang tersumbat.

[Angiografi adalah salah satu daripada prosedur radiologi untuk mengkaji saluran darah di dalam arteri atau vena. Untuk pemeriksaan X-ray biasa, saluran darah tidak dapat dilihat, media kontras akan disuntik ke dalam salur darah anda untuk memperlihatkan saluran darah dalam kawasan pemeriksaan.]

http://www.myhealth.gov.my/angiografi/

 

Keperluan Omega Untuk Tubuh Manusia

Soalan 7:

Doktor, merujuk kepada gambar di sebelah.  Berapa banyak kandungan Omega diperlukan oleh tubuh manusia?

Jawapan:

Setiap dinding sel badan kita terdiri daripada sel lemak. Sel lemak ini penting untuk berbagai-bagai fungsi.

Antaranya,

1) membenarkan zat keluar masuk.

2) melindungi dalaman sel.

3) kawal aktiviti luar dan dalam sel.

Dalam dinding sel ini, ada kandungan lemak tidak tepu. Boleh merujuk kepada PUFAs untuk bacaan lanjut, ia terdiri daripada Omega 3 (antiradang) & Omega 6 (pro radang).

Tubuh kita pada zaman moden ini tinggi radang dan radang inilah yang menjadi punca penyakit kronik.

Makanan tinggi omega 6 mengandungi radang tinggi. Contohnya, minyak soya, minyak jagung, minyak bunga matahari banyak digunakan dalam makanan jajan & makanan pek.

Makanan omega 3 sukar diperoleh kerana biasanya makanan ‘wild & free range’.

Sekarang, ternakan seperti ikan, ayam pun diberi makan pelet dan dedak. Semua itu diproses daripada jagung yang tinggi omega 6.

Komen dan Soalan