🐳🐳🐳🐳
La Tahzan 226-1: Perhatikan keajaiban Ciptaan Allah ﷻ di Alam semesta (واقرأْ عجائب خلقِ اللهِ في الكونِ)
وطالِعْ غرائب صُنعِهِ في المعمورةِ ، تجدِ العَجَبَ العُجابَ ، وتقضي على همومِك وغمومِك ، فإنَّ النَّفْس مُولعةٌ بالطَّريفِ الغريبِ
Perhatikanlah keajaiban ciptaan Allah ﷻ di jagat raya nescaya ia dapat melenyapkan segala kesusahan dan kesedihan kamu. Ini kerana jiwa manusia mudah teruja dengan sesuatu yang mencarik adat (aneh dan asing).
Kisah ajaib para sahabat menemui ikan paus terdampar di pantai laut merah. Para sahabat yang kehabisan bekalan makanan, tiba-tiba mereka menemui ikan paus yang mati di pantai.
رَوَى البخاريُّ ومسلمٌ ، عنْ جابرِ بن عبدِاللهِ رضي اللهُ عنه ، قال : بَعَثَنا رسولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – ، وأمَّر علينا أبا عبيدة ، نتلقَّى عِيراً لقريشٍ ، وزوَّدنا جِراباً منْ تمرٍ لمْ يجِدْ لنا غَيْرَه ، فكان أبو عبيدة يُطينا تمرةً تمرةً .
قال – الراوي عنْ جابرٍ – : فقلتُ : كيف كنتُمْ تصنعون بها ؟ قال : نمصُّها كما يمُصُّ الصَّبيُّ ، ثمَّ نشربُ عليها من الماءِ ، فتكفينا يومنا إلى الليلِ ، وكنَّا نضربُ بِعصيِّنا الخَبَطَ – أي ورق الشجرِ – ثم نبُلُّه فنأكُلَهُ .
قال : وانطلْقْنا على ساحلِ البحرِ فإذا شيءٌ كهيئةِ الكثيبِ الضخمِ – أي كصورةِ التَّلَّ الكبيرِ المستطيلِ المُحْدَوْدبِ من الرملِ – فأتيناهُ ، فإذا هي دابَّةٌ تُدعى العَنْبَرَ . قال : قالَ أبو عبيدة : ميْتةٌ . ثم قال : لا بلْ نحنُ رُسُلُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ، وفي سبيلِ اللهِ ، وقدْ اضطُررْتُم فكُلُوا . قال : فأقمْنا عليه شهراً ونحنُ ثلاثمائة حتى سمِنَّا . قال : ولقدْ رأيتُنا نغترفُ منْ وَقْبِ عينِه – أي منْ داخلِ عينِه – ونفرقُها بالقلالِ – أي بالجرارِ الكبيرةِ – الدُّهْنَ ، ونقتطعُ منه الفِدر – أيْ القِطع – كالثورِ أو قدْرِ الثورِ . فلقدْ أخذ منا أبو عبيدة ثلاثة عشرَ رجلاً ، فأقعدهم في وقبِ عينِهِ ، وأخذ ضلعاً منْ أضلاعِهِ فأقامها ، ثمَّ رحَّل أعظم بعيرٍ ، ونظر إلى أطولِ رجُلٍ فحملهُ عليهِ ، فمرَّ منْ تحتِها .
وتزوَّدْنا منْ لحْمِه وشائِق ، فلمَّا قدمْنا المدينة ، أتينا رسول اللهِ – صلى الله عليه وسلم – ، فذكرنا له ذلك ، فقال : (( هو رزقٌ أخرجه اللهُ لكمْ ، فهل معكمْ منْ لحمِهِ شيءٌ فتُطعمونا ؟ )) ، قال : فأرسلْنا إلى رسولِ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – ، فأكل منه
Daripada Jabir رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah mengutus kami, baginda mengangkat Abu Ubaidah bin Al Jarrah رضي الله عنه menjadi pemimpin kami, meminta bantuan unta (untuk berperang) kepada kaum Quraisy. Kami hanya berbekal beberapa bungkus kurma, maka Abu Ubaidah رضي الله عنه memberikan kurma secara satu-persatu kepada kami, kami pun menghisapnya, persis seorang anak kecil, lalu kami minum air. Ternyata makanan itu cukup hingga malam hari. Kemudian kami menghancurkan kurma (yang tersisa) dengan tongkat yang kami bawa, selanjutnya kami mencampurinya dengan air kemudian kami makan bersama. Setelah cukup beristirehat, kami melanjutkan perjalanan melalui jalur pantai, lalu dari kejauhan terlihat seperti bukit pasir yang besar. Kami lalu mendekatinya, ternyata benda itu adalah seekor binatang laut yang terdampar, yang biasanya disebut Al Anbar (jenis ikan besar). Abu Ubaidah رضي الله عنه berkata, “Binatang ini sudah mati, tentu tidak boleh kita makan!” Sahabat yang lain berkata, “Tidak, itu halal (boleh dimakan) kerana kita adalah utusan daripada utusan Allah ﷻ (maksudnya utusan Rasulullah ﷺ) dan dalam perjalanan untuk berjuang di jalan Allah ﷻ, apatah lagi kita dalam keadaan darurat kerana kehabisan makanan. Jadi, makanlah.” Kami pun memakannya sebulan lamanya. Kami saat itu berjumlah kurang lebih tiga ratus orang perajurit, hingga badan kami menjadi gemuk. Ketika kami menghadap Rasulullah ﷺ, kami menceritakan hal itu kepada baginda. Baginda kemudian bersabda, “Itu adalah rezeki yang telah disediakan Allah ﷻ untuk kalian semua. Apakah kalian masih menyisakannya untukku?” Kami lalu memberikannya kepada Rasulullah ﷺ dan baginda pun terus memakannya.
(Sahih Sunan Abu Daud, 3840 juga dalam sahih Bukhari dan Muslim)
✍ Syarah:
Ia berlaku pada tahun 9 hijrah, Nabi ﷺ mengutus satu pelatun daripada 300 orang mujahidin untuk mengintip laluan Quraish pada laluan jalan pantai Laut Merah (Yanbu-Jeddah-Mekah). Ini berlaku setahun sebelum perjanjian Hudaibiyah. Mereka kehabisan makanan tetapi ditakdirkan mereka menemui bangkai ikan paus yang baru mati, maka mereka memakannya dan mmbawa balik sebahagian kepada Nabi ﷺ dan baginda pun memakannya.
Apakah keajaibannya?
💫 Pertolongan Allah ﷻ kepada mujahidin-Nya ketika mereka di ambang kebuluran, maka Allah ﷻ menghantar ikan paus.
💫 Hukum bangkai ikan boleh dimakan.
💫 Keajaiban daging ikan paus tidak mereput dan membusuk, walaupun sebulan tanpa disejukbekukan.
💫 Hukum halalnya memakan ikan paus.
☄☄☄☄
La Tahzan 226-2: Perhatikan keajaiban Ciptaan Allah di Alam semesta (واقرأْ عجائب خلقِ اللهِ في الكونِ)
Keajaiban Kosmologi (sains kajian permulaan alam dan pembinaan jagat raya)
ذكر الدكتورُ زغلولُ النجّارُ الدارسُ للآياتِ الكونيةِ – في إحدى محاضراتِه – أنَّ هناك نجوماً انطلقتْ منْ آلافِ السنواتِ ، وهي في سرعةِ الضوءِ ، ولم تصلْ حتى الآن إلى الأرضِ ، وما بقي إلا مواقعُها * فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ *
Menurut Prof. Dr Zaghlul an Najjar (86 tahun, Egypt, phD Wales dalam bidang geologi) yang banyak melakukan penyelidikan tentang ayat-ayat kauniah (kosmologi) dalam Al-Qur’an menyatakan dalam syarahannya, nun jauh di angkasa lepas terdapat komet-komet yang bergerak ribuan tahun pada kelajuan cahaya (“speed of light”), namun sampai sekarang belum sampai ke orbit bumi. Yang tersisa cuma orbitnya sahaja. Firman Allah ﷻ:
فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ
Aku bersumpah dengan waktu jatuhnya bintang bintang.
[Al Waqi’ah: 75]
🏜🏜🏜🏜
La Tahzan 226-3: Perhatikan keajaiban Ciptaan Allah di Alam semesta (واقرأْ عجائب خلقِ اللهِ في الكونِ)
Keajaiban haiwan padang pasir
Firman Allah ﷻ:
قَالَ رَبُّنَا الَّذِي أَعْطَىٰ كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَىٰ
Dia yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk
[Thahaa: 50]
النملةُ تدَّخِرُ قُوتها من الصيفِ للشتاءِ ؛ لأنَّها لا تخرجُ في الشتاءِ ، فإذا خشيتْ أنْ تنبت الحبَّةُ ، كسرتْها نصفين ، والحيَّةُ في الصحراءِ إذا لم تجدْ طعاماً ، نصبت نفسها كالعودِ ، فيقعُ عليها الطائرُ فتأكلهُ
Antara keajaiban semut, semut akan menyimpan makanan di musim panas untuk menghadapi musim sejuk, jika semut risau dengan biji yang disimpannya akan tumbuh, maka mereka membelahnya menjadi dua.
Manakala ular padang pasir (salah satu cara mendapatkan makanan), ia menegakkan badannya seperti dahan kayu supaya burung hinggap dan lantas dapat memakannya.
💥💥💥💥
La Tahzan 226-3: Perhatikan keajaiban Ciptaan Allah di Alam semesta (واقرأْ عجائب خلقِ اللهِ في الكونِ)
Teori Big Bang
وقد ذكر علماءُ الفلكِ أنَّ الكون لا يزالُ يتَّسعُ شيئاً فشيئاً كما تتَّسع البالونةُ : *وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ * . وذكروا أنَّ الأرض اليابسة تنقصُ ، وأنَّ المحيطات تتَّسعُ ، * أَوَلَمْ يَرَوْاْ أَنَّا نَأْتِي الأَرْضَ نَنقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا *
Para ahli astronomi* berpendapat alam semesta terus mengembang sedikit demi sedikit seperti belon. Firman Allah ﷻ:
وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.
[Ad Dzariyat: 47]
Satu lagi fenomena alam ialah wilayah daratan semakin berkurangan..**paras laut beransur naik. Firman Allah ﷻ:
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ۚ
Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah (orang-orang kafir), lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya?
[Ar Ra’du: 41]
- Teori alam sentiasa berkembang ini adalah daripada pakar astronomi USA, Edwin Hubble. m 1953, dengan teori “Big Bang” (Ledakan Mega). Hubble Law menetapkan alam semesta ini dinamik, sejak ia meledak ribu jutaan tahun dahulu, ia terus berkembang dan meluas.
** Daratan semakin hilang disebabkan oleh peningkatan paras laut, pencairan salji di kutub utara dan selatan.