Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.3.11 Ibadah Haji/Umrah masih diteruskan setelah serangan Ya’juj dan Ma’juj (يبقى الحج...

10.3.11 Ibadah Haji/Umrah masih diteruskan setelah serangan Ya’juj dan Ma’juj (يبقى الحج بعد يأجوج ومأجوج)

101
0
Iklan

☄☄☄☄

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.11 Ibadah Haji/Umrah masih diteruskan setelah serangan Ya’juj dan Ma’juj (يبقى الحج بعد يأجوج ومأجوج)

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<<ليحجن البيت وليعتمرن بعد خروج يأجوج ومأجوج> ( رواه البخاري)

Sungguh pasti akan ada yang berhaji dan ‘umrah ke Baitullah (Kaabah) setelah keluarnya Ya’juj dan Ma’juj”.

(HR Bukhari No. 1528 daripada Abu Said Al Khudri رضي الله عنه).

Dalam matan yang sama, daripada Syu’bah:

عَنْ شُعْبَةَ قَالَ : لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لاَ يُحَجَّ البَيْتُ

Syu’bah berkata: “Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga tidak ada yang berhaji ke Baitullah (Ka’bah).”

Nah, ada dua isu. (Juga lihat nota Tanda Kecil Kiamat, TKK, No 123) juga Buku TKK 131)

Kiamat tidak akan terjadi sehingga orang tidak lagi mengerjakan haji. Misalnya tahun 2020, tahun ini, Haji tidak dibenarkan kecuali warga Saudi dan warga asing yang berada di Saudi dalam jumlah 10,000. Ini disebabkan oleh wabak Covid-19. Yang dimaksudkan dalam hadith tersebut adalah tanpa sebab. Manakala selepas musnahnya kaum Ya’juj Ma’juj, masih ada orang Islam yang menunaikan haji. Selepas tiada lagi orang menunaikan haji, maka barulah kiamat akan berlaku.

Komen dan Soalan