Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 1/2021

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 1/2021

103
0
Iklan

Hipertensi

Soalan 1:

Doktor, bacaan tekanan darah suami saya 165 disertai dengan demam.  Telah mendapatkan rawatan di klinik, malangnya suami tidak ingat jenis ubat yang diambil sebelum ini kerana pengambilan ubat yang tidak konsisten.  Bolehkah doktor cadangkan ubat yang sesuai untuk suami saya?

Jawapan:

Suami puan boleh mula dengan apa jenis ubat sekali pun dan melaraskan dos bergantung kepada tindak balas tubuh badan. Jika tidak konsisten makan ubat, adalah lebih baik jangan makan terus kerana tidak akan mengurangi risiko strok.

[Untuk rawatan hipertensi arteri dengan ubat-ubatan untuk menghasilkan hasil, beberapa cadangan harus diikuti:

Ia perlu untuk memulakan terapi dengan kaedah bukan dadah. Untuk melakukan ini, anda perlu mengurangkan berat badan, berhenti merokok dan minum alkohol, mengurangkan jumlah garam dan lemak haiwan dalam diet. Anda juga harus secara sistematik terlibat dalam sukan.

Pada mulanya, akan disyorkan untuk mengambil sedikit dos ubat, yang mempunyai sedikit kesan sampingan.

Jika dos yang dipilih biasanya diterima, ia secara beransur-ansur meningkat sehingga hasil yang diinginkan diperoleh.

Selalunya adalah perlu untuk menggabungkan beberapa ubat antihipertensi. Hari ini, skim rawatan dicipta yang merangkumi pelbagai jenis ubat.

Jika ubat kedua tidak membuahkan hasil atau mempunyai kesan buruk ke atas badan, ia digantikan dengan bahan daripada kategori lain. Dalam kes ini, ubat pertama tetap sama.

Keutamaan harus diberi kepada yang mempunyai kesan hipertensi yang tahan lama. Ia lebih mudah untuk manusia dan menghapuskan penurunan tekanan.]

https://smahealthinfo.com/antigipertenzivnoe-dejstvie-jeto.html

 

Skoliosis

Soalan 2:

Doktor, keputusan daripada ujian sinar x telah mengesan tulang belakang anak saya bengkok sedikit.  Ada kah ia berisiko atau meninggalkan kesan sehingga dewasa?

Jawapan:

Kemungkinan besar ialah ‘Skoliosis’ iaitu tulang belakang seseorang itu akan bengkok ke kiri atau ke kanan.  Perlu dipastikan sama ada fisiologi atau kecacatan asal.

[Tulang belakang bukan sahaja akan bengkok ke tepi malah ia akan berputar pada paksi vertikalnya. Perubahan 3 dimensi ini akan membawa kesan kosmetik yang negatif serta kemungkinan komplikasi pada kesihatan seseorang itu. Perubahan kosmetik ini pada amnya tidak akan menjejaskan fungsi kecuali jika bengkok itu sangat ketara sehingga jantung dan paru-paru tertekan oleh tulang rusuk. Ini akan menyebabkan kemerosotan fungsi kardiovaskular.

Skoliosis diklasifikasi kepada dua :

  • Kongenital, iaitu kecacatan pada tulang vertebra yang wujud semasa lahir, dan
  • Idiopatik, yang bermaksud, sebab yang tidak diketahui. Skoliosis juga boleh berlaku sebagai komplikasi kepada kondisi sistem saraf.]

http://www.myhealth.gov.my/skoliosis-4/

 

Rasa pahit di mulut

Soalan 3:

Doktor, kenapakah mulut saya berasa pahit atau loya tiba-tiba? Apakah faktor yang menyebabkannya? Adakah kerana saya telah berpuasa dua hari sebelum kejadian?

Jawapan:

Mungkin sebab jarak makan terlalu lama, cuba makan dengan lebih kerap.  Susah untuk dipastikan punca rasa pahit tersebut jika hanya berpuasa 2 hari.

[Orang sering berfikir bahawa mulut pahit adalah gejala penyakit hati. Malah, mulut pahit bukan gejala penyakit tertentu, iaitu gejala bukan khusus yang berkaitan dengan keadaan tertentu, serta beberapa penyakit. Sebagai peraturan, hampir tidak pernah berlaku sebagai gejala pertama, selalu dikaitkan dengan manifestasi lain, bergantung kepada gangguan atau patologi.  Punca yang menyebabkan kekeringan dan kepahitan di dalam mulut mungkin patologi dan tidak patologi:

  • Masalah pundi hempedu
  • Masalah hati
  • Kesalahan Pemakanan
  • Kanser perut
  • Jangkitan lisan
  • Masalah gastrik
  • Penyakit metabolik
  • Kebersihan mulut]

https://www.midstatehealthassociates.com/gorech-vo-rtu-i-zapory.htm

 

Kekerapan bayi buang air besar

Soalan 4:

Doktor, berapa kali bayi berumur 37 hari buang air besar dalam sehari?

Jawapan:

Boleh sampai sehingga 5 atau 6 kali jika menyusu badan.

[Secara am, bayi yang baru lahir akan membuang najis dengan banyak dan agak kerap. Dalam beberapa hari yang pertama, bayi akan membuang najis yang berwarna hijau tua atau hitam (mekonium).

Setelah bayi telah mula menyusu dengan kerap,ciri-ciri najis juga bergantung kepada penyusuan bayi tersebut. Bayi yang diberikan penyusuan ibu secara eksklusif selalunya akan membuang najis dalam 5 hingga 6 kali sehari. Selain daripada itu, najis bayi yang diberikan susu ibu lebih cair berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula.]

http://www.myhealth.gov.my/najis-tidak-normal/

 

Gusi berdarah

Soalan 5:

Apakah sebab gusi kerap berdarah?  Setiap kali menggosok gigi di waktu pagi, gusi saya akan berdarah.

Jawapan:

Sila berjumpa doktor gigi, kemungkinan ada karang gigi.

[Pendarahan gusi adalah salah satu tanda penting keradangan gusi. Punca paling kerap pendarahan gusi ialah kebersihan mulut yang tidak memuaskan, yang mana berkaitan rapat dengan penyakit berkala.]

http://www.myhealth.gov.my/gusi-berdarah/

 

Telinga berdengung

Soalan 6:

Doktor, adakah rawatan atau suplemen untuk menghilangkan bunyi berdengung di dalam telinga?

Jawapan:

Kena pastikan terlebih dahulu punca bunyi berdengung dalam telinga dan rawatan bergantung pada punca-punca tersebut.

[Telinga berdengung berdesing atau berdenging adalah istilah dalam Bahasa Melayu yang membawa makna yang sama dalam istilah perubatan iaitu ‘tinnitus’. Terdapat beberapa kemungkinan mengapa berlaku gejala tersebut. Antaranya ialah kesan ubat-ubatan seperti ubat antibiotik atau ubat tahan sakit, kesan hentakan pada kepala ataupun penyakit warisan.]

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/gejala-telinga-berdengung

 

Persoalan mengenai pelbagai masalah kesihatan

Soalan 7:

Adakah mandi malam boleh menjejaskan kesihatan?

Jawapan:

Mandi malam tidak ada kena mengena dengan masalah kesihatan.

 

Soalan 8:

Doktor, mohon penjelasan mengenai bengkak di leher seperti gambar tersebut?

Jawapan:

Mungkin jerawat atau jangkitan pada pangkal bulu roma.

 

Soalan 9:

Mata anak saya tercucuk benda tumpul, dia mengalami kepedihan dan seperti ada goresan  di matanya malah rasa sakit apabila dia cuba membuka matanya. Mohon pencerahan, Doktor.

Jawapan:

Perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut dan untuk memastikan tiada goresan di kornea mata kerana boleh menyebabkan parut dan kornea menjadi tidak lut sinar.

 

Soalan 10:

Doktor, mohon pencerahan jika saya rasa nafas terhenti semasa tidur atau rasa macam tidak selesa di bahagian dada tetapi saya tidak berdengkur.

Jawapan:

Jika berlaku pada waktu tidur ini dinamakan ‘sleep apnoea’, lebih baik berjumpa dengan doktor untuk dapatkan kepastian.

[“Sleep apnea” ialah keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur. Setiap episod pernafasan akan terhenti selama 10 saat atau lebih. Ia boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana atau teruk berdasarkan kepada jumlah apnea dan kadar pernafasan yang rendah (hypopnea) dalam setiap jam. Jumlah episod “apnea” boleh berlaku di antara 5 hingga 50.

Ada tiga jenis “sleep apnoea” :

  • “Obstructive sleep apnea”
  • “Central sleep apnea”
  • “Mixed sleep apnea”]

http://www.myhealth.gov.my/obstructive-sleep-apnoea/

 

Soalan 11:

Doktor, adakah alat untuk menyedut kahak dan hingus yang banyak pada bayi sehingga menyebabkan bayi sukar bernafas?

Jawapan:

Jika hingus boleh sedut menggunakan mulut sahaja, alat penyedut hingus juga ada dijual di farmasi.

Komen dan Soalan