Sakit Tekak
Soalan 1:
Benarkah dengan memakan aiskrim vanila boleh mengurangkan sakit tekak?
Jawapan:
Tidak semestinya tetapi jika sakit dan sukar menelan maka boleh makan aiskrim kerana aiskrim sejuk dan berupaya melegakan kesakitan.
[Adakalanya sakit tekak boleh dilegakan dengan aiskrim. Ini adalah kerana aiskrim yang sejuk boleh mengurangkan bengkak. Namun, sesetengah kes yang lain boleh menyebabkan batuk bertambah teruk dan penghidap asma mungkin boleh mendapat serangan asma jika mengambil aiskrim. Sakit tekak yang diakibatkan oleh cuaca panas, dehidrasi atau bengkak tonsil boleh dilegakan dengan aiskrim berperisa vanila.]
https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/sakit-tekak-yang-perit/10100
Minuman dimasuki semut
Soalan 2:
Bolehkah meminum air yang telah dimasuki semut?
Jawapan:
Boleh untuk diminum tetapi tidak pasti dari segi hukum harus atau makruh. Perlu merujuk kepada yang lebih arif dalam bidang agama.
[Semut merupakan bangkai yang diharamkan oleh syarak, dan jijik untuk dimakan pada tabiat kebiasaan manusia. Hukum minum air yang telah dimasuki semut adalah diharamkan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
- Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.
- Jika semut termasuk ke dalam minuman, hendaklah dikeluarkan sama ada hidup atau mati, tetapi air berkenaan masih lagi suci dan boleh diminum dan tidak bernajis, kerana masuknya semut secara tidak sengaja, dan bukan tujuan utama.
- Jika semut termasuk ke dalam air minuman, atau dalam cairan yang dimakan seperti madu atau kordial minuman, adalah dimaafkan untuk diminum jika bilangannya sedikit pada uruf, tidak menjijikkan dan tidak menyebabkan masalah kesihatan.
- Jika semut termasuk dalam masakan, kemudian lebur bersamanya, maka itu juga dimaafkan jika tidak menjijik, sedikit pada uruf, dan tidak berbahaya kepada kesihatan.]
Darah Tinggi
Soalan 3:
Saya sakit kepala dan telah mendapatkan rawatan di klinik. Doktor yang merawat mengesahkan saya mengalami darah tinggi dan diberi ubat mefenamic acid 250mg dimakan 2 biji untuk 3 kali sehari. Saya baru ambil sekali tetapi mengalami sakit kepala dan kesukaran untuk tidur. Mengapa saya mengalami sakit kepala lebih teruk selepas pengambilan ubat tersebut dan apa yang saya perlu buat?
Jawapan:
Sebaiknya perlu berjumpa semula dengan doktor yang merawat untuk mendapatkan penjelasan terperinci.
[Dos ubat darah tinggi akan berubah-ubah seiring dengan tekanan darah tinggi pesakit sewaktu pemeriksaan bulanan. Hal ini adalah untuk memastikan pesakit mendapatkan ubat yang cukup, tidak terlebih mahupun terkurang. Sakit kepala pada pesakit darah tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah terlalu tinggi
- migrain
- cluster headache
- tension-type headache
Kebanyakan sakit kepala berlaku kerana faktor-faktor berikut:
- pengambilan alkohol
- makanan tertentu seperti daging
- rutin tidur yang kurang atau berubah
- terlupa makan
- stres
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh pesakit dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, pesakit amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.]
https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/pening-kepala-makan-ubat-darah-tinggi/28636
Kesukaran menelan selepas sedar daripada koma
Soalan 4:
Kakak ipar saya telah sedar daripada koma tetapi tidak boleh menelan makanan. Oleh itu penggunaan tiub saluran makanan dimasukkan ke dalam hidungnya untuk memudahkan beliau mendapat pemakanan. Mengapa pesakit menghadapi kesukaran untuk menelan makanan atau tersedak apabila makan dan apa kaitan penyakit kencing manis dengan masalah tersebut?
Jawapan:
Prosedur intubasi mungkin menyebabkan kecederaan sementara pada ‘vocal cord’ atau pita suara dan ada kemungkinan juga koma adalah disebabkan strok yang melibatkan ‘vocal cord’ terjejas.
[Masalah menelan atau disfagia, adalah masalah yang biasa berlaku dalam kalangan pesakit terutama individu yang mengalami strok atau angin ahmar. Ia berlaku apabila bahagian otak yang berfungsi mengawal proses menelan mengalami kerosakan atau gangguan.
Intubasi ini secara ringkasnya ialah satu prosedur yang akan kita jalankan sekiranya keadaan menunjukkan pesakit tu tidak boleh bernafas secara biasa, atau apabila dikhuatiri keadaan pesakit semakin teruk, dan memerlukan bantuan pernafasan melalui tiub pernafasan.]
https://www.alodokter.com/ini-yang-perlu-anda-ketahui-tentang-intubasi-endotrakeal
Apendiks
Soalan 5:
- Bolehkah biji cili menyebabkan apendiks?
- Apakah punca apendiks?
Jawapan:
- Biji cili bukan penyebab apendiks.
- Apendiks berpunca daripada jangkitan kuman.
[Tiada kajian saintifik yang membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. Kepercayaan ini datangnya daripada petua masyarakat terdahulu yang percaya biji cili dan pelbagai lagi makanan lain seperti biji anggur, tembikai dan jambu batu boleh tersangkut dan tersimpan pada pundi apendiks. Ini adalah fakta yang mengarut dan tidak boleh dipercayai.
Dalam banyak kes, penyebab sakit appendix tidak diketahui. Doktor percaya bahawa sumbatan di appendix boleh menyebabkan jangkitannya. Sumbatan mungkin separa atau lengkap. Sumbatan lengkap adalah penyebab pembedahan kecemasan.
Radang apendiks bukanlah sejenis penyakit tetapi satu keadaan di mana pundi apendiks tersumbat disebabkan masalah najis keras ataupun boleh juga kerana jangkitan bakteria.]
https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/pemakanan/punca-apendiks/#gref