Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 229: Kerana Bersedih membuat Musuh Anda Bergembira (لا تحزنْ ،...

La Tahzan 229: Kerana Bersedih membuat Musuh Anda Bergembira (لا تحزنْ ، فيُسرَّ عدوُّك)

113
0
Iklan

🍂🍂🍂🍂

La Tahzan 229-1: Kerana Bersedih membuat Musuh Anda Bergembira (لا تحزنْ ، فيُسرَّ عدوُّك)

إنَّ حزنك يُفْرحُ خصمك ، ولذلك كان منْ أصولِ الملَّةِ إرغامُ أعدائِها

Kesedihan hanya akan membuat musuh bergembira. Salah satu usul agama kita ialah berusaha untuk mengalahkan musuh. Firman Allah ‎ﷻ:

تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ

(yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya

[Al Anfaal: 60]

🍂🍂🍂🍂

La Tahzan 229-2: Kerana Bersedih membuat Musuh Anda bergembira (لا تحزنْ ، فيُسرَّ عدوُّك)

Jangan tunjuk sedih dan lemah di hadapan musuh

وقولُه – صلى الله عليه وسلم – لأبي دُجانة ، وهو يخطرُ في الصفوفِ متبختراً في أُحًد : ((إنها لمشيةٌ يبغضُها اللهُ إلا في هذا الموطنِ )) . وأمر أصحابهُ بالرَّمل حَوْلَ البيتِ ، ليُظهروا قوتهم للمشركين

Nabi ﷺ bersabda kepada Abu Dujanah yang berjalan dengan sombong ketika merayakan kemenangan di Perang Uhud:

إنها لمشية يبغضها الله إلا في مثل هذا الموطن

Cara jalan seperti ini dibenci oleh Allah. Kecuali di tempat seperti ini (medan perang).”

Takhrij:

وأخرجه ابن اسحاق في السّيرة: حدثني جعفر بن عبد الله بن أسلم مولى عمر بن الخطاب عن رجل من الانصار من بني سلمة قال قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حين رأى أبا دجانة يتبختر: (انها لمشية يبغضها الله الا في هذا الموطن) (أخرجه البيهقي في الدلائل ( 3 / 233 ) و الخطيب في المتفق والمفترق ( 707 ))

HR Ibn Ishak dalam seerahnya (3/305), juga Al Baihaqi dalam Dalail Nubuwwah dan Al Khatib dalam Al Muttafaq, daripada Jaafar bin Abdullah bin Aslam, budak Umar Al Khattab رضي الله عنه daripada lelaki Bani Ansar daripada Bani Salamah bahawa Nabi ﷺ bersabda:

Tahqiq:

Dhaif kerana dua perawi, Jaafar bin Abdullah dan Muawiyah bin Ma’bad.

Dr Husin Ahmad Al Bakiri, marwiyat Ghazwah Uhud, penerbitan Universiti Madinah, menilainya dhaif. (مرويات غزوة أحد، حسين أحمد الباكري)

Namun begitu, fiqhnya diamalkan. Terdapat dalam semua kitab sirah, Raheeq Makhtum, Al Bidayahah Wal Nihayah dan Siyar A’lam An Nubala oleh Az Zahabi.

🍂🍂🍂🍂

La Tahzan 229-3: Kerana Bersedih membuat Musuh Anda bergembira (لا تحزنْ ، فيُسرَّ عدوُّك)

Jangan tunjuk sedih dan lemah di hadapan musuh

وأمر أصحابهُ بالرَّمل حَوْلَ البيتِ ، ليُظهروا قوتهم للمشركين

Nabi ﷺ pernah memerintahkan para sahabat baginda untuk berjalan secara “raml” ketika tawaf di Baitullah untuk menzahirkan kekuatan kepada orang-orang musyrikin Mekah.

👁‍🗨 Nas hadith:
Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه berkata,

قَدِمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابُهُ مَكَّةَ، وَقَدْ وَهَنَتْهُمْ حُمَّى يَثْرِبَ، قَالَ الْمُشْرِكُونَ: إِنَّهُ يَقْدَمُ عَلَيْكُمْ غَدًا قَوْمٌ قَدْ وَهَنَتْهُمُ الْحُمَّى، وَلَقُوا مِنْهَا شِدَّةً، فَجَلَسُوا مِمَّا يَلِي الْحِجْرَ، وَأَمَرَهُمُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَرْمُلُوا ثَلَاثَةَ أَشْوَاطٍ، وَيَمْشُوا مَا بَيْنَ الرُّكْنَيْنِ، لِيَرَى الْمُشْرِكُونَ جَلَدَهُمْ، فَقَالَ الْمُشْرِكُونَ: هَؤُلَاءِ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّ الْحُمَّى قَدْ وَهَنَتْهُمْ، هَؤُلَاءِ أَجْلَدُ مِنْ كَذَا وَكَذَا

Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya datang ke Mekah dalam keadaan lemah oleh penyakit demam (khuma) Madinah. Lalu orang-orang musyrik Mekah berkata kepada sesama mereka, “Esok, akan datang ke sini suatu kaum yang lemah kerana mereka diserang penyakit demam yang memayahkan.” Kerana itu, mereka duduk di dekat Hijr memperhatikan kaum muslimin tawaf.

Nabi ﷺ memerintahkan mereka supaya berlari-lari kecil (raml) tiga kali putaran dan berjalan biasa empat kali putaran antara dua sujud (sudut kaabah) agar kaum musyrikin melihat ketangkasan mereka. Maka berkatalah kaum musyrikin kepada sesama mereka, “Inikah orang-orang yang kamu katakan lemah kerana sakit panas, ternyata mereka lebih kuat daripada golongan ini dan itu.”

(HR. Muslim No. 1266)

🗯 Syarah:
Ini berlaku pada tahun ke 7 hijrah, semasa Nabi ﷺ mengerjakan umrah, maka orang Quraish Mekah mahu melihat orang Madinah yang mereka anggap dalam keadaan sakit dan lemah kerana keadaan cuaca di Madinah yang tidak baik berbanding Mekah. Maka Nabi ﷺ apabila mengetahui hal itu menyuruh para sahabat tawaf dalam bentuk “raml” yakni berjalan dengan penuh semangat dan bertenaga atau “brisk walking” pada 3 pusingan awal.
Kesunnahan raml itu masih dikekalkan hingga sekarang sebagai sunnah Tawaf.

🍂🍂🍂🍂

La Tahzan 229-4: Kerana Bersedih membuat Musuh Anda bergembira (لا تحزنْ ، فيُسرَّ عدوُّك)

Kenali musuh anda

إنَّ أعداء الحقِّ وخصوم الفضيلةِ سوف يتقطَّعون حسرةً إذا علمُوا بسعاتِنا وفرحِنا

Hati orang yang menolak kebenaran dan nilai-nilai murni akan merana jika mereka tahu jika anda mendapat kebahagian, kegembiraan dan kesenangan. (Itulah Hasad). Firman Allah ‎ﷻ:

إِنْ تُصِبْكَ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ ۖ

Jika kamu mendapat suatu kebaikan, mereka menjadi tidak senang kerananya;

[At-Tawbah: 50]

وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ

Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu.

[Ali Imran: 118]

🎵 Sebuah syairArab:

رُبَّ منْ أنضجتُ يوماً قلْبهُ قد تمنَّى لي شراً لم يُطعْ

Berapa banyak orang yang hatinya terbakar dek kedengkian terhadapku; mengharapkan keburukan menimpa daku, tapi semuanya tidak menjadi kenyataan…

🍂🍂🍂🍂

La Tahzan 229-5: Kerana Bersedih membuat Musuh Anda bergembira (لا تحزنْ ، فيُسرَّ عدوُّك)

Doa daripada musuh yang dengki

Daripada Ibn Mas’ud رضي الله عنه, Nabi ﷺ pernah berdoa:

وفي الحديثِ : (( اللهمّ لا تُشمِتْ بي عدُواً ولا حاسِداً

Dan janganlah Engkau jadikan musuh-musuh dan orang-orang yang hasad kepada kami gembira kerana kedukaan kami.

Takhrij/tahqiq: Sahih

الحاكم، 1/525 وصححه ووافقه الذهبي، وابن حبان، 3/ 214، والدعوات الكبير للبيهقي، ص 165، وحسنه الألباني في صحيح الجامع، 2/398، وفي سلسلة الأحاديث الصحيحة، 4/54، برقم 1540

Al Hakim, Mustadrak, 1/525, disahihkan olehnya, disepakati Az Zahabi, Ibn Hibban, sahih Ibn Hibban, 3/214, Al Baihaqi, Da’awaat Al Kabir, dihasankan Al Albani, Sahih Al Jami dan Silsilah Al Sahihah 1540.

Dalam sebuah hadith lain, daripada Abu Hurairah رضي الله عنه

وفيه : ونعوذُ بك منْ شماتِةِ الأعداءِ 

Kami berlindung kepada-Mu, daripada ejekan musuh-musuh yang senang dengan kesusahan kami.”

Takhrij/tahqiq: Sahih Al Bukhari 6347; Muslim 2707

البخاري، برقم 6347، ومسلم، برقم 2707

Komen dan Soalan