🔑🔑🔑🔑
La Tahzan 217: Kunci Kebahagiaan (مفتاحُ السعادةِ)
إذا عرفت الله وسبَّحْته وعبدْتَهُ وتألَّهْتهُ وأنت في كوخٍ ، وجدت الخَيْرَ والسعادةَ والراحة والهدوء
Jika anda telah mengenali Allah ﷻ (dengan tauhid), beribadah kepada-Nya (dengan fiqh sunnah), menempatkan Dia (Asma’ Wa Sifaat), walaupun anda berada dalam rumah yang kecil nescaya anda akan mendapat kunci kebahagiaan (kebaikan, ketenangan dan rasa aman damai)
Namun sebaliknya…
ولكنْ عند الانحرافِ ، فلوْ سكنت أرقى القصورِ ، وأوسع الدورِ ، وعندك كلُّ ما تشتهي، فاعلمْ أنَّها نهايتُك المُرَّةُ ، وتعاستُك المحققةُ ؛ لأنك ما ملكت إلى الآنِ مفتاح السعادةِ
Jika anda menyimpang (daripada sunnah), walaupun anda mendiami istana sekalipun, villa yang luas serta memiliki segala benda, namun kesudahan hidup anda adalah pahit dan menderita jua. Ini kerana anda belum menemui kunci kebahagiaan!
Firman Allah ﷻ:
۞ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ …
….dan Kami telah menganugerahkan kepadanya (Qarun) perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat.
[Al-Qasas: 76]
Fiqh ayat:
Ia mengenai orang terkaya di dunia, Qarun bin Yashub, iaitu sepupu Musa عليه السلام. Walaupun dia memiliki khazanah dunia, memiliki kunci gedung harta yang banyak, namun dia gagal menemui kunci kebahagiaan. (Ibn Katsir)