Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 218: Allah ‎ﷻ membela orang orang beriman ( إِنَّ اللَّهَ...

La Tahzan 218: Allah ‎ﷻ membela orang orang beriman ( إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا)

230
0
Iklan

🐚🐚🐚🐚

La Tahzan 218-1: Allah ‎ﷻ membela orang orang beriman ( إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا)

Firman Allah ‎ﷻ:

۞ إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman

[Al-Hajj: 38]

إي : يدفعُ عنهمُ شرور الدنيا والآخرة .
« هذا إخبارٌ ووعدٌ وبشارةٌ من اللهِ للذين آمنوا ، أنه يدفعُ عنهمْ كلَّ مكروهٍ ، ويدفعُ عنهم – بسببِ إيمانِهم – كلَّ شرٍّ منْ شرورِ الكفارِ ، وشرورِ وسوسةِ الشيطانِ ، وشرورِ أنفسِهم ، وسيئاتِ أعمالِهم ، ويحملُ عنهمْ عند نزولِ المكارهِ ما لا يتحملونه ، فيُخفِّف عنهمْ غاية التخفيفِ ، كلُّ مؤمنٍ له منْ هذه المدافعةِ والفضيلةِ بحسب إيمانِه ، فمُستقلٌّ ومُستكثِرٌ »

Membela maksudnya membela orang beriman daripada kejahatan dunia dan akhirat. Ini adalah suatu berita gembira kepada orang orang beriman, bahawa Allah ‎ﷻ akan membela mereka daripada orang kafir, syaitan dan kejahatan nafsunya sendiri. Orang mukmin memang berhak mendapat pembelaan sesuai dengan imannya, ada yang mendapat pembelaan yang banyak dan ada yang sedikit.

🐚🐚🐚🐚

La Tahzan 218-2: Allah ‎ﷻ membela orang orang beriman ( إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا)

Firman Allah ‎ﷻ:

وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ

Dan barang siapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.

[At-Taghaabun: 11]

منْ ثمراتِ الإيمانِ أنه يُسلِّى العبدُ به عند المصائبِ ، وتُهوَّن عليه الشدائدُ والنَّوائبُ

Antara buah keimanan ialah Allah ‎ﷻ menghiburkan hamba-Nya ketika ditimpa musibah lalu meringankan kesulitan yang dia hadapi itu lantas merasa ringan.

وهو العبدُ الذي تصيبُه المصيبةُ ، فيعلمُ أنها منْ عندِ اللهِ ، وأنَّ ما أصابه لم يكُنْ ليُخطئه ، وما أخطأهُ لم يكُنْ ليُصيبه ، فيرضى ويُسَلِّمُ للأقدارِ المؤلمِة

Apabila si hamba ditimpa musibah, dia menyedari musibah itu asalnya daripada Allah ‎ﷻ, apa jua yang menimpa dan tidak menimpanya semuanya menurut takdir Allah ‎ﷻ, sehingga dia redha dan pasrah kepada takdir walaupun ia menyakitkan.

 

Komen dan Soalan