Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 219: Bagaimana Gaya Hidup Kaum Salaf (كيف كانُوا يعيشُ)

La Tahzan 219: Bagaimana Gaya Hidup Kaum Salaf (كيف كانُوا يعيشُ)

189
0
Iklan

🏠🏠🏠🏠

La Tahzan 219-1: Bagaimana gaya hidup Kaum salaf (كيف كانُوا يعيشُ)

تعال إلى يومٍ منْ أيام أحدِ الصحابةِ الأخبارِ ، وعظمائِهم الأبرارِ ، عليِّ بن أبي طالبٍ مع ابنهِ رسولِ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – ، مع فلذةِ كبدِهِ ، بصحُو عليٌّ في الصباحِ الباكرِ ، فيبحثُ هو وفاطمةُ عن شيءٍ منْ طعامٍ فلا يجدانِ ، فيرتدي فرواً على جسمِهِ منْ شدَّةِ البردِ ويخرجُ ، ويتلمَّسُ ويذهبُ في أطرافِ المدينةِ ، ويتذكرُ يهوديّاً عنده مزرعةٌ ، فيقتحمُ عليٌّ عليه باب المزرعةِ الضَّيِّقِ الصغيرِ ويدخلُ ، ويقولُ اليهوديُّ : يا أعرابيُّ ، تعالى وأخرِج كلَّ غَرْبٍ بتمرةٍ . والغربُ هو الدلوُ الكبيرُ ، وإخراجُه ، أيْ : إظهارُه من البئرِ مُعاوَنَةً مع الجملِ . فيشتغلُ عليٌّ – رضي اللهُ عنهُ – معهُ برهةً من الزمنِ ، حتى ترِم يداه ويكلُّ جسمُه ، فيُعطيهِ بعددِ الغروبِ تمراتٍ ، ويذهبُ بها ويمرُّ برسولِ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – ويُعطيه منها ، ويبقى هو وفاطمةُ يأكلان مِنْ هذا التمرِ القليلِ طيلة النهار

Ayuh kita mengembara satu hari bersama sahabat terpilih dan agung, Ali bin abi Thalib رضي الله عنه bersama isterinya yang juga buah hati Rasulullah ﷺ, Fatimah رضي الله عنها.

Pada suatu pagi, di musim dingin yang amat sejuk, Ali رضي الله عنه mendapati tiada apa-apa untuk dimakan (breakfast), lantas beliau memakai baju bulunya dan menuju ke ladang kurma milik Yahudi. Melihat kedatangan Ali رضي الله عنه, si Yahudi segera menyapa, “Wahai orang Badwi (gelaran menghina Ali رضي الله عنه), marilah keluarkan air dari perigi aku ini, setiap timba aku upah 1 tamar. Ali رضي الله عنه tanpa berfikir panjang melaksanakan kerja mencedok air dari perigi sehingga tangannya melecet dan badannya terasa letih (dan lapar). Kemudian beliau mengambil upahnya (berupa buah kurma) dan segera beredar pulang.

Di pertengahan jalan, beliau terserempak dengan Rasulullah ﷺ dan beliau memberikan sebahagian kurma tersebut kepada baginda. Beliau membawa pulang baki tamar itu dan memakannya bersama Fatimah رضي الله عنها.

Tahqiq: disahihkan oleh Syeikh Ali Nayef Al Syuhud, Mausu’ah Fiqh al Ibtila’, 4/264

هذهِ هي حياتهم ، لكنَّهم يشعرون أنَّ بيتهُمْ قد امتلأ سعادةً وحبوراً ونوراً وسروراً

Inilah kehidupan para salaf, (walaupun serba kekurangan) rumah-rumah mereka dipenuhi dengan suasana kebahagiaan, ketenangan, cahaya dan keriangan.

🏠🏠🏠🏠

La Tahzan 219-2: Bagaimana gaya hidup Kaum salaf (كيف كانُوا يعيشُ)

السعادةُ عند بلالِ وسلمان وعمّارٍ ، لأنَّ بلالاً أذَّن للحقِّ ، وسلمان آخى على الصِّدقِ ، وعمّاراً وفّى الميثاق

Kebahagiaan di sisi Bilal, Salman dan ‘Ammar رضي الله عنهم. Bilal رضي الله عنه bahagia dengan melaungkan azan yang benar, Salman رضي الله عنه bahagia bersaudara dengan kejujuran, manakala ‘Ammar رضي الله عنه bahagia dengan memenuhi setiap janji. Firman Allah ‎ﷻ:

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ نَتَقَبَّلُ عَنْهُمْ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَنَتَجَاوَزُ عَنْ سَيِّئَاتِهِمْ فِي أَصْحَابِ الْجَنَّةِ ۖ وَعْدَ الصِّدْقِ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ

Mereka itulah orang-orang yang Kami terima daripada mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni syurga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.

[Al-Ahqaf: 16]


*⃣ Bilal bin Rabah رضي الله عنه merupakan hamba milik Ummayah bin khalaf, adalah muazin Rasulullah ﷺ, paling teruk diseksa.

*⃣ Salman al Farisi رضي الله عنه berasal dari Farsi, mengembara ke Syria, hingga ke Madinah untuk mencari kebenaran dan akhirnya bertemu Rasulullah ﷺ.

*⃣ Ammar bin Yasir رضي الله عنه merupakan putera Yassir dan Sumayyah, syuhada pertama Islam, dan beliau memenuhi semua amanah dan janji dan mati syahid semasa Peperangan Siffin dalam pasukan Ali bin Thalib رضي الله عنه.

🏠🏠🏠🏠

La Tahzan 219-3: Bagaimana gaya hidup Kaum salaf (كيف كانُوا يعيشُ)

Para sahabat mendapat kebahagiaan sebenar dengan nilai-nilai tinggi daripada ajaran Nabi ﷺ, manakala kaum yang kufur adalah sebaliknya:

أين سعادةُ قارون ، وسرورُ وفرحُ وسكينةُ هامان ؟! فالأولُ مدفونٌ ، والثاني ملعون

Di manakah kebahagiaan Qarun, di manakah kesenangan dan kegembiraan Hamaan. Qarun dikuburkan hidup-hidup, manakala Hamaan terkutuk. Firman Allah ‎ﷻ:

كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ

Seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.

[Al Hadid: 20]


*⃣ Qarun adalah simbol kaum jutawan, dia adalah Qarun ben Yashura, sepupu Musa عليه السلام, menurut Ibn Katsir رحمه الله

*⃣ Hamaan adalah simbol ahli politik, dia adalah Perdana Menteri yang melakukan kerja-kerja pentadbiran kerajaan Fir’aun di zaman Nabi Musa عليه السلام

Komen dan Soalan